Melihat telatah Lara Alana yang bijak dan aktif, mesti ramai ibu bapa yang kagum dan ingin anak mereka juga, membesar bijak seperti anak pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari ini.

Selain mummy dan daddy Lara yang selalu memberi rangsangan kepada si comel ini sejak kecil lagi, faktor nutrisi turut membantu perkembangan otak.

Adalah menjadi harapan bagi setiap ibu bapa supaya anaknya membesar dengan sihat dan bijak.

Pemakanan dan penjagaan nutrisi untuk kanak-kanak yang sedang membesar adalah penting. Susu secara semula jadinya, mengandungi kalsium dan protein untuk menyokong pertumbuhan fizikal seorang kanak-kanak.

Oleh itu, tidak hairanlah ramai ibu yang memilih susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang dapat menyokong perkembangan keseluruhan kanak-kanak.

Seperti ramai ibu-ibu di Malaysia, Scha Alyahya juga memilih Dutch Lady dengan 5X DHA* untuk membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak mereka.

Kenapa Scha Pilih Susu Untuk Lara?

Foto: Instagram Schaalyahya

“Kami sungguh bersyukur kerana Lara tidak memilih makanannya. Lara akan makan apa yang dibekalkan dan disediakan, malah, sanggup mencuba apa-apa rasa atau tekstur yang berbeza.

Lebih penting lagi, Dutch Lady dengan 5X DHA* merupakan susu kegemarannya. Lara mengambil 2 hidangan susu setiap hari – pada waktu pagi dan malam, ” jelas Scha.

“Saya memilih Dutch Lady 5X DHA untuk Lara bukan hanya kerana kami adalah duta untuk jenama ini.

Sekiranya Lara tidak menyukai dan enggan meminumnya, saya tidak boleh memaksanya untuk minum susu tersebut. Sebenarnya Lara membesar dengan Dutch Lady 5X DHA yang membekalkan nutrien yang diperlukan untuk keperluan perkembangannya,” kata Scha.

Scha juga menambah bahawa salah satu sebab Dutch Lady 5X DHA dipilih olehnya adalah kerana kandungan 5 X DHA*.

“Salah satu perkara yang saya pernah baca tentang DHA adalah ia menyokong perkembangan otak kanak-kanak.

Otak terdiri daripada asid lemak dan salah satunya adalah DHA. Kanak-kanak memerlukan DHA untuk menyokong perkembangan otak mereka dan tempoh yang penting ialah sebelum mereka mencapai umur 5 tahun.

Apabila perkembangan otak disokong dengan baik, maka apa-apa yang diajar atau bimbingan yang diberikan kepada si manja akan membantu mereka belajar dan terus berkembang, ” kata Scha.

“Walaupun saya sentiasa sibuk, saya cuba meluangkan masa selebihnya dengan Datin kesayangan saya! Lara sentiasa mencuit hati saya.”

Saya kagum dengan kata-kata dan aksinya yang bijak! Sebelum ini, Lara pandai menamakan jenis-jenis bunga yang dilihatnya. Kini Lara mampu menamakan planet-planet mengikut urutan dan pandai menyanyi serta menari!

Lara ialah seorang gadis kecil dengan naluri ingin tahu yang tingi, suka meneroka apa-apa sahaja yang menarik perhatian di sekelilingnya. Dia suka akan kraf dan sentiasa menamakan segala-gala yang dilihatnya, dan paling suka berenang!

Pilihlah Dutch Lady dengan 5X DHA* untuk menyokong perkembangan anak anda hari ini! Susu Tepung Rumusan Dutch Lady 123, Dutch Lady 456, dan Dutch Lady 6+ mengandungi 5x DHA*, protein serta 20 vitamin dan mineral seperti zat besi, kalsium, magnesium, iodin, vitamin A,B,D dan selenium.

Jangan terlepas semua nutrien penting untuk si manja. Dapatkan Susu Tepung Rumusan Dutch Lady 123, Dutch Lady 456, dan Dutch Lady 6+ di kedai berhampiran! Layari www.smartmoments.com.my untuk maklumat lanjut.

* Berbanding dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang terdahulu (Tahun 2009).