Selalu kita nampak pengorbanan seorang ibu. Namun kali ini pengorbanan seorang ayah demi anak syurganya begitu membuatkan ramai kagum. Semua yang dilakukan adalah untuk memastikan anak kelima dari enam beradik ini sentiasa selamat.
Menurut Chef Rusman, dia mempunyai enam orang anak berusia 19, 17, 13, 12, 7 dan 5 tahun. Namun anak kelima yang satu-satunya anak lelaki, Muhammad Noah Asfa berusia 7 tahun disahkan autisme.
Walaupun disahkan autisme, kami sekeluarga sangat sayangkannya dan sanggup buat apa saja demi keselamatan dan kejayaan pada masa depan. Disebabkan dia autisme, memang tingkah lakunya sukar nak dikawal kerana dia bukan tahu apa yang bahaya atau tidak untuk dirinya.
Anak saya ni kreatif dari segi permainan lego. Dia boleh buat macam-macam tapi yang saya perasan, sejak kecil dia memang takut pada buaya. Jadi saya terpaksa umpan ‘buaya’ untuk diletakkan di mana-mana sudut rumah bagi memastikan dia masuk bilik dan tidur pada waktu malam.
Ini kerana dia memang suka tidur lambat. Jadi kami sekeluarga bimbang jika dia melakukan sesuatu perkara yang kami tak sedar sehingga boleh menyebabkan kecederaan dirinya atau menimbulkan masalah lain pula.
Kebetulan saya ada kepakaran dalam bidang membaking dan kulinari. Dari situ timbul idea untuk membuat roti buaya bagi memastikan tingkah lakunya terkawal untuk bagi dia tidur awal. Idea ini bukan menakut-nakutkannya tetapi orang kata sebagai langkah pencegahan.
Lagipun dia anak istimewa, kalau kita beritahu dia banyak kali pun, bukanlah seperti kanak-kanak normal lain yang boleh faham dan ingat. Mungkin ada sesetengah orang akan bagi tanggapan negatif, tapi disebabkan jam 3 atau 4 pagi pun masih belum tidur siapa yang tak risau. Jika dia tahu ada replika buaya ini, memang akan tidur awal dan pagi esoknya baru bangun.
Kami sekeluarga memang memanjakannya. Apa yang dia nak, kakak-kakaknya akan ikut. Tambah pula dia seorang lelaki.
Kongsi Chef Rusman yang mempunyai kedai bakeri sendiri, sebulan dua atau tiga kali buat roti buaya ini. Biasanya akan disimpan di dapur. Bila dah reput, baru saya akan buat yang lain.
Saya akan buat siap-siap di kedai dan baru bawa balik ke rumah. Biasanya ambil masa dalam 4 jam untuk siapkan seekor buaya ini yang beratnya dalam tiga hingga lima kilogram bergantung pada saiz. Itu pun masa bawa balik kena sorokkan dulu agar anak tak tahu hal sebenar.
Material utama yang saya guna untuk pembuatan roti ini adalah brown bread. Jika diikutkan roti ini sedap dan memang boleh makan macam biasa. Kalau betul-betul wrap boleh tahan dalam seminggu.
Walau apa pun yang terjadi, selagi Allah bagi kudrat pada kami sekeluarga menjaga anak istimewa ini, saya akan buat yang terbaik untuknya dan sekarang kedai bakeri C Noah Bakery pun ambil sempena namanya.
Kredit: Chef Rusman
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI