Mommy, mama, ibu, bonda, ummi, emak, amma… Ingat, hidup kita dalam menjadi ibu bukanlah suatu pertandingan. Bukan pertandingan anak siapa paling ramai, rumah siapa paling kemas, anak siapa paling senang makan, anak siapa paling cerdik, anak siapa paling behave dan beradab, anak siapa paling pandai kemas lepas bermain.
Didik anak bukan hari ini didik esok terus pandai. Rumah kita bersepah, itu rumah kita. Siapa tak suka biarkan. Kita yang duduk, kita yang hadap. Kalau penat nak kemas biarkan.
Kalau penat nak masak order online. Kalau kain bersepah nanti ada masa kita kemas. Kalau hari-hari kita asyik fikir kenapa anak orang lain lepas main kemas, anak aku kena marah menjerit macam singa baru nak buat.. Kenapa anak org lain ajar sekali terus pandai dan mengikut.
Tak apa itu anak orang, anak kita, kita teruskan mendidik. Niat dan tawakal dalam mendidik. Doa banyak-banyak supaya soleh dan mendengar kata anak kita semua. Insyallah Allah bantu.
Kalau asyik nak membanding, asyik memikirkan macamana nak suruh anak tu lebih baik dari anak orang lain, itu bukan mendidik, itu pertandