Stimulasi awal iaitu rangsangan bahasa boleh diberikan seawal anak berumur satu tahun dan ini merupakan kunci utama untuk melatih kebolehan kanak-kanak bercakap. Berikut merupakan antara tip penting untuk melatih anak belajar bercakap.
1. Sebut perkataan berulang kali
– terutama perkataan yang baru diajar
– ulang perkataan dalam situasi dan konteks yang berbeza
– pengulangan membantu anak memahami dan mengingati perkataan yang telah diajar
2. Lakukan pengembangan ayat
– salah satu kaedah untuk mengajar anak menghasilkan ayat yang lebih panjang
– dilakukan dengan meniru semula perkataan /ayat yang disebut oleh anak dan menambah satu atau dua perkataan untuk menjadikan ayat lebih panjang
– sekiranya anak boleh sebut 1 patah perkataan, anda tambah perkataan hingga jadi 2 atau 3 patah. Sekiranya anak boleh sebut 2 patah perkataan, tambah sehingga jadi 3 atau 4 patah.
-tetapi penambahan perkataan perlulah secara natural dan tidak semestinya rigid sehingga ayat menjadi kaku.
3. Gunakan intonasi yang menarik
– beri penekanan pada perkataan yang disebut dengan menggunakan mimik muka yang jelas serta intonasi yang menarik.
– ubah intonasi anda dengan menekankan sesetengah bunyi atau secara berlagu untuk menarik minat anak.
Mulakan langkah pertama untuk berinteraksi dengan anak anda hari ini. Jadikan ia satu perkara rutin dan amalan harian maka secara tidak langsung dapat merangsang pembelajaran bahasa mereka.
Sumber: Aishah Kassim