“Sebab Fikir Anak Masih Kecil, Kami Setuju Buang Rahim” Nourul Nasihat Wanita Buat Ujian Pap Smear

Share

Penyanyi popular, Nourul mengimbau kembali saat yang pahit untuk dikenang apabila pada tahun lepas rahimnya terpaksa dibuang untuk mengelakkan daripada terjadinya kanser rahim yang lebih memudaratkan.

Dia turut menasihati agar wanita lain untuk melalukan ujian Pap Smear sekurang-kurangnya 12 bulan sekali.

Info: Ujian Pap Smear adalah ujian awal yang dilakukan untuk mengesan kanser serviks yang sering terjadi dalam kalangan wanita. Ia merupakan kanser yang berbahaya dan mengancam nyawa jadi adalah penting untuk anda menjalani ujian ini di klinik atau hospital seperti yang disarankan oleh doktor anda

Cerita setahun yang lalu…

Pantas masa berlalu. 7/9/2020 – terpaksa remove uterus (rahim) bila doktor terjumpa something yang boleh memudaratkan di masa yang akan datang

Apa yang kami nak cerita kat sini ialah :
❗️DO MEDICAL CHECK UP EVERY 12 MONTHS
❗️WOMEN : do pap smear
❗️ MEN : check your PSA LEVEL

Early detection can save lives. MasyaAllah tabarakallah. Alhamdulillah. Allah permudahkan. Takut? Siapa tak takut nak bedah. Tapi lebih baik sakit sat dari sakit berpanjangan seperti penyakit cancer dan sebagainya.

Semua ni gambar 5,6,7hb september 2020. Takkan lupa perasaan bila doktor break the news.

Genetically kami memang jenih ada tumbuh-tumbuh ni. Memang dari belah arwah abah. Sebab tu jaga diri and exercise gila-gila.

30% adalah gene kita
70% adalah gaya hidup

Kes kami berlaku sebab stress atas satu perkara berlaku november 2017 yang kami tak boleh terima. Simpan dalam diri bawak penyakit. Tercabar ego dan kebijaksanaan kami apabila ditipu RM85k oleh seorang Dato dan wanita untuk album bahasa perancis kami.

Jaga. Jangan stress selalu. Banyak tak baik stress ni. Especially membabitkan perasaan dan ego kita

Sebelum pi bedah tu, kami kena buat training untuk #teamsocmed Fokus semua ke situ. Tak terasa risau

Alhamdulillah kami di bawah Dato Dr Aziz Yahya. Sangat2 bagus. Dia tanya apa decision kami bila dia bagitahu dalam jangkamasa panjang apa akn jadi pada kami.

Kami tak tunggu lama. Kami kata buang!!! Booked date teruih jalan! Kami tak tunggu dah. Anak anak masih kecik. I have to live for them. Alhamdulillah allah perkenan kan Alhamdulillah

Itulah kisahnya. Kami cerita ni sebab ramai yang takut nak pi bedah bila kena bedah.

Takut tu sat ja. Dengan ubat doktor bagi tu, you akan lena. Best rasa. Dapat rest😅.Semua doktor adalah baguih dalam bidang depa. Depa nak selamatkan nyawa. So depa jaga kita sepanjang dibedah

Terima kasih buat @princecourtmc especially staff di wad 6D. Kepada @ctalyah dan team Dato Dr aziz. Jaga kami sepanjang 9 hari di hospital.

Bil hospital? Nasib baik ada #bupainsurance #insurance. Beli insurans! Sangat-sangat penting. Terima kasih keluarga dan sahabat yang mendoakan♥️

Siapa Yang Boleh Menjalani Ujian Pap Smear?

Menurut perkongsian Dr Mohd Ramzdhan dalam Doctor On Call, tiada had umur untuk ujian Pap smear kerana kanser serviks akan meningkat seiring dengan usia di mana pada satu masa mungkin wanita sudah mula kurang ingin melakukan ujian Pap smear. Diagnosis bagi kebanyakan kanser adalah pada wanita berusia lebih dari 50 tahun.

Walaupun selepas menopaus, seorang wanita harus terus menjalani ujian Pap smear seperti biasa. Wanita berumur lebih daripada 65 tahun yang mempunyai tiga atau lebih ujian Pap smear yang normal berturut-turut dan tiada keputusan ujian Pap smear yang tidak normal dalam tempoh 10 tahun yang lalu boleh memilih untuk berhenti menjalani ujian Pap smear.

Sekiranya seorang wanita telah dibuang rahimnya, dia masih perlu menjalani pemeriksaan setiap tahun jika ada sejarah perubahan prekanser yang terdahulu melalui ujian Pap smear atau kanser organ reproduktif yang lain.

Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital.

Kredit: Nourul, Doctoroncall

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Published by
NuFa