Berkenaan ujian imbasan, apakah ada ujian imbasan khas yang perlu dilalui selain daripada ujian imbasan yang biasa dilakukan setiap kali melakukan pemeriksaan antenatal?
Semua wanita hamil perlu menjalani ujian imbasan nucheal transluscency pada minggu ke-11 hingga 14 bagi mengukur bahagian belakang bayi dalam kandungan. Cecair yang sangat tebal pada bahagian berkenaan boleh menjadi petanda bahawa bayi bermasalah.
Hasil kajian mendapati 50% mengalami masalah kromosom, 25% tidak dapat dijangka masalahnya, 10% bayi meninggal dunia dan 30% bayi lahir normal selepas ujian ini dilakukan.
Selain itu ujian amniosentosis boleh mula dilakukan selepas usia kandungan 15 minggu di mana jarum khas digunakan untuk mengambil air ketuban untuk pemeriksaan selanjutnya di makmal.
UJIAN MENENTUKAN KECACATAN KROMOSOM
Semasa kehamilan, wanita hamil mungkin perlu mengambil beberapa pilihan ujian termasuklah ujian saringan untuk mengenal pasti keabnormalan atau kecacatan kromosom. Walaupun kecacatan kromosom yang berlaku pada bayi belum lahir adalah jarang-jarang, namun kebanyakan ibu bapa dengan keadaan perubatan tertentu atau mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit keturunan adalah perlu untuk lebih berhati-hati.
Apakah itu kecacatan kromosom?
Keabnormalan atau kecacatan boleh berlaku dengan perkembangan luar biasa kromosom itu sendiri, atau ia boleh termasuk satu atau lebih gen. Bayi tersebut tidak lahir dengan kecacatan tetapi kebanyakannya mewarisi gen abnormal daripada kedua-dua ibu dan bapa. Selalunya, jika bayi mendapat hanya satu gen abnormal, maka gen baik lain akan diambil alih oleh ibu bapa.
Kajian menunjukkan bahawa kecacatan kromosom menghuraikan lebih daripada separuh kes keguguran dalam trimester pertama. Kecacatan kromosom yang dikenali ditemui dalam 0.5 hingga 1 peratus pada kesemua bayi baru lahir yang hidup.
Contoh paling lazim kecacatan kromosom ialah Sindrom Down. Berbanding dengan mempunyai dua kromosom no. 21, individu yang terjejas dengan keadaan ini mempunyai tiga kromosom salinan. Sindrom Down menyebabkan IQ rendah dan ciri istimewa seperti anggota badan yang pendek dan mempunyai kedutan di sekitar mata. Implikasi lain keabnormalan kromosom ialah kecacatan jantung. Bayi baru lahir yang mempunyai kromosom no. 13 tambahan (Sindrom Patau) atau no. 18 (Sindrom Edward) jarang sekali hidup selepas lahir. Keadaan-keadaan ini kurang diketahui umum berbanding Sindrom Down.
Apakah ujian yang digunakan untuk mengesan kecacatan kromosom?
Pemeriksaan serum Jika doktor anda mengesan tanda-tanda luar biasa pada fetus anda, dia akan menjalankan pemeriksaan serum seperti ujian amniosintesis. Ujian ini hanya disarankan jika anda berisiko tinggi mendapat kecacatan kromosom. Walau bagaimanapun, mendapat risiko tinggi bukan bermakna anak anda sudah dijangkiti. Ini adalah bentuk ujian darah yang dilakukan antara minggu ke-15 hingga 20. Jika anda mengambil ujian ini, hormon kehamilan dalan darah anda akan dinilai berhati-hati. Selepas itu, doktor akan menggabungkan keputusan dengan usia anda bagi mengira dan mengenal pasti sama ada anak anda berisiko mendapat Sindrom Down ataupun tidak.
Ujian persampelan vilus korion (CVS)
Ujian diagnostik ini dilakukan untuk menentukan bilangan sebenar kromosom pada bayi. Jika bilangannya 46, ia dianggap normal. Kaedah ini membantu doktor mengenal pasti kebarangkalian bayi mendapat kecacatan kelahiran seperti trisomi 18, trisomi 13, Sindrom Down, dan penyakit lain. Jika ibu hamil mempunyai sejarah keluarga dengan keadaan genetik tertentu, CVS juga akan dijalankan. Doktor akan memasukkan jarum melalui abdomen ibu atau melalui serviks ke dalam plasenta. Kemudian, doktor akan memilih kepingan kecil plasenta untuk dihantar ke makmal bagi pengimbasan genetik. Prosedur ini mengambil masa sekitar 2-3 jam untuk dijalankan. Keputusan akan didapati dalam kira-kira beberapa minggu selepas itu.
