Tahniah diucapkan buat pengacara, Yaya Zahir yang mengumumkan hamil anak pertama yang kini sudah pun berusia enam bulan.
Menerusi Instagramnya, Yaya yang cukup petah berkata-kata ini memuat naik video kehamilan itu.
Kongsi Yaya menerusi satu perkongsianya, dia pada mulanya merasakan dirinya terkena jangkitan virus Covid-19 kerana ketika itu dia baru sahaja pula dari urusan kerja di luar negara.
Namun kebimbangannya berganti kegembiraan sebaik mengetahui dirinya hamil pada Ogos tahun lalu.
“Ogos tahun lalu saya ada kerja di New York, waktu disana Daiyan Trisha tegur saya kenapa makan banyak sangat, tapi saya macam anggap itu bukan benda pelik sebab saya memang kuat makan.
“Kemudian sehari selepas balik New York saya macam nak demam, saya fikir simptom COVID sebab baru balik travel jauh kan. Malam hari itu badan saya menggigil.
Ads
“Keesokan paginya saya ada shooting, tapi sebelum pergi kerja saya tergerak hati nak ambil pregnancy test, walhal tak terfikir apa pun ketika itu.
“Sekali check betul saya pregnant, Alhamdulillah sekarang dah masuk usia enam bulan,” katanya berkongsi.
Mengidam makanan Korea
Pengacara cantik dan berbakat ini juga rupanya sanggup terbang jauh ke Seoul, Korea semata-mata kerana terlalu teringin menikmati makanan Korea di sebuah restoran di sana.
Tidak hanya sekali, bahkan ketika lawatan itu, Yaya turut mengunjunginya sebanyak enam kali sepanjang berada di sana.
Ads
“Yang paling aneh saya pergi Korea semata- semata sebab mengidam nak makan dekat sebuah restoran yang saya minat sangat di daerah Myeongdong
“Bulan November saya pergi dengan kawan rapat saya iaitu Adriana. Beli tiket pun sangat urgent, tiga hari sebelum. Sebab craving sangat saya makan sampai enam kali dekat restoran itu.
“Morning sickness lain macam biasa, muntah- muntah, pening dan penat macam kebanyakkan orang mengandung,” tambahnya.
Semoga kehamilan Yaya dipermudahkan hingga detik melahirkan bayinya kelak.
Terdahulu, Yaya mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Arriz Azim pada Ogos 2019. Pasangan ini kini cukup teruja menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Selepas detik duka kehilangan anak sulung tahun lalu, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dan isterinya, Fatin Athira Mustapa, akhirnya berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Khabar manis ini pastinya memberi sinar baru buat pasangan ini setelah melalui ujian berat sebelum ini.
Berita tersebut dikongsikan Noh menerusi Instagram Story apabila dia memuat naik semula hantaran rakan-rakan yang hadir dalam majlis pendedahan jantina bayi. Majlis yang berlangsung meriah itu menjadi detik indah buat pasangan ini yang kini sedang menanti kehadiran puteri kecil mereka.
Dalam video yang tular, Noh jelas melompat kegirangan sebaik sahaja asap dan kertas merah jambu dilepaskan ke ruang acara. Fatin pula yang tampil anggun dalam gaun putih, tersenyum manis di sisi suaminya, menyaksikan saat penuh bermakna itu bersama-sama.
Tahun lalu, pada September, Noh pernah berkongsi kisah sedih di Instagram apabila kehilangan anak sulung mereka yang diberi nama Julian. Dalam perkongsian penuh emosi itu, Noh menulis tentang perjuangan mereka menjaga kandungan sambil dalam masa sama membesarkan anak angkat mereka, Musa. Walaupun kehilangan tersebut cukup perit, mereka terus tabah dan percaya bahawa setiap ujian ada hikmahnya.
Kini, doa mereka akhirnya terjawab. Kehadiran bakal cahaya mata perempuan ini bukan sekadar anugerah, tetapi juga pengubat rindu dan pengikat kasih sayang yang lebih utuh antara Noh dan Fatin.
Untuk rekod, Noh mendirikan rumah tangga bersama Fatin pada September 2023. Sebelum itu, beliau pernah berkahwin dengan penyanyi Mizz Nina pada 2011 sebelum berpisah pada Ogos 2022. Hasil perkahwinan terdahulu, Noh dan Mizz Nina memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Musa, yang kini menjadi penyeri keluarga kecil mereka.
