Sebelum bayi keluar gigi pertama, sebaiknya ibu bapa dah mula membersihkan gusi mereka dengan kain lembut yang dibasahkan atau berus gigi jari khas untuk bayi, selepas menyusu dan sebelum masa tidur.
Ibu bapa perlu mula memberus gigi anak sebanyak dua kali sehari. Sekali pada waktu pagi (selepas sarapan) dan sekali lagi selepas makan malam sebelum tidur. Ini untuk membiasakan anak supaya mudah menggosok gigi bila dah besar dan elakkan gigi cepat rosak.
Malah ada yang masih ragu-ragu adakah berus gigi jari sesuai untuk bayi?
Menurut Dr Iqbal Rosali berus gigi jari khas ini sebenarnya boleh membantu ibu bapa membersihkan gigi anak kecil lagi-lagi yang baru tumbuh gigi dan rasa tak selesa.
Finger toothbrush. Boleh ke? Betul ke? Bagus ke?
Finger toothbrush banyak di jual. Di pasaraya, kedai bayi, online pun ada.
Ads
Berus gigi jenis ini diperbuat daripada silikon. Berusnya tak sama dengan berus gigi biasa.
Finger toothbrush boleh membantu ibu bapa untuk bersihkan gigi anak kecil. Boleh juga guna untuk urut gusi anak kalau tak selesa gigi baru nak tumbuh.
Berus gigi jenis ini dimasukkan pada jari. Jadi pastikan jari ibu bapa muat-muat dalam sarungnya.
Finger toothbrush bukan alat mainan. Hanya digunakan oleh ibu bapa.
Sebelum guna basuh atau rendam dalam air panas untuk membersihkannya. Macam anda bersihkan botol susu.
Ads
Periksa dulu finger toothbrush sebelum guna. Pastikan tak ada koyak. Berus gigi cukup bilangan. Periksa juga yang sama selepas guna dan semasa membasuh
Bersihkan gigi anak dalam bentuk bulatan. Jangan digosok melintang atau ke kiri ke kanan.
Gosok ke semua gigi dan permukaan gigi. Termasuk gigi belakang juga.
Gosok dengan lembut pada gusi juga. Di situlah tempatnya berkumpul plak dan sisa makanan.
Ads
Semakin anak besar, biasakan dengan berus gigi kanak-kanak. Minta anak pula berus gigi sendiri. Untuk latih dia punya pergerakan motor.
Episiotomi adalah pemotongan yang dilakukan ketika proses kelahiran normal dan akan dijahit. Tetapi bagaimana jika jahitan bersalin terbuka?
Adakah ia berbahaya?
Prosedur episiotomi
Istilah episiotomi merujuk kepada pemotongan yang dilakukan pada bahagian pembukaan faraj untuk mempercepatkan atau mengelak mahupun mengurangkan risiko pengoyakan berlebihan.
Ia adalah 1 prosedur biasa dalam bidang kebidanan moden pada masa kini.
Ia bukan 1 proses rutin, tetapi hanya dibuat apabila berdepan keadaan tertentu dan dilakukan oleh doktor yang mahir.
Antara sebab prosedur episiotomi dilaksanakan:
-Proses kelahiran yang berpanjangan
-Ketegangan pada janin
-Kelahiran faraj memerlukan bantuan menggunakan forsep atau vakum
-Bayi dalam posisi songsang
-Kelahiran bayi kembar atau berganda
-Bayi bersaiz besar
-Kedudukan kepala bayi yang tidak normal
-Ibu mempunyai sejarah pembedahan pelvis
Selepas prosedur episiotomi, proses jahitan dilakukan bagi memulihkan dan mencantumkan semula bahagian tersebut.
Namun adakalanya, tekanan pada jahitan atau jangkitan pada sekitar bahagian faraj boleh mengakibatkan jahitan bersalin terbuka.
Adakah keadaan ini berbahaya? Apa yang perlu dilakukan?
