Vaksin Pneumococcal sebenarnya penting untuk anak kecil terutamanya bagi mengelakkan daripada komplikasi jangkitan paru-paru atau jangkitan dalam darah.
Vaksin Pneumococcal untuk baby bawah 2 tahun. Dah ramai ibu bapa yang memahami kepentingan vaksin tambahan ini. Tapi masih ramai yang keliru nak ambil yang mana?
Di Malaysia, ada 2 jenis vaksin Pneumococcal untuk kanak-kanak bawah 2 tahun iaitu Synflorix dan Prevenar.
Kedua-dua jenis vaksin ini adalah vaksin jenis Conjugate, ia adalah vaksin dengan teknologi yang terkini, lebih baik dari vaksin jenis Polysacharide kerana vaksin Conjugate ini mengaktifkan memory T cell manakala vaksin Polysacharide tidak. Jadi vaksin conjugate akan memberi antibodi kekal untuk sepanjang hayat.
Synflorix dan Prevenar boleh mula diberikan seawal usia 2 bulan.
2 bulan – 6 bulan memerlukan 4 dos
7 bulan – 11 bulan memerlukan 3 dos
12 bulan – 24 bulan memerlukan 2 dos
24 bulan hingga 5 tahun – Synflorix memerlukan 2 dos
24 bulan ke atas – Prevenar hanya 1 dos diperlukan.
Jadi untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas, lebih mudah jika ambil Prevenar kerana hanya memerlukan 1 dos sahaja berbanding Synflorix yang memerlukan 2 dos.
Jadi untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, nak ambil Prevenar atau Synflorix?
Prevenar memberikan perlindungan yang lebih dari segi jumlah jenis kuman Pneumococcal berbanding Synflorix, yang mana Prevenar cover 13 manakala Synflorix cover 10 jenis kuman Pneumococcal.
Apa jenis kuman yang dilindungi itu?
Synflorix cover kuman Pnuemococcal strain 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F, 23F
Prevenar Cover yang sama dengan tambahan 3, 6A dan 19A.
Jadi nampak tak apa perbezaan di situ?
Namun perbezaan itu hanya akan ketara jika, kanak-kanak yang di beri vaksin Synflorix dijangkiti contoh kuman Pneumococcal strain 19A, yang mana tidak dilindungi oleh vaksin Synflorix, tetapi dilindungi oleh vaksin Prevenar, jadi kanak-kanak tersebut tidak dapat melawan jangkitan tersebut sebaik kanak-kanak yang diberi vaksin Prevenar.
Namun secara keseluruhan, kedua-dua vaksin ini memberi perlindungan yang agak baik dimana 80-90 peratus kanak-kanak yang diberi vaksin dapat mencegah jangkitan Pneumococcal. Ini adalah berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan oleh kedua-dua syarikat pengeluar vaksin tersebut.
Untuk pengetahuan anda, vaksin Pneumococcal ini telah dimasukkan sebagai vaksin wajib di kebanyakan negara Eropah, dan disebabkan itu kajian selepas vaksin tersebut dipasarkan dapat dilakukan dengan teliti kerana telah diberikan kepada berjuta-juta kanak-kanak diseluruh dunia.
Jadi nak ambil yang mana? Prevenar lebih mahal, namun memberi perlindungan yang terbaik dari segi jumlah strain Pneumococcal yang dilindungi, manakala Synflorix lebih murah tetapi memberi perlindungan yang hampir sama.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Poliklinik Az-Zaara