Biasa makan scone tak? Kalau anda penggemarnya mesti akan tahu di mana nak dapatkan scone yang sedap kan. Biasanya tempat menjadi tumpuan dan popular dengan makanan pemanis mulut ni adalah di Cameron Highlands.
Bagi yang pernah rasa, setakat sebiji je tak cukup kerana bila dah sekali makan, nak berhenti tu susah sebab sedap. Kombinasi pula dengan jem strawberi dan krim memang terbaiklah.
Perkongsian resipi Umie Nurhayati ini sangat simple. Hanya guna 3 bahan, dah boleh buat dan puas untuk makan seisi keluarga.
Ni hakak share resepi scone ringkas jerk taw, ade resepi lain juga….tapi ni paling simple dan sedap pun sedap….kalau beli sebiji kat Cameron ni RM4 seketul…buat sendiri puas sikit makan ha gitu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah satu makanan kegemaran anak-anak adalah donut. Tambah pula kalau dapat makan yang lembut dan sedap rasanya. Pendek kata tak cukup satu kalau anak makan.
Perkongsian resepi donut daripada Puan Asma Mohamed senang je mama nak buat untuk anak-anak. Guna sukatan cawan sahaja, lembut dan enak untuk dijadikan sarapan atau bekal anak-anak ke sekolah.
Buat banyak-banyak jadikan stok untuk simpan sebagai frozen food. Boleh dinikmati bila-bila masa yang anak-anak mahu.
Selamat mencuba!
DONUT KAMPUNG-Sukatan Cawan
Bahan-bahannya:
2 cawan Tepung Gandum
3/4 sudu teh Yis
3/4 cawan Air Suam kuku
Tambahan 2 sudu besar lagi air jika perlu**
1 sudu besar Gula Pasir
1/2 sudu teh Baking Powder
1 sudu besar Marjerin
1/4 sudut teh Garam
Salutan : Gula Kastor/Gula Halus
Cara penyediannya :
Masukkan gandum dan semua bahan di atas KECUALI yis & air ke dalam mangkuk . Gaul hingga rata .
2. Kemudian masukkan Yis & juga Air (Jika adunan masih keras boleh tambah lagi dalam 2 sudu besar Air). Gaul sebati dan uli sehingga licin lebih kurang 10 hingga 20 minit
3. Kemudian bahagikan kepada 8 biji bebola kecil dan bulatkan . Letak atas dulang yang ditabur sedikit gandum .Kemudian tutup selama 10 minit
4. Setelah itu tekan sedikit dibahagian tengahnya dan tutup semula . Tutup selama 15 minit
5. Kemudian bolehlah dibuat lubang . Peram lagi sehingga ia naik 2 kali ganda (Kurang lebih 25-30 minit)
6. Panaskan minyak dan goreng guna api sederhana dengan sekali balik sahaja
7. Sesudah masak angkat dan toskan minyaknya
8. Kemudian bolehlah disalut dengan gula kastor/gula halus ketika ia masih suam
Tips :
Angkat donut menggunakan spatula plastik ATAU scraper plastik yang disapukan dengan sedikit tepung ketika hendak menggoreng .
Dengan cara di atas ia akan mengelakkan donut anda daripada menjadi kempis disebabkan oleh tekanan daripada jari anda.
Bagi yang pernah merasai keenakkan Tart Portugis ini pasti tidak cukup makan hanya satu. Pasti teringat-ingat kelembutan inti dalamnya dan kerangupan kulit tart yang cukup sedap.
Apa kata hujung minggu ini kita sediakan sendiri untuk anak-anak. Jom cuba resipi ringkas Cik Sue Zakaria ni.
Tart portugis ni dah masuk list wajib cari kalau suka kan tart. Sekali makan duk teringat sebab tak cukup.
Bahan-bahan:
Puff pastry
150ml air
120gm gula
250ml susu
4 biji telur
1 sb tepung kastard
1 sk esen vanilla
Ambil puff pastry tu letak je dalam acuan. Potong lah lebihan yang keluar tu. Pakai pisau dan kemaskan.
Adun segala mak nenek tadi tapi bukan sekali puff pastry ye.
Tapis dan masukkan ke dalam acuan.
Bakar pada suhu 180c selama 40 minit. Bergantung pada oven masing-masing.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seronok bila tengok anak berselera makan air tangan ibu. Masak sendiri makanan untuk anak anda. Selain lebih terjamin kebersihan dan khasiatnya, anda juga dapat belajar mengenali selera makan si kecil.
Makanan pelengkap perlu sesuai dan seiring dengan perkembangan diri bayi. Ia perlu mengandungi campuran makanan yang membekalkan tenaga dan nutrien yang secukupnya untuk tumbesaran bayi yang sihat.
Perkongsian dari Azlin Faudzi mengenai menu anaknya, Creamy Chicbroc Porridge boleh dibuat untuk anak-anak. Sangat sedap dan berkhasiat.
Tumis semua bahan dalam kuali dengan unsalted butter biar sampai isi ayam je masak then transfer dalam periuk tambah air masak jadi bubur.
Blend halus atau ikut tekstur yang anak-anak mummy makan. Sangat sedap! Unsalted butter ini buat bubur dedek rasa creamy! Laju je dedek ngap! Lambat ngamuk!
Bekas guru yang sebelum ini tular kerana semangat juangnya melawan tiga jenis kanser, Nassry Mardee Ismail, 45 atau lebih dikenali sebagai Cikgu E, disahkan...