Semoga proses kehamilan Fatin dipermudahkan, dan pasangan ini dikurniakan pengalaman indah menyambut kehadiran puteri kecil yang bakal hadir dalam hidup mereka tidak lama lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengasas produk kosmetik Noir menerusi aplikasi Tiktoknya berkata, suaminya teruja untuk memasang stroller setelah 7 tahun penantian untuk menimang cahaya mata. Kegembiraan ini juga turut diraikan dan disambut baik oleh netizen.
Suaminya iaitu Muhammad Azri Che Noh atau diberi gelaran TP (Tuan Penasihat) terlihat senyum gembira di dalam video walaupun kelihatan sedikit kekok kerana kerana sudah lama tidak memegang stroller. TP teruja dan meminta untuk memasang sendiri stroller bayi mereka dan dibantu staf-staf Noir.
“Baby A stroller awak dah ready! Mummy cannot wait!,” Madammu teruja. Beliau juga menyatakan dalam video tersebut mendoakan kandungannya membesar dengan sihat.
Bagi yang sering mengikuti perkembangan Eriyca Baiduri Abd Rashid ini atau dikenali sebagai Madammu ini telah berkongsi perjalanan In Vitro Fertilization (IVF) nya dari hari pertama lagi dan kadungannya kini telah pun di trimester terakhir.
Pada tanggal 14 Mac yang lalu, Madammu berkongsi telah pun mendapat tarikh untuk menjalankan Czer. Tambahnya lagi dia perlu melahirkan bayi melalui pembedahan kerana kehamilan berisiko tinggi. Oleh itu, doktor menasihatkannya supaya tidak bersalin secara normal.
Antara komen warganet;
Walaupun begitu, Madammu melahirkan rasa syukur kerana sepanjang kehamilannya ini tiada sebarang sebarang masalah besar dan bayinya membesar dengan sihat. Figura berusia 34 tahun ini gemar berkongsi kisah hidupnya dan pengalaman kehamilan di sesi live Tiktok. Semoga urusan Madammu dipermudahkan dan tahniah sekali lagi!
Hari ini bermulanya ibadah puasa. Mungkin ramai ibu hamil yang teruja untuk berpuasa penuh tapi jangan paksa diri jika tidak mampu.
Ada ibu yang mengadu ibu kurang bergerak apabila berpuasa. Malah ada yang mengadu rasa nak pitam. Yang pasti kesan puasa yang diaami berbeza bagi setiap ibu. Kerana setiap kehamilan & bayi berbeza. Tubuh ibu bekerja berlipat kali ganda semasa hamil, jangan menyamakan keadaan individu biasa dengan ibu hamil, ia memang berlainan!
Perkongsian daripada Dr Afida Sohana Awang Soh, Pegawai Perubatan Hospital Umra ini boleh dijadikan panduan bagi ibu hami, ibu yang menyusukan bayi dan selepas bersalin sama ada untuk meneruskan atau tidak puasa serta sebab-sebabnya.
BERPUASA SEMASA HAMIL
Menyambut kedatangan Ramadan
Alhamdulillah…
Bertemu lagi kita, dengan Ramadhan yang Barakah.
Penuh klinik kami hari minggu ini. Masing-masing mahu bertemu doktor sebelum mula berpuasa! Alhamdulillah, kami suka bila orang datang bertemu kami.. yang menghilang tak datang appointment tu yang buat kami risau! hehe
Soalan favourite yang saya terima di klinik sepanjang minggu ini, adalah berkenaan berpuasa; samada dibolehkan semasa hamil/menyusu, atau tidak.
Pertama kita lihat dari segi agama…
Sabda Nabi Muhammad SAW,
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ شَطْرَ الصَّلاَةِ وَعَنِ الْمُسَافِرِ وَالْحَامِلِ وَالْمُرْضِعِ الصَّوْمَ أَوِ الصِّيَامَ
“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla meringankan setengah solat untuk musafir dan meringankan puasa bagi musafir, wanita hamil dan menyusui.”
Hadis riwayat An Nasai no. 2275, Ibnu Majah no. 1667, dan Ahmad 4/347. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan sahih.
Menurut Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dalam tulisan beliau di http://www.muftiwp.gov.my/…/irsya…/irsyad-fatwa-umum/1969-31:
beliau berpendapat yang perempuan yang hamil dan menyusukan anak jika berbuka kembali kepada dua keadaan sahaja iaitu:
1. Kalau semata-mata kerana bimbang diri sendiri bolehlah dia berbuka dan qadha sahaja.
2. Kalau kasihankan kepada janin dan juga anak yang disusukannya maka bolehah dia berbuka dan membayar fidyah.
Ha! Mudah dan terang penjelasan yang ada…
Islam itu mudah, cuma jangan dipermudah-mudahkan!
