Tak mustahil seawal anak usia 2 tahun dah boleh baca al-Quran jika ibu ayah ada kemahuan ke arah itu. Alhamdulillah sudah ramai ibu bapa yang mampu mendidik anak mereka sehingga menghafaz surah-surah pendek pada usia antara 2 hingga 5 tahun.
Anak-anak yang masih kecil mampu menghafaz al-Quran bermula usia 2 tahun, percaya tak? Ia bukan suatu yang mustahil! Tip yang dikongsikan oleh Ustazah Fhadilah Abdul Jamil dapat membantu ibu bapa dalam mendidik anak cintakan al-Quran.
1- Ibu bapa perlu perbetulkan niat dalam diri kerana Allah. Sebab didik/ajar anak kerana mereka amanah dari Allah. Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kita sebagai ibu bapalah yang mencorakkannya.
2- Disiplinkan masa mengajar anak-anak.
(Saya akan mengambil satu waktu dalam tempoh setengah jam- 1 jam ke atas untuk ajar anak-anak mengaji/menghafaz al-Quran setiap hari@ 5 @ 4 kali seminggu secara disiplin).Waktu yang paling sesuai adalah selepas Maghrib atau Zohor.
3- Untuk permulaan ajar mereka mendengar/menghafaz huruf hijaiyyah.
(Setiap hari saya sendiri akan membaca untuk anak-anak huruf alif, ba’,ta’ hingga ya’ menggunakan flash card atau buku)
4- Apabila anak-anak sudah lancar hafaz dan kenal alif -ya’. Bolehlah mulakan membaca surah-surah dari juz ‘amma.
(Saya akan mula ajarkan anak-anak menghafaz surah Al -Fatihah, seterusnya an-Nas dan seterusnya dengan menggunakan sekeping kertas yang ditaip sendiri untuk permulaan)
5- Seterusnya, saya akan ajar anak-anak membaca dengan Muqaddam dihadapan mereka dan saya akan baca satu kalimah atau potong-potong ayat untuk anak-anak ikut saya. Ulang beberapa kali..Sampai jelas sebutannya.
Contoh :
Alham (الحمد)
Dulillah
hi rabbil
‘alamin
6- Apabila anak-anak sudah dapat sebut dengan fasih kalimah tersebut, saya akan baca satu ayat terus tanpa potong dan begitulah ayat seterusnya.
Contoh : Alhamdulillahi rabbil ‘alamin
7- Cara saya menguji tahap ingatan/hafazan mereka adalah ketika mereka sedang membuat kerja mereka/bermain barang mainan atau ketika saya di dapur atau saya mengemas atau melakukan kerja rumah atau ketika mereka bersama saya. Suami juga turut membantu untuk mendengar/membetulkan hafazan mereka.Saya akan mulakan ayat pertama/kalimah pertama dari surah-surah tertentu.
Contoh : Surah Al-Masad
Saya baca : Tabbat yada..
Anak ulang dan sambung ayat
dan anak sambung sampai selesai satu surah.
8- Setiap kali anak-anak selesai membaca berikan pujian, doa dan ganjaran buat mereka.
9- Sebagai ibu bapa lazimi membaca al-Quran hari-hari kerana kita adalah idola dan contoh buat anak-anak. Biar sampai anak-anak kecil mampu memberi ingatan pada kita untuk baca al-Quran jika mereka tidak nampak kita baca. Anak-anak saya sendiri kalau tak nampak ummi mereka baca, mereka akan kata, “ummi tak baca quran pun”. Sedangkan saya baca cumanya ketika mereka asyik bermain jadi tak perasan saya baca lepas solat.
10- No gadget, No iPad, no handphone. Saya tak berikan anak-anak bermain atau guna semua ni maksudnya mereka tak boleh pegang. Saya akan kawal sepenuhnya kerana bimbang bila mereka mula bergadget tumpuan mereka untuk belajar akan berkurang. Jangan risau, anak-anak ni cepat je belajar bergadget. Tak rugi pun tak bagi masa mereka kecil. Tapi yang ruginya tak ajar mereka ilmu yang bermanfaat terutamanya membaca dan mengenal al-Quran.
Apa yang penting, sebagai ibu bapa jaga hubungan kita dengan Allah. Selain itu jangan lupa setiap kali berdoa selitkan doa mohon dari Allah supaya jadikan anak-anak dikalangan yang cintakan al-Quran, jadikan anak-anak fasih dan dapat hafaz al-Quran. Yakin dengan doa kita sebagai ibu bapa. Kita berusaha, selebihnya kita tawakal pada Allah.
Sumber: joysofummi.blogspot.my
https://www.youtube.com/watch?v=kg8eMjzgPOc&t=6s
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI