Seawal Gigi Pertama Tumbuh, Bersihkan Guna Berus Silikon. Bagus Urut Gusi Bayi

Share

Sebelum bayi keluar gigi pertama, sebaiknya ibu bapa dah mula membersihkan gusi mereka dengan kain lembut yang dibasahkan atau berus gigi jari khas untuk bayi, selepas menyusu dan sebelum masa tidur.

Ibu bapa perlu mula memberus gigi anak sebanyak dua kali sehari. Sekali pada waktu pagi (selepas sarapan) dan sekali lagi selepas makan malam sebelum tidur. Ini untuk membiasakan anak supaya mudah menggosok gigi bila dah besar dan elakkan gigi cepat rosak.

Malah ada yang masih ragu-ragu adakah berus gigi jari sesuai untuk bayi?

Menurut Dr Iqbal Rosali berus gigi jari khas ini sebenarnya boleh membantu ibu bapa membersihkan gigi anak kecil lagi-lagi yang baru tumbuh gigi dan rasa tak selesa.

Finger toothbrush. Boleh ke? Betul ke? Bagus ke?

Finger toothbrush banyak di jual. Di pasaraya, kedai bayi, online pun ada.

Berus gigi jenis ini diperbuat daripada silikon. Berusnya tak sama dengan berus gigi biasa.

Finger toothbrush boleh membantu ibu bapa untuk bersihkan gigi anak kecil. Boleh juga guna untuk urut gusi anak kalau tak selesa gigi baru nak tumbuh.

Berus gigi jenis ini dimasukkan pada jari. Jadi pastikan jari ibu bapa muat-muat dalam sarungnya.

Finger toothbrush bukan alat mainan. Hanya digunakan oleh ibu bapa.

Sebelum guna basuh atau rendam dalam air panas untuk membersihkannya. Macam anda bersihkan botol susu.

Periksa dulu finger toothbrush sebelum guna. Pastikan tak ada koyak. Berus gigi cukup bilangan. Periksa juga yang sama selepas guna dan semasa membasuh

Bersihkan gigi anak dalam bentuk bulatan. Jangan digosok melintang atau ke kiri ke kanan.

Gosok ke semua gigi dan permukaan gigi. Termasuk gigi belakang juga.

Gosok dengan lembut pada gusi juga. Di situlah tempatnya berkumpul plak dan sisa makanan.

Semakin anak besar, biasakan dengan berus gigi kanak-kanak. Minta anak pula berus gigi sendiri. Untuk latih dia punya pergerakan motor.

Untuk latih anak gunakan berus gigi, baca sini:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1868015386548138&id=10000019083090213

Tak mampu beli finger toothbrush? Tak apa. Boleh sahaja gunakan kain yang dibasahkan, balut pada jari dan bersihkan gigi anak.

Sumber: Iqbal Rosali

Kredit Gambar: flickr.com

 

Published by
Wan Amy