Ada sebab mengapa keringanan ini diberikan…
PERUBAHAN FISIOLOGI IBU SELEPAS HAMIL
Jom kita tinjau dari segi perubatan:
Terdapat perubahan pada fisiologi ibu yang mungkin membuatkan puasa itu menjadi sedikit payah, dan dalam keadaan tertentu, merbahaya.
Jom kita ulangkaji Biologi sekejap! Dari segi fisiologi:
Pengaliran darah ibu meningkat 10 kali ganda semasa hamil.
Ini menyebabkan Jumlah darah bertambah lebih 1.5L dari jumlah biasa,
dan, kadar degupan jantung ibu menjadi lebih tinggi
Perlu diingat juga, kadar degupan semakin meningkat jika kurang air, (dan nadi bayi juga meningkat)
KUATNYA PERTAMBAHAN KERJA JANTUNG SEORANG IBU YANG HAMIL!
MasyaALLAH!
Tekanan darah ibu semasa hamil pula berubah. Ianya menjadi rendah pada 2/3 awal hamil, menyebabkan Ibu mudah merasa pitam. Sekiranya ibu tidak minum air secukupnya (dehidrasi), tekanan ini boleh menjadi lebih rendah. Ibu akan merasa lebih lemah!
Darah ibu membekalkan gula kepada bayi.
Semasa berpuasa, kandungan gula di dalam darah ibu yang hamil adalah lebih rendah, menyebabkan ibu merasa lebih cepat letih
Jika kandungan gula menjadi sangat rendah, ia boleh menyebabkan ibu menjadi loya dan muntah-muntah, lebih-lebih lagi pada peringkat awal hamil.
Darah ibu semasa hamil adalah lebih pekat bagi melindungi ibu daripada pertumpahan darah yang berlebihan semasa bersalin.
Tapi, ini juga meninggikan risiko mendapat darah beku (venous thromboembolism, atau VTE)
Risiko ini meningkat jika ibu kurang air atau tubuh mengalami kegersangan/hypovolaemia
VTE adalah sangat merbahaya dan boleh membawa maut!
Perubahan hormon semasa hamil memperlahankan pergerakan makanan yang hadam di dalam usus, menyebabkan najis menjadi lebih keras dan masalah sembelit
Masalah ini boleh bertambah lagi jika tidak minum secukupnya.
BUKAN TAK BOLEH PUASA, TAPI JANGAN PAKSA DIRI
Takut pula bila baca perubahan fisiologi dan implikasinya ini kan?
Tapi sebenarnya, bukan tidak boleh berpuasa…
Cumanya, ibu perlu mendapatkan nasihat doktor dan pakar, minum air secukupnya, dan juga beringat untuk tidak berlebihan dalam menjalani puasa.
Jika berasa letih atau tidak larat, jangan paksa diri!
6 KEADAAN IBU HAMIL TIDAK BOLEH MENERUSKAN PUASA
Dalam masa yang sama, ada kondisi yang membuatkan ibu hamil itu tidak digalakkan berpuasa sama sekali:
1. Ibu yang mempunyai risiko VTE (venous thromboembolism) yang sederhana atau tinggi
2. Ibu yang tidak sihat atau muntah-muntah (lebih-lebih lagi jika kerap muntah dalam semester pertama)
3. Ibu yang mempunyai penyakit kencing manis dan memerlukan rawatan metformin atau insulin
4. Ibu yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi seperti (pre-eclampsia, penyakit autoimmune, penyakit jantung)
5. Ibu yang janinnya mempunyai masalah pembesaran bayi dalam kandungan (Intra Uterine Growth Restriction -IUGR) atau kurang air ketuban (oligohydramnios)
6. Ibu yang masih didalam 6 minggu pertama selepas bersalin (risiko VTE paling tinggi semasa ini)
IBU MENYUSU YANG BERPUASA
Menurut Dr Afida, TIDAK ada bukti signifikan yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengurangkan susu ibu. Tapi kadangkala ibu tidak dapat menahan lapar semasa menyusu, dan khuatir kesihatan diri atau bayi boleh terjejas.
Yang penting,
Berbincang dengan doktor!
Minum air secukupnya. Boleh guna pakai tips KKM seperti dalam gambar di bawah.
Banyakkan makanan yang tinggi protein supaya kenyang lebih lama
Kisah menyayat hati seorang ibu mempertahankan hak pendidikan anaknya, seorang kanak-kanak autisme yang dipinggirkan selepas insiden di sekolah. Ketahui kronologi, perjuangan dan tindakan pihak berkuasa.