Sayur Dalam Peti Ais Lagi Tahan Lama Buat Cara Ni, Memang Elok & Segar!

Share

Setiap kali membeli sayur-sayuran, bukan kesemuanya kita habiskan. Lebihannya terpaksa disimpan di dalam peti ais. Macam mana nak biarkan sayur-sayuran ini kekal lama hingga tempoh seminggu atau lebih?

Ada cara yang mudah dikongsikan oleh Khairiah Hamzah. Setiap sayur berbeza-beza cara simpanannya. Jom kita cuba!


TIPS SAYUR TAHAN LAMA DALAM PETI

Sebelum ni ada yang tanya mummy macam mana cara mummy simpan stok sayur dalam peti. Untuk stok frozen mummy dah pernah tunjuk kan.

So bahagian sayuran pulak. Ni cara mummy simpan. So far untuk taugeh, dan sawi hijau paling lama pernah tahan lebih seminggu.

Tak pernah sampai berbulan sebab selalu memang akan terus masak je. Macam halia, lengkuas, sebulan lebih masih segar. Rasa 2 bulan pun pernah simpan dan masih elok.

Nanti boleh tengok kat setiap gambar ya. Ada yang kena balut dengan tisu lembap. Ada yang kena letak air. Ada yang kena letak tisu untuk serap wap air.

Macam cili, berbulan pun masih tahan. Sayur daun bawang dalam gambar ni, usianya dah lebih seminggu. Tapi masih segar kan.

Cara simpan kobis, brokoli dan yang seangkatan dengannya, nak tahan lama, kene lapik dengan tisu basah pada ‘akar’ dia.

Lepas tu, baru wrap dengan plastik wrap. Insyaallah sebulan lebih pun masih elok.

Yang penting, semua sayur ni jangan biar terdedah atau just sumbat dari plastik masa beli kat pasar tu. Kalau buat macam ni, tak sampai 3 hari pun salad atau sayur hijau boleh layu.

Kalau kata peti sejuk kecil, tak muat letak dalam bekas, its ok, boleh guna kaedah simpan dalam plastik putih.

Balut surat khabar atau tisu je pada setiap sayur sebelum masukkan dalam plastik. Pastu, susun la dalam peti ikut kreativiti masing-masing.

Untuk detail lagi, tengok pada setiap gambar ya.

Untuk taugeh, wajib letak air. Tapi, based on komen dan pengalaman orang lain, better beli kering dan simpan kering. Tak perlu rendam air. Jadi Jangka hayat tu lebih lama.

Daun sup ni dah seminggu mummy simpan. Just balut dengan tisu basah di akarnya.

Sama dengan sayur hijau. Balut tisu basah juga di akar.

Halia ni, yang atas tu dah 2 bulan. Yang bawah baru beli and top up. Lengkuas yang dah hitam tu pun usianya dah 2 bulan macam tu.

Kobis, brokoli, bunga kobis dan yang seangkatannya balut macam ni. Letak tisu basah di akarnya tu ya. Baru wrap.

Untuk cili, buang semua tangkai. So far cara mcm ni, 2 bulan lebih pernah simpan dan masih elok untuk di guna.

Ni daun bawang yang mummy kata tu. Dah lebih seminggu. Tak ingat exactly tarikh petik daun ni berapa haribulan.

Pastu, tutup la smua bekas tadi. Mummy memang prefer bekas lutsinar. Senang nak tengok.

Menarik: Bibir Mungil Macam Umi, Nampak Sipi-Sipi, Warganet Teruja Neelofa Dah Mula Tayang Gambar Bilal!

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
SRM