UJIAN MENENTUKAN JANTINA
Antara perkara yang mengujakan semasa hamil adalah meneka sama ada jantina bayi anda lelaki ataupun perempuan. Selain daripada mitos yang diperkatakan sejak sekian lama, terdapat beberapa cara untuk mengenal pasti jantina bayi dalam kandungan. Artikel di bawah memberikan maklumat kepada anda mengenai bagaimana jantina boleh dikenal pasti melalui beberapa ujian perubatan.
Ads
Mitos
Mitos-mitos yang diperkatakan mungkin sekadar mitos, tetapi tiada salahnya untuk mencuba.
Bentuk perut anda semasa hamil (baby bump):
Mengikut cerita orang-orang dahulu, jika bentuk perut anda semasa hamil bulat seperti bola, ini bermakna anda sedang mengandungkan bayi lelaki. Sebaliknya, jika perut anda berbentuk luas, anda lebih cenderung untuk mendapat bayi perempuan.
Mengidam makanan manis dan berempah, dan makanan yang sedap:
Teknik ini hanya bergantung kepada apa yang anda ingin makan, dan tentunya tidak tepat untuk mengenal pasti sama ada anda mengandungkan bayi lelaki ataupun perempuan. Bagaimanapun, adalah dipercayai bahawa jika seseorang ibu itu mengidam makanan manis, dia akan mendapat bayi perempuan. Sebaliknya, jika anda teringin makan makanan seperti kentang goreng dan stik semasa hamil, anda mungkin sedang hamil bayi lelaki.
Bentuk wajah anda:
Kepercayaan orang dulu-dulu, ibu yang boleh mengawal berat badan mereka dan menjaga penampilan akan melahirkan bayi lelaki. Sementara untuk ibu yang tidak, dia akan mendapat bayi perempuan. Mengapa berbeza? Ini kerana, menurut kepercayaan dahulu, bayi perempuan akan mengambil seri kehamilan ibu tersebut.
Ujian perubatan yang boleh mendedahkan jantina sebenar bayi
Amniosentesis:
Prosedur amniosentesis termasuklah meletakkan sebatang jarum ke dalam bendalir yang mengelilingi bayi. Pakar kemudiannya akan melihat kepada rupa kromosom bayi untuk menentukan jantina bayi, juga sebarang keabnormalan kromosom. Teknik ini pasti dapat menentukan jantina bayi anda. Walau bagaimanapun, memandangkan ujian ini berisiko tinggi menyebabkan keguguran, maka doktor tidak akan mencadangkan anda untuk melakukan ujian ini.
Ultra-bunyi:
Pada usia kandungan 20 minggu, anda dan pasangan boleh mengetahui jantina bayi dengan cara melakukan imbasan ultrabunyi anatomi. Jika anda benar-benar ingin tahu, semasa minggu ke-14 dan 15 kehamilan, imbasan juga sudah boleh dilakukan. Malahan, secara saintifiknya, jika anda melihat bentuk penyu, bersedialah untuk menerima bayi lelaki. Sementara itu, jika anda melihat tiga garisan, maka anda mungkin akan menerima bayi perempuan. Pun begitu, teknologi boleh menyebabkan keputusan yang salah. Jadi, satu-satunya cara untuk memastikan jantina anak anda adalah dengan menunggunya sehingga hari kelahiran.
BEZA UJIAN IMBASAN 2D, 3D, DAN 4D. DOKTOR INI TERANGKAN DENGAN TERPERINCI
Sejak kebelakangan ini, ujian imbasan 3D dan 4D semakin popular di kalangan ibu hamil. Hal ini kerana, dengan perkembangan teknologi moden yang semakin canggih, bukan sahaja jantina anak dapat diketahui dengan mudah, bahkan rupa parasnya juga dapat dilihat dengan lebih jelas. Malah, apa sahaja yang berkaitan dengan fizikal anak dapat diketahui sejak dalam kandungan lagi.
Ads
Menerusi imbasan 3D (tiga dimensi – gambar berwarna oren) dan 4D (empat dimensi dengan video tiga dimensi) ini, anda boleh melihat secara langsung apa yang bayi lakukan di dalam kandungan. Memang mengujakan! Lebih-lebih lagi sekiranya ia kandungan pertama anda.
