
Ibu mana yang tidak terkesan dengan masalah yang melanda anaknya. Sejak kemelut rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah berlaku, boleh dikatakan ibu kepada pengarah terbabit iaitu Datin Patimah Ismail sering memuat naik hantaran di Instagram Story menunjukkan dirinya sokong menantunya berbanding anaknya sendiri.
Malah melalui perkongsian terbarunya, Datin Patimah turut memuat naik gambar cucu sulungnya, Syaikhul Islam yang merupakan anak lelaki sulung Syamsul dan Puteri Sarah.
Isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu memuji Syaikhul kerana pandai menjaga adik perempuannya, Sumaiyah.

“Syaikhul seorang Abang yang menjaga adiknya Sumayyah dengan baik.
“Kerana dia tahu hanya dia saja lelaki dalam hidup adiknya,” tulisnya di Insta Story.

Menerusi perkongsian gambar itu, kelihatan dua beradik yang cukup akrab itu kelihatan berpelukan erat tanda kasih sayang bersama mereka.

Terdahulu sebelum ini, Puteri Sarah memberitahu ibu mentuanya, Datin Patimah turut menawarkan diri untuk menjadi pencelah dan saksi dalam krisis rumah tangganya yang berlanjutan.
Kredit: Instagram Datin Patimah
Menarik: “Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan gelagat Datin Almy Nadia dan keluarga dalam Pa&Ma Playdate malam ini hanya di channel Astro Ria!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi 6 Bulan Meninggal Dunia, Tertiarap Di Taska Ketika Tidur Dibedung

Satu berita menyayat hati apabila seorang bayi lelaki berusia enam bulan disahkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas akibat tertiarap dalam keadaan dibedung di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) di Padang Temu, Melaka petang semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang apabila bayi tersebut ditemui dalam keadaan muka kebiru-biruan dan tidak sedarkan diri oleh pengasuh yang menjaganya secara bergilir. Difahamkan, bayi itu ditidurkan dalam keadaan dibedung di atas tilam selama hampir satu jam tanpa pemantauan rapi.
CPR Selama 30 Minit – Namun Nyawa Si Manja Tidak Dapat Diselamatkan
Sebaik menyedari keadaan bayi yang tertiarap dan tidak bergerak, pihak taska segera membawanya ke Klinik Utama Ujong Pasir. Pasukan perubatan bertindak pantas memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selama 30 minit sebelum merujuk bayi ke Hospital Melaka dengan menaiki ambulans.

Sayangnya, walaupun CPR turut diberikan di zon merah hospital, si kecil itu akhirnya disahkan meninggal dunia. Menurut sumber, pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh bayi, dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Tidur Dibedung & Tertiarap Undang Bahaya
Perlu diketahui, membedung bayi dalam usia 6 bulan ke atas berisiko tinggi jika tidak dilakukan dengan betul. Apatah lagi jika bayi telah mula bergolek dan aktif mengubah posisi tidurnya.
Tambah membimbangkan, meletakkan bayi yang dibedung dalam posisi meniarap semasa tidur boleh menyebabkan saluran pernafasan tersekat. Inilah yang sering menjadi punca kematian bayi secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda awal juga dikenali sebagai Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).
Ini 5 Perkara Wajib Tahu Tentang Tidur Selamat Untuk Bayi
Letakkan bayi tidur secara TERLENTANG sahaja, terutamanya bawah umur setahun.
Elakkan membedung bayi secara ketat selepas usia 3-4 bulan, lebih-lebih lagi jika bayi sudah pandai bergolek.
Gunakan tilam keras tanpa bantal atau selimut tebal untuk elakkan risiko lemas.
Pantau bayi setiap 15-30 minit semasa tidur, jangan biarkan mereka tidur tanpa diperiksa.
Pastikan taska mematuhi SOP keselamatan tidur bayi, termasuk latihan CPR kepada pengasuh.
🍼 Pa&Ma ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga mangsa. Kami doakan semoga ibu dan ayah arwah diberi kekuatan menghadapi ujian yang amat berat ini. Dan semoga pemergian si kecil ini menjadi asbab kesedaran buat seluruh masyarakat agar tragedi seperti ini tidak lagi berulang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Dia Takut Dibaringkan.” Bayi Mangsa Culik Masih Trauma, Ibu Cuba Rawatan Islam

Susulan kes penculikan bayi berusia sembilan oleh cucu pengasuh baru-baru ini, ternyata meninggalkan kesan trauma buat mangsa dan ibu bapanya.
Menerusi perkongsian di mStar, ibu kepada Noor Raisya Mohamad Rahimi, Farisha Amirah, 24, menyatakan sehingga kini anak sulungnya itu seolah ketakutan selepas insiden tersebut.

Jelasnya, dia kaku dan lemah apabila pengasuhnya yang merupakan warga emas memaklumkan cucu perempuannya melarikan Noor Raisya ketika dia sedang solat di kediamannya di Bukit Tengah, Pulau Pinang.
“Saya dengan husband balik kerja nak ambil Raisya dekat rumah pengasuh kira-kira jam 6 petang. Elok sampai depan pintu rumah, pengasuh beritahu cucu dia dah larikan anak saya.
“Kami terus ke balai polis buat laporan dan operasi mencari Raisya dipergiatkan.”

