Waktu berpantang sememangnya ditunggu-tunggu oleh ramai wanita bagi menikmati waktu rehat yang panjang. Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga rupanya cukup menyukai rutin berpantang.
Sudah semestinya dek kerana hidangan dan lauk pantang yang disediakan buatnya sedap-sedap belaka selain dapat memanjakan diri dengan urutan, sauna dan sebagainya yang membuatkan tubuh semakin baik.
Terbaru menerusi Instastorynya, Siti turut berkongsi beberapa menu berpantangnya bersama Natalis Mother Care selepas dua hari melahirkan bayi lelakinya.
” Masakan dari @natalismothercare untuk dinner saya memang sedap.
” Sebab tu saya suka waktu berpantang. Tq,” kongsi Siti menerusi IG Storynya.
Malah Siti juga turut berkongsi beberapa menu berpantangnya yang cukup enak.
Kata Siti juga menerusi Instagramnya, dia begitu sukakan waktu berpantang. Malah kini menjalani rutin berpantang seperti biasa dan melalui hari-hari berpantangnya dengan memfokuskan kepada bayi disamping turut menjaga kesihatan dirinya.
“Saya akan menjalani rutin berpantang seperti biasa, fokus kepada bayi dan mahu memastikan keadaan kami berdua akan terus sihat, dipermudahkan semuanya.
“Terima kasih sekali lagi di atas setiap doa yang telah dipanjatkan buat saya dan juga ucapan tahniah di atas kelahiran anak kedua saya,” kongsinya.
Selain berkongsi menu berpantang, Siti juga turut berkongsi rutin penyusuan kepada bayinya. Malah katanya dia kini kembali berjaga setiap jam sekali, khusus untuk menyusukan bayinya.
“Bermulalah fasa 3 jam sekali ibu jaga,” kongsinya.
Dalam pada itu, entri Siti itu juga turut dipenuhi dengan ucapan tahniah dan mendoakan penyanyi kesayangan ramai itu dipermudahkan sepanjang berpantang.
Semoga rutin berpantang Datuk Siti sepanjang 44 hari ini dipermudahkan.
Artikel berkaitan: Adik Muhammad A, Aafiyah Kongsi Nama Adik, Warganet Berteka Teki
Tahniah Ayah & Mak Iti, Alhamdulillah Baby Sihat & Comel, Asyraf Khalid Teruja Dapat Adik Lelaki
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)