Namun yang demikian, imbasan 3D dan 4D hanya boleh dilakukan ketika usia kandungan 26 minggu hingga 32 minggu. Ini kerana pada masa ini, bayi di dalam kandungan sudah matang dan besar. Jadi, pembentukan fizikal dan jantinanya boleh dilihat dengan jelas.
Selain itu, pemeriksaan imbasan 3D dan 4D dipengaruhi beberapa faktor lain seperti maternal habitus (gemuk/kurus), posisi bayi ketika imbasan, kandungan air ketuban dan usia kandungan.
Imbasan dan keperluannya
Imbasan ultrabunyi juga dikenali sebagai imbasan ultrasound ataupun sonografi yang melibatkan pemancaran gelombang bunyi berfrekuensi tinggi. Gelombang bunyi akan melalui rahim dan imej bayi dan dipantul balik. Pantulan ini kemudiannya diproses oleh mesin dan komputer untuk mewujudkan imej pada skrin yang mendedahkan kedudukan dan pergerakan bayi.
Imbasan ultrabunyi dianggap sebagai kaedah yang selamat, tepat dan menguntungkan. Ia berbeza dengan X-ray di mana ia menggunakan pengionan yang membahayakan manakala
imbasan ultrabunyi menggunakan gelombang bunyi. Ia menghasilkan gambar-gambar bahagian dalam tubuh. Pengimejan ultrabunyi, juga dikenali sebagai imbasan ultrabunyi atau sonografi, melibatkan penggunaan transduser kecil (probe) dan gel ultrabunyi diletakkan terus pada kulit.
Pengimejan ultrabunyi merupakan ujian perubatan invasif yang membantu mendiagnosis dan merawat keadaan perubatan. Ultrabunyi memainkan peranan yang penting dalam penjagaan setiap ibu hamil. Antara sebab ia penting adalah untuk:
1. Mengetahui kedudukan uri dan tahap air ketuban.
2. Menentukan usia sebenar bayi dan jangkaan tarikh lahirnya.
3. Mengetahui bilangan bayi sama ada tunggal ataupun kembar.
4. Memeriksa perkembangan fizikal bayi dan kecacatan kelahiran.
5. Memeriksa perkembangan bayi sama ada sesuai dengan peringkat perkembangannya.
Beza 2D, 3D & 4D
Ads
Imbasan 2D memberi gambar dua dimensi dalam warna hitam putih. Imbasan ini juga dikenali sebagai imbasan morfologi. Paling baik dilakukan pada minggu ke-20 hingga 26 kehamilan. Ia merupakan imbasan terperinci bayi dan banyak aspek yang akan dinilai semasa proses imbasan dilakukan. Ini bagi memastikan perkembangan bayi adalah normal.
Biasanya sonografer akan melihat kepala dan otak bayi, muka termasuk profil bibir, jantung, dada termasuk diafragma; abdomen termasuk buah pinggang, pundi kencing, perut, tulang belakang, anggota badan termasuk tangan dan kaki.
Imbasan ini perlu dilakukan di dalam keadaan yang baik dan memerlukan kerjasama bayi. Jika kedudukan bayi tidak menentu, anda mungkin terpaksa pulang dan datang kembali pada masa yang lain.
Setiap bayi mempunyai ciri-ciri tersendiri. Contohnya, sesetengah bayi mempunyai ukuran kepala yang lebih besar atau ukuran tulang paha yang lebih pendek. Ciri-ciri ini sering sama dengan ibu bapanya. Aspek-aspek lain yang dinilai adalah:
1. Kadar jantung bayi.
2. Bilangan bayi.
3. Kedudukan plasenta.
4. Jumlah cecair amnion sekitar bayi.
5. Tempoh pembukaan laluan serviks.
6. Rahim ibu.
Imbasan 3D pula merupakan gambar statik tiga dimensi dan 4D pula merupakan rakaman video. Imbasan 3D dan 4D dianggap selamat seperti imbasan 2D kerana imej-imej yang terdiri daripada bahagian-bahagian imej dua dimensi ditukar ke dalam bentuk gambar.
Imbasan 3D dan 4D boleh memberikan lebih banyak maklumat kerana ia boleh menunjukkan lebih terperinci dari sudut yang berbeza. Pengimbasan 3D dan 4D juga berguna untuk melihat hati dan organ-organ dalaman yang lain. Sebelum 26 minggu, bayi anda mempunyai sangat sedikit lemak di bawah kulit. Jadi, tulang mukanya akan mudah dilihat dengan lebih jelas. Selepas 32 minggu, kepala bayi akan pergi jauh ke dalam pelvis dan anda mungkin tidak dapat melihat wajahnya.
