Scha Alyahya Hanya Benarkan Lara Alana Makan Aiskrim & Coklat Hari Sabtu, Ahad Sahaja!

Share

Selebriti terkenal Scha Alyahya hanya benarkan Lara Alana makan aiskrim dan coklat pada hari Sabtu dan Ahad  sahaja. Lara akan makan makanan yang dimasak di rumah sahaja pada hari biasa.

Walaupun sibuk dengan pengambaran terbaru telemovie bersama Izzue Islam, Scha Alyahya akan pastikan Lara dapat nutrisi yang diperlukan secukupnya.

Scha, Awal dan Lara Alana memang sentiasa travel terutama ke jepun. Apa yang Scha boleh kongsi kalau travel, pastikan kita kenal pasti minat anak terlebih dahulu. Kenal pasti minat anak anda, macam lara dia sangat aktif dan tak duduk diam.

Jadi untuk buat lara fokus dan duduk diam dalam penerbangan yang ambil masa panjang, saya akan bawa mainan yang dia suka terutama benda-benda yang memerlukan dia untuk mewarna. Bila mewarna dia akan focus dan akan ambil masa yang lama untuk mewarna dan akan buat mereka lebih sibuk dengan aktiviti tersebut.

Dari segi pemakanan pula Lara akan makan apa yang kami berikan, dia tidak memilih dan sangat senang untuk makan. Kalau kita pergi Japan, dia akan makan makanan disana.

Kanak-kanak sangat tak familiar dengan makanan luar, jadi kita sebagai ibu bapa perlu perkenalkan dulu secara perlahan-lahan. Sebelum ke sesuatu tempat, kita akan perkenalkan makanan dulu, kalau dia suka dia akan makan.

Published by
NuFa