Sejuk hati ibu yang mengandungkan bila mana melihat anak yang rajin tulang membantu ibunya walaupun masih lagi kecil.
Perkongsian pelakon, Puteri Sarah Liyana yang memuat naik video anak sulungnya, Syaikhul Islam yang ringan tulang membantunya mencuci pinggan di dapur menarik perhatian ramai.
Menerusi Instagramnya, Syaikhul yang baru berusia 5 tahun itu memaklumkan mahu membantu ibunya di dapur kerana amat menyayangi ibunya.
“Good morning from Syaikhul Islam anak yang baik, anak yang soleh.
“Keep being you, anak yang rajin tolong mama dan hormat orang tua ❤️❤️❤️,” tulisnya.
Malah kata Puteri Sarah lagi, walau baru berusia lima tahun, namun anak kecilnya itu cukup matang bahkan begitu sayang dan bersifat sentiasa melindungi adik perempuannya, Sumayyah.
“Baru 5 years old tapi matang & sayang dan sentiasa protect adik,” tulisnya lagi.
Video yang dimuat naik ibu cantik manis ini menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, aksi comel Syaikhul yang begitu petah berkata-kata ditambah pula dengan ucapan manis buat ibunya buat ramai yang cair.
“Hai gais, so saya wash pinggan. Saya nak jadi rajin sebab saya selalu tolong mak saya cook dan basuh pinggan hari-hari. Sebab saya sayang mama saya. So saya tolong mama sayalah, katanya dengan begitu lancar sekali.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut ibu kepada dua cahaya mata ini terpesona dengan ungkapan manis Syaikhul buat ibunya malah memuji kerajinan anak kecil itu yang ringan tulang membantu ibunya.
Malah Syaikhul, anak sulung pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof ini juga langsung tidak kekok ketika mencuci pinggan dan nampak seperti sudah terbiasa melakukannya saban hari.
Syabas Syaikhul. Semoga menjadi anak baik dan sentiasa menjadi pendamping setia malah ringan tulang membantu ibunya.
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!