Pada minggu ke-28, jika plasenta berada di hadapan rahim (anterior plasenta), anda akan melihat imej terbaik wajah bayi! Namun, kadang-kadang ia tidak berlaku seperti yang diharapkan. Ia bergantung pada kedudukan bayi di dalam rahim. Pihak sonografer mungkin akan meminta anda untuk berjalan-jalan dahulu atau datang kembali dalam tempoh seminggu dengan harapan bayi berubah ke kedudukan yang lebih baik.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
“Can’t sleep at all. 3rd trimester sangat mencabar.” Tulisnya di Twitter.
Ernie turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan dia sepanjang tempoh kehamilannya itu.
“Thank you untuk doa kalian, Amin,” tulisnya Ringkas.
Terdahulu Ernie dan Syamel selamat mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 di Masjid Puncak Alam, Selangor.
Semoga semuanya dipermudahkan buat Ernie Zakri.
Kredit: Twitter & Instagram Ernie Zakri
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hos Pa&Ma, Sharifah Shahirah throwback untuk berkongsi pengalamannya hamilkan anak kelimanya, Adeena pada 2016 pada usia 42 tahun. Selebriti yang petah dan lucu ini turut bercerita tentang proses bersalin yang lain daripada anak-anaknya sebelum ini.
Perkahwinan Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih mesra dengan panggilan Shiera dan suaminya, Ijoy diserikan dengan empat cahaya mata dan seorang anak daripada perkahwinan pertama Shiera.
Shiera kini bersama suaminya, Ijoy Azhari menjadi hos untuk rancangan TV Pa&Ma yang disiarkan di Astro Prima & Maya HD setiap Selasa jam 12 tengah hari.
PENGALAMAN HAML DI USIA 40AN
Shiera hamil bersalin anak keenam pada umur 42 tahun dan mengakui ada perbezaan yang dirasakan dengan kehamilan yang sebelum ini. “ Saya merasa cepat penat cepat mengah dan kandungannya berat. Berat saya sebelum bersalin ialah 72kg. Ketika itu saya juga tidak boleh bergerak cepat. Tidak seperti anak-anak yang sebelum ini saya masih boleh berlari dan sebagainya ketika mengandung,” kata ibu lima anak ini.
Shiera akui ketika mengandungkan Adeena, dia agak malas dan banyak duduk. Dari segi mabuk alahan pula, rasa loya dan muntah kurang berbanding anak-anak yang sebelum ini di mana dia boleh makan tanpa muntah.
“Tapi doktor memang nasihatkan untuk jaga pemakanan. Kerana kehamilan pada usia 40an berisiko tinggi untuk terkena kencing manis dan darah tinggi. Tapi syukurlah ibu dan nenek pun bukan penghidap kencing manis. Tapi saya ambil juga test kencing manis atas nasihat doktor dan Alhamdulillah keputusannya OK,” kata deejay Suria FM ini.
BAYI BESAR & OVERDUE SEMINGGU
“Ketika bersalinkan Adeena, saya perlu dibedah kerana dia agak besar. Beratnya mencecah 4kg dan overdue seminggu. Malah bayi sudah membuang air besar dalam kandungan. Saya yang agak keletihan kerana tidak dapat tidur perlu melahirkan melalui emergency caeser. Ia adalah pengalaman pertama saya bersalin secara pembedahan.
BUKAN UNPLAN, MEMANG RANCANG UNTUK HAMILKAN ADEENA
Saya dah dapat agak saya hamil kerana saya tahu akan mengandung lagi. Dah boleh agak, mesti mennjadi. Mungkin tahap kesuburan pun OK. Saya katakan kepada Ijoy, why not kita cuba. Nenek saya pun bersalin pada pada usia 42, ibu saya pun dapat Sakinah pada usia 40an. Jadi kami rancang untuk hamil.
Anak ketiga saya juga meninggal dunia semasa bersalin. Ketika itu usia kandungan ialah 6 bulan. Sebelum hamilkan Adeena, saya juga telah mengalami keguguran.
HAMIL 40AN KENA JAGA MAKAN & TAK TERLALU LASAK
“Memang kena jaga dari segi pemakanan. Dari segi pergerakan juga perlu dihadkan, elakkan terlalu banyak bergerak. Kadang-kadang boleh jadi leaking air ketuban, bleeding dan sebagainya. Mengandung di usia 40an tak sama macam masa kita 30an.
