Stimulasi awal iaitu rangsangan bahasa boleh diberikan seawal dari bayi lagi dan ini merupakan kunci utama untuk melatih kebolehan kanak-kanak bercakap. Berikut merupakan antara tips penting melatih anak belajar bercakap.
1. Sebut perkataan berulang kali
– terutama perkataan yang baru diajar
– ulang perkataan dalam situasi dan konteks yang berbeza
– pengulangan membantu anak memahami dan mengingati perkataan yang telah diajar
Ads
2. Lakukan pengembangan ayat
– salah satu kaedah untuk mengajar anak menghasilkan ayat yang lebih panjang
– dilakukan dengan meniru semula perkataan /ayat yang disebut oleh anak dan menambah satu atau dua perkataan untuk menjadikan ayat lebih panjang
– sekiranya anak boleh sebut 1 patah perkataan, anda tambah perkataan hingga jadi 2 atau 3 patah. Sekiranya anak boleh sebut 2 patah perkataan, tambah sehingga jadi 3 atau 4 patah.
-tetapi penambahan perkataan perlulah secara natural dan tidak semestinya rigid sehingga ayat menjadi kaku
Ads
3. Gunakan intonasi yang menarik
– beri penekanan pada perkataan yang disebut dengan menggunakan memek muka yang jelas serta intonasi yang menarik
– ubah intonasi anda dengan menekankan sesetengah bunyi atau secara berlagu untuk menarik minat anak
Ads
Mulakan langkah pertama untuk berinteraksi dengan anak anda hari ini. Jadikan ia satu perkara rutin dan amalan harian maka secara tidak langsung dapat merangsang pembelajaran bahasa mereka. Selamat mencuba!
Jika anda ingin melahirkan anak yang bijak, anda perlu mula merangsang otak anak sejak bayi lagi. Bagaimana caranya?
Cuba lakukan kaedah ini bersama bayi anda. Cara ini bukan sahaja boleh menggalakkan fungsi otak bayi bahkan juga dapat merapatkan jalinan kasih sayang ibu bapa dan bayi. Cubalah!
1) Berborak dengan bayi anda bagi membantunya belajar cara berkomunikasi. Ulang perkataan yang disebut dan galakkan si manja apabila dia cuba untuk meniru suara anda.
2) Ajar bayi tentang anggota badan. Contohnya, tanya bayi anda, “Mana hidung, baby?” dan tunjukkan hidung si manja. Teruskan dengan menyebut dan menunjuk anggota tubuh badan bayi yang lain.
3) Menyanyikan lagu dan bertepuk tangan. Jika anda kerap berbuat begitu, si manja akan cuba untuk meniru pergerakan dan suara anda. Cara ini juga dapat membantu bayi mengembangkan kordinasi tangan-mata dan bahasanya.
4) Rangsang kordinasi tangan-mata bayi anda dengan memegang mainan yang berwarna-warni untuk digenggam oleh si manja.
5) Melakukan pelbagai memek muka seperti tersenyum lebar, menjelir lidah ataupun membuka mulut luas-luas. Selang beberapa bulan, anda akan lihat bayi anda meniru gaya anda.
6) Rangsang kordinasi dan kemahiran motor halus bayi dengan menyediakan objek yang kecil dan selamat untuk si manja ambil. Contohnya, anda bawa bayi duduk di luar rumah dan cabut rumput atau petik bunga. Si manja pasti akan seronok melakukannya.
7) Bacakannya buku cerita dan menunjuk kepada objek serta menyebutnya.
8) Jika bayi sudah boleh duduk, letakkan mainan di atas lantai dan rangsangnya untuk merangkak (bergerak) dan mencapai mainan tersebut.
9) Berikan bayi mainan blok ABC dan mintanya memasukkan blok ke dalam kotak acuan.
10) Main permainan “di mana barang tersembunyi”. Sorokkan barang yang berwarna terang di bawah kain atau di bawah pasir kinetik. Kemudian, anda boleh letakkan tangan bayi untuk menyentuh objek dan membantunya mencari barang yang disorokkan. Lama- kelamaan, dia boleh mencari barang tersebut sendiri tanpa bantuan anda.
Alahai makin besar, makin comel sungguh Nur Aisywara Nealofa ini. Rasa macam baru je mama Bellaz bersalin, kini dah nak masuk 3 bulan usianya. Seindah namanya, memang tak puas tengok Aisywara Nealofa.
Menerusi perkongsian Mua Bellaz di instagramnya, jurusolek popular ini telah berkongsi majlis akikah dan kesyukuran anak keempatnya baru-baru ini.