Tambah Farisha lagi, setelah enam jam mencari, polis berjaya menahan suspek utama yang berusia 14 tahun bersama dua lelaki termasuk teman lelakinya di Bukit Mertajam jam 11.50 malam.
Bagaimanapun, Raisya tidak berada dengan suspek ketika dia ditangkap.
Tidak lama kemudian, Raisya ditemui dalam satu lagi serbuan di rumah teman lelaki suspek di Kulim, Kedah dan bayi tersebut ada bersama ibu dan bapa tiri kekasih gadis terbabit.
Polis bawa anak ke Hospital Bukit Mertajam selepas dijumpai, jadi kami terus ke sana untuk buat pemeriksaan.
Syukur anak saya selamat cuma sekarang dia trauma. Dia takut kalau dibaringkan. Jadi saya pun bawa dia ke klinik dan buat rawatan Islam untuk dia.
Mengaku anaknya hasil hubungan dengan teman lelaki
Bagaimanapun, menurut Farisha, pada Isnin (29 Ogos) Raisya baru selesai buat pengesahan DNA sebab suspek tiba-tiba mengaku yang anak saya ni sebenarnya hasil hubungan dengan teman lelaki dia.

Susulan kejadian, pasangan suami isteri ini juga melihat rakaman litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan gadis ini melarikan anaknya menggunakan motosikal jenis Hinda EX5.
Sementara itu, Farisha turut menitipkan pesan kepada ibu bapa yang ingin menghantar anak kepada pengasuh agar lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian tak diingini seperti berlaku padanya.
“Pastikan kita siasat dulu latar belakang famili pengasuh atau yang hantar je taska. Sebolehnya biarlah kejadian ini menjadi peringatan buat semua,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, mereka adalah dalang utama kes, remaja perempuan berusia 14 tahun, teman lelakinya dan seorang rakan lelaki masing-masing berusia 18 tahun.

Turut direman adalah ibu dan bapa tiri teman lelaki suspek yang berusia 43 dan 30 tahun.
Kelima-lima suspek yang tiada rekod jenayah lampau direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.
Kredit: mStar
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rai Hari Jadi Anak Tapi Ustaz Ebit Tak Lupa Ucapkan Terima Kepada Isteri Tercinta

Mengenali personalti pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew, semua orang tahu dia seorang yang penyayang, prihatin dan sangat menghargai keluarganya. Beberapa hari lalu, Ustaz Ebit dan isterinya meraikan ulang tahun hari jadi anaknya yang ke-10 tahun. Bersyukur kerana anaknya itu membesar dengan sihat dan baik sekali.
Dalam perkongsian melalui akaun Instagram peribadinya, Ustaz Ebit ada memuat naik posting tentang kenangan ketika anaknya itu dilahirkan. Yang menjadi perhatian adalah ucapan penghargaan Ustaz Ebit kepada isteri tercinta semasa mahu melahirkan anak mereka. Sempat juga Ustaz Ebit menitipkan pesanan agar anaknya itu mengikut semangat juang ibu yang melahirkannya.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Terima kasih Allah atas kurniaanmu anakku Airis Safiyyah Lew ini dah 10 tahun. Sekejap jer masa berlalu..selamat hari lahir anak tercinta buah hati ayah 27/6. Dekat tarikh lahir bidadariku yang tercinta 17/6. Rindu sayang luv u
.
Masih teringat-ingat isteri sedang berjalan dan tiba-tiba rasa nak bersalin. Terus ke hospital. Malam tu tak berhenti.berzikir dan berdoa supaya Allah mudahkan.. Saat mula keluar senyap jer baby. Doktor risau dan kami pun risau…isteri mengalirkan air mata. Tak berhenti mengalir air mata. Ya Allah panjanglah usia dan jadikan ia asbab hidayah.. Syukur lahir dari perut isteri yang sanggup susah bersama suaminya. Yang tiada gaji besar. Tiada rumah dan tiada kereta. Duit hantaran dikumpulkan bersama walaupun belum benar-benar mengenali isi hati satu sama lain. Keperluan rumah berjimat cermat. Doa dan dan sokongan ibubapa dan ibubapa mertua. Isteri yang tidak pernah merungut walaupun sekali dalam hidupnya. Sedangkan selalu hidupku diuji dengan kesusahan dan kesibukan dalam kerja agama..pernah kadang-kadang tiba-tiba saya ada tugas agama yang perlu dilaksanakan. Bila pulang ke rumah, isteri telah menyiapkan semua barang untuk berada di jalan Allah.
Benarlah isteri yang paling dicintai suami ialah isteri yang paling memahami suami dan bersama-sama menyokong dalam kerja agama.. Saat kesibukan melanda. Saya berikan duit padanya. Sedar-sedar dia belikan hadiah buat mak ayah saya dengan duit yang diberikan… Kadang-kadang benarlah hargailah wanita yang bersama ketika kita susah. Selamanya tiada sepertinya dengan kehendak Allah.
Kadang-kadang pulang lewat ke rumah. Gembiranya hati lihat isteri sedang hidupkan Ta’lim bersama anak-anak.
Wahai anakku contohi dan belajar dari umi yang berkorban untukmu dan ayahmu dan hanya kerana mencintai Allah. Jadilah seperti sahabiah. Ya Allah terima kasih memberiku ibubapa yang baik. Ya Allah terima kasih memberiku isteri yang baik. Ya Allah terima kasih atas kurniaanmu-ebit lew.
Sumber: USTAZ EBIT LEW
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