“Tapi ia bergantung kepada badan masing-masing. Kalau ada yang kata dia masih OK, itu terpulang padanya kerana ada yang masih boleh bersenam ketika hamil.
“Saya akui saya memang betul jaga, makan pun pantau sangat. Tapi saya masih berjalan, buat kerja macam biasa juga. Masih menjalankan tugas sebagai emcee di mana-mana tapi tidak lagi berlari-lari seperti hamil sebelum ini,” kata ibu cantik ini.
FOKUS JAGA PEMAKANAN DAN LUKA PEMBEDAHAN KETIKA PANTANG
Sejak dulu selepas bersalin saya memang jaga makan. Tapi bersalinkan anak yang bongsu ini saya agak janggal kerana bersalin menerusi pembedahan. Bila dibedah, saya tidak boleh nak berbengkung dan ibu mertua saya pun tak biasa untuk menjaga pantang bersalin caeser sebab tak ada yang pernah caeser.
Saya hairan juga kerana kalau bersalin normal saya boleh duduk bersimpuh. Dan bila saya bersalin caeser saya boleh duduk bersila tanpa rasa apa-apa. Dan orang pun kata kenapa duduk bersila.
Bila bersalin caeser, saya kurang berpantang kecuali pantang makan sahaja. Doktor juga, menasihatkan supaya tidak bertungku di perut kerana bimbang bernanah. Jadi saya hanya jaga luka pembedahan saya sahaja dan jaga pengambilan makanan. Jamu saya tak ambil sangat sebab tak berani bila bersalin melalui pembedahan. Terima kasih kepada Ijoy kerana bergilir-gilir jaga anak ketika berpantang.
SENTIASA FIKIR POSITIF & BE NICE
Memikul tugas seorang isteri, ibu dan mempunyai kerjaya sebagai deejay, hos dan pelakon tentu menuntut komitmen yang tinggi. “Saya akui memang tidak sempat untuk bersenam. Saya tidak ke arah senaman, saya lebih ke arah menjaga pemakanan. Kalau ambil makanan manis tapi saya kawal supaya tidak ambil minuman bergula.
Selain itu, Shiera juga sentiasa berfikiran positif & always be nice to other people ialah rahsia dirinya sentiasa ceria dan gembira.
Saksikan Shiera bersama suaminya, Ijoy Azhari mengacarakan Pa&Ma Setiap selasa, 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Untuk episod ke-3 yang bakal ke udara pada 25 September 2018, tajuk Si Genius Disleksia akan dikupas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika anda sedang hamil dan dalam masa yang sama perlu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pekerja, anda perlu memastikan anda menjaga pemakanan anda agar anda dan bayi dalam kandungan mendapat semua nutrien yang diperlukan. Sudah memadai anda makan dalam jumlah yang sedikit tetapi dalam masa yang kerap.
Sarapan
Jangan sesekali tinggalkan sarapan. Berikut merupakan sarapan yang mudah dan cepat yang boleh dijumpai di dalam peti sejuk anda.
Yogurt dengan granola, kacang dan beri
Bubur segera dengan buah segar atau kering (pisang, beri biru, aprikot dan sebagainya)
Bijirin gandum dengan susu, kacang dan buah
Donut dengan krim keju. Krim keju seperti Philadelphia yang dijual di pasar raya adalah selamat untuk dimakan
Jika anda tidak sempat mengambil sarapan dan anda perlu bekerja, makan sesuatu yang mudah dan segera ketika di dalam kenderaan contohnya pisang, granola, kepingan bijirin ataupun buah-buahan kering. Makanlah sesuatu yang ringan selain daripada kopi ketika menunggu pengangkutan awam di stesyen platform.
Makan Tengah Hari
Anda perlu lebih berhati-hati dalam pemakanan ketika anda sedang hamil. Anda masih boleh keluar makan dengan rakan sekerja namun jangan melebihi keperluan anda. Jika anda memesan daging atau ikan, pastikan makanan tersebut dimasak sempurna. Jangan makan makanan laut yang mentah atau sos, pembuka selera yang diperbuat daripada telur mentah.
Anda boleh menikmati roti sandwic, donut, roti pita atau tortilla. Pastikan daun salad dibasuh sebetulnya. Jika anda membeli sandwic segera, pilih sandwic yang mengandungi kandungan rendah lemak. Keju lembut seperti Brie, Danish Blue dan Roquefort perlu dielakkan. Keju keras seperti Cheddar dan Chesire pula boleh dimakan asalkan diperbuat daripada susu yang dipatri.