Sudah sakit akibat proses kelahiran dan episiotomi, jadi bagaimana untuk mengetahui jika jahitan tersebut mungkin terbuka?
Sekiranya keadaan ini berlaku, rasa sakit yang anda alami akan meningkat.
Terdapat juga risiko untuk berlakunya pendarahan baharu atau wujud cecair seperti nanah. Anda juga mungkin akan berasa tidak sihat.
Terdapat sesetengah wanita yang berdepan masalah jahitan bersalin terbuka akan menyedari terdapat benang yang terkeluar atau melihat sendiri jahitan yang terbuka.
Jika keadaan ini berlaku kepada anda dan wujud kebimbangan dalam diri, anda boleh melakukan pemeriksaan dengan doktor.
Mereka boleh memeriksa keadaan jahitan episiotomi dan melihat jika terdapat tanda jangkitan.
Kebanyakan wanita yang mengalami masalah ini akan diberikan ubat antibiotik dan disarankan mengambil ubat tahan sakit seperti ibuprofen kerana ia selamat untuk ibu yang menyusu badan.
Sekiranya masalah yang berlaku disebabkan jangkitan dan membuatkan ibu tidak sihat, anda mungkin perlu dimasukkan ke wad untuk diberikan antibiotik intravena (melalui saluran darah).
Perlukah dijahit semula?
Jika terdapat jangkitan, luka bersalin tersebut tidak akan dijahit semula.
Ia boleh memerangkap jangkitan di dalamnya dan keadaan ini akan mengakibatkan tisu tidak akan bercantum dengan baik.
Manakala jika keadaan sebaliknya, sama ada tiada jangkitan atau jangkitan sudah dirawat, luka akibat episiotomi mungkin akan dijahit semula.
Anda akan diberikan nasihat oleh doktor bagi membuat pilihan terbaik.
Bolehkah jahitan bersalin terbuka sembuh?
Proses penghasilan tisu baru akan berlaku setiap hari dan keadaan ini akan mengisi jurang jahitan tersebut.
Walau bagaimanapun, tempoh untuk jahitan tersebut pulih adalah berbeza bagi setiap wanita dan ia bergantung kepada beberapa faktor seperti:
-Kedudukan luka tersebut
-Kedalaman bukaan episiotomi
-Tempoh jangkitan sudah berlaku
-Keadaan tisu baru mungkin akan tampak kemerahan dan berdarah sedikit.
Selalunya apabila luka sembuh, akan terdapat bekas luka sementara dan ia akan pudar seperti parut kulit yang lain.
Luka bersalin yang dijahit semula mungkin akan sembuh dengan lebih cepat tetapi wujud risiko kecil untuk dijangkiti kembali.
Menyembuhkan luka jahitan bersalin
Sama seperti luka biasa pada mana-mana bahagian badan, jahitan bersalin terbuka juga memerlukan penjagaan rapi untuk memastikan ia sembuh dengan segera.
Ini tip penjagaan luka bersalin:
-Pastikan bahagian sekitar faraj sentiasa dalam keadaan bersih dan kering.
-Cuci dan basuh bahagian tersebut dengan menggunakan air sahaja.
-Elakkan daripada mengelap atau menggosokkan bahagian tersebut dengan tuala.
-Sebaiknya biarkan ia kering secara semula jadi.
-Usah gunakan sebarang sabun mandian, meletakkan minyak atau krim pada luka jahitan itu.
-Pastikan anda menukar tuala wanita dengan kerap.
-Jika pendarahan selepas bersalin sudah berhenti, anda digalakkan untuk tidak memakai pakaian dalam pada waktu malam bagi memberikan pengudaraan.
Kesan jahitan bersalin terbuka
Biasanya individu yang mengalami situasi ini tidak berdepan sebarang masalah selepas luka ini dirawat dan sembuh.
Malahan, tidak ada risiko untuk jahitan kembali terbuka disebabkan senaman atau seks.