Dengan tema hitam dan gold, menyerlahkan lagi aura majlis tersebut tambah pula si comel Aisywara Nealofa dipakaikan gaun warna gold.
Dalam perkongsian tersebut memaparkan Aisywara sedang lena tidur sambil tersenyum. Malah di sepanjang majlis tersebut berlangsung juga, Bellaz turut berkongsi satu gambar papan tanda memberitahu semua tetamu supaya tidak pegang, cium dan peluk Aisywara atas faktor kesihatan.
“Dia pantang orang sebut amboi, terus sebek mukanya,” tulis Bellaz.
Sebelum ini, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabilah Zulyadaini telah mempunyai tiga cahaya mata iaitu Iris Alisya, Mohd Aidil Mikhali dan Muhammad Ean Yusuf.
Kredit: IG Mua Bellaz
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Bila tengok kaki ayam, pertama kali perasaan kita geli. Tapi ibu kena tahu, hasil chicken bone brooth sebenarnya banyak khasiat untuk naikkan berat badan, kuatkan antibodi anak dan juga penambah rasa semulajadi dalam makanan si kecil anda.
Melalui perkongsian dari Puan Azizah Mohd Zan, dia ada kongsikan cara buat chicken bone broth untuk si kecilnya dalam misi nak naik berat badan anak, juga up kan antibodi badan. So ini lah yang terbaik. Senang sahaja buatnya, yang penting ianya MURAH, SENANG & SIMPLE.
Jom tengok apa kebaikan bone broth ni, biasanya yang utama kita maklum ia adalah untuk KUATKAN ANTIBODI ANAK. Immune system mereka, jadi jarang jatuh sakit, bila sakit demam ke apa cepat sembuh inshaaAllah.
Lagi best bila cakap ia adalah BRAIN FOOD yang baik untuk anak. Dari baby kita dah boleh bagi bone broth ni, sebagai NATURAL MSG kepada bayi, makanan mereka jadi sedap, lagi berselera lah nak makan. Gula dan garam adalah sangat berbahaya untuk anak bawah 1 tahun terutamanya sebab ginjal merkea perlu kerja keras berganda-ganda.
Ia juga PUNCA LEMAK BAIK, jadi sesiapa yang dalam misi nak tambahkan berat anak/bayi memang patut buat cbb ni. Hasilnya nanti kita boleh lihat minyak dari kulit kaki ayam timbul & cbb yang seakan jelly.
Bahan utama yang wajib ada:
1. Tulang (boleh guna kaki ayam, tulang rangka ayam, tulang lembu, tulang kambing)
2. Air
3. Mild acid
*Yang lain-lain tambahan tu optional, nak tambah bole, bagi rasa sedap.
* Periuk aluminium & non stick tak boleh guna sebab ia akan bertindak balas dengan acid dan jadi toksik. Aluminium pula larut akan jadi racun
* Rice cooker boleh guna jika inner pot dia bukan aluminium. Tapi kebiasaannya rice cooker guna aluminium. Jadi elakkan.
Tempoh masak:
Renih lagi lama lagi berkhasiat,guna api kecil
✅ dapur biasa 4-5 jam
✅ slow cooker 7-8jam
✅ pressure cooker 1 jam (cuma kena make sure inner pot dari stainless steel)
Mild Acid:
Boleh gunakan samada cuka (apple cider vinegar), atau lemon, atau tomato atau asam keping.
Pilih salah satu sahaja bahan masam ni.
Sukatan anggaran cuka, 1 sudu cuka = 4 cawan air.
Ini resepi saya yang saya buat, boleh rujuk gambar:
Kaki ayam (saya beli murah saja dalam rm3/rm4) dapat banyak
Rempah 4 beradik (saya add sup bunjut sebab anak dah boleh makan rempah ratus umur 11bulan)
Bawang putih
Bawang besar
Carrot
Kentang
Cellery
Daun sup
Mild acid saya letak lemon (di gambar ada tomato & asam keping juga-cuma pilih satu sahaja tak perlu letak semua)
air
Renih dengan api kecil 4-5 jam, saya guna periuk kaca.
Tambah air dari masa ke semasa
Bila siap, keluarkan dan tapis, ambil air nya sahaja.
Masukkan dalam bekas ais kiub, bekukan dalam freezer. Tahan 1 bulan. Nak guna ambil sahaja beberapa kiub masukkan dalam bubur baby, buat sup, buat biskut baby pun boleh.
Rasanya sedap sangat dah macam bergaram lemak semua cukup. Saya buat bihun sup esoknya, licin anak makan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.