Jika anda gemar makan sandwic, anda boleh menyediakan daun salad anda pada malam sebelumnya dan simpan di dalam peti sejuk. Elakkan kepingan salad deli-style kerana mengandungi Listerik. Listeria adalah bakteria yang biasa kita ambil ketika makan tanpa masalah. Namun ketika mengandung, sistem imun anda menjadi kurang efektif sekaligus memungkinkan anda menghasilkan listeriosis yang bahaya untuk kandungan anda.
Elakkan sushi dan hidangan lain yang diperbuat daripada ikan mentah. Ikan yang dimasak dan ikan kering selamat untuk dimakan.
Anda juga boleh menikmati sup asalkan sup tersebut tidak disimpan di dalam peti sejuk melebihi 3 hari. Anda boleh memanaskannya dalam ketuhar di tempat kerja.
Anda boleh menggunakan roti pita, tortilla untuk membuat sandwic yang lebih menarik. Masukkan daun salad seperti daun roket. Lobak parut yang dibuat pes juga boleh diadunkan bersama kacang pain dan isi ayam. Ingat untuk membasuh salad sebelum menggunakannya.
Kentang bakar bersama kacang bakar, keju, ikan tuna juga sesuai dimakan ketika tengah hari.
Snek
Kebanyakan wanita merasa lebih lapar ketika hamil. Oleh itu pastikan buah-buahan sentiasa dalam diet anda. Ini kerana buah-buahan yang rendah kalori ini memberi anda vitamin dan mineral, karbohidrat untuk mengelakkan anda merasa loya. Elakkan makan biskut dan kek kerana makanan ini mampu menambahkan berat badan anda selepas bersalin.
Antara snek yang sihat:
Sandwic atau roti pita yang berinti keju, kepingan daging, ikan tuna, ikan salmon atau sardin berserta salad
Sayur salad seperti lobak, daun saderi atau timun
Yogurt yang rendah lemak ataupun buah-buahan
Roti pita berinti sayur-sayuran
Aprikot, buah ara atau buah prun
Sayur-sayuran dan sup kacang
Bijirin sarapan tidak berlemak, bubur berserta susu
Minuman tenusu
Buah-buahan segar
Kentang bakar atau kacang bakar
Makan Malam
Antara contoh makan malam yang cepat dan mudah untuk disediakan:
Pasta berserta sos buatan sendiri. Elakkan makan roti bawang putih yang boleh menyerang ulu hati
Ikan salmon atau ayam berserta salad atau sayur-sayuran yang distim
Ayam atau tofu yang dikukus
Lobak, jagung beserta lada hitam
Buah-buahan segar, buah-buahan kering contohnya buah ara, buah prun atau aprikot
Kacang almond atau kacang gajus
Biskut berperisa, kepingan roti dan kepingan bijirin
Kepingan roti
Makanan Segera
Elakkan makanan segera yang tinggi kandungan garam dan lemaknya. Contohnya jika anda memesan piza, pilih piza yang nipis yang berinti sayur-sayuran.
Jika anda bergerak menggunakan pengangkutan awam, atau memandu dalam jarak yang jauh, ambil snek seperti pisang bersama anda untuk mengelakkan anda terlepas waktu sarapan.
Jangan mengambil kafein lebih daripada 200mg sehari semasa hamil. Ini termasuklah kafein di dalam teh, kopi, minuman ringan, minuman tenaga dan coklat.
Jika anda menikmati burger, elakkan inti ayam yang bersalut, keju yang berlebihan dan sos yang tinggi kandungan lemak seperti mayonis. Selain itu juga, elakkan makan pai dan sosej.
Makan di Luar
Jangan makan makanan laut yang mentah, sos atau pembuka selera yang diperbuat daripada telur yang tidak dimasak. Pastikan daging juga dimasak dengan sempurna. Elakkan makan salad sekiranya anda sangsi dengan kesegarannya. Kurangkan makanan yang berat untuk mengelakkan rasa tidak selesa selepas makan.
Ambil makanan yang penuh dengan vitamin dan mineral di samping suplemen untuk memastikan anda mendapat khasiat yang mencukupi.
Saksikan Episod ketiga, rancangan Pa&Ma “Pemakanan Semasa Hamil” Selasa ini jam 12 tengah hari & ulanganya 9 malam di Astro Prima & Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...