Namun, jika anda berdepan sebarang masalah atau mempunyai kebimbangan, dapatkan rundingan dan pemeriksaan daripada doktor.
Penjagaan jahitan bersalin
Aspek penjagaan jahitan bersalin bermula sebaik sahaja anda selesai menjalani proses bersalin.
Ia melibatkan perihal penjagaan luka dan pengurusan kesakitan.
Dalam tempoh 12 jam pertama selepas bersalin, penggunaan pek ais mungkin dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan bengkak.
Bahagian jahitan bersalin perlu sentiasa dipastikan dalam keadaan bersih.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nipple hanyalah membantu untuk ibu menyusukan bayi dengan baik. Puting leper atau puting tenggelam bukanlah satu masalah dalam penyusuan sekiranya ibu-ibu tahu teknik lekapan dengan betul.
Namun, nipple boleh di’bentuk’ perlahan-lahan dengan merujuk kepada teknik yang dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Nad Masrom. Dengan harapan selepas nipple ibu-ibu timbul, ibu-ibu lebih yakin untuk menyusukan bayi tanpa sebarang masalah.
Berikut teknik yang boleh dilakukan oleh ibu yang mengalami masalah ini
Bagi ibu yang dah tahu teknik ini dan mengalami masalah puting tenggelam cuba dulu. Kita ikhtiar untuk anak. Mana tahu rezekinya ada walaupun pada permulaan sedikit mencabar.
Walaupun tak boleh secara eksklusif sekurang-kurangnya anak dapat juga rasa susu ibu yang terbukti banyak khasiat dan sangat bagus untuk sistem imunisasi anak.
Semalam menerusi Instagrm milik Yusri, pengarah dan pelakon terkenal itu menyampaikan perkhabaran paling gembira selepas isterinya, Lisa Surihani selamat melahirkan bayi ketiga mereka.
Malah kata Yusri, Lisa dan anak lelaki mereka berada dalam keadaan baik selepas selamat melahirkan bayi ketiga mereka pagi semalam.
Paling beruntung pastinya kelahiran itu yang jatuh pada hari yang sama dengan hari lahir Yusri.
Lewat malam semalam, Lisa turut memuat naik perkhabaran kelahiran anak ketiganya itu disamping turut mengucapkan selamat hari lahir buat suaminya yang tersayang.
“BismillahiMasyaAllah, Assalamualaikum wr wbt , Alhamdulillah segala Pujian bagi Allah swt. Pada tarikh 15 Jun 2021 bersamaan 4 Dhul-Qa’dah 1442 , jam 2:30 pagi, anak kami selamat dilahirkan,” kongsi Lisa ringkas.
Kakak dan abang dah tak sabar nak jumpa
Dalam pada, menerusi perkongsian Lisa, rupanya anak ketiga yang masih belum didedahkan wajah dan namanya itu sudah pun mempunyai nama panggilan keluarga iaitu Lang atau Alang.
Malah kata Lisa lagi, kedua-dua anaknya, Yong dan Yeop sudah pastinya tidak sabar untuk bertemu dengan Lang, si comel kesayangan mereka.
“Welcome to the world Lang.
Yong and Yeop are looking forward to meet you,” kata Lisa ringkas.
Tak sabar rasanya untuk menatap wajah comel Lang. Pasti seiras kakak dan abangnya. Dikesempatan itu, Lisa turut membingkaskan ucapan hari lahir buat Yusri.
“Happy Birthday Sayang @yusryabdhalim.
Terima kasih banyak-banyak kepada kaum keluarga, rakan-rakan dan juga mereka yang sudi mendu’akan untuk kami.
May Allah bless you, and shower His blessings upon you, and may Allah reward you well and bestow upon you its like and reward you abundantly”. [2]
Baarakallahu laka wa baaraka ‘alayka, wa jazaakallaahu khayran, wa razaqakallaahu mithlahu, wa ‘ajzala thawaabaka,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Lisa dan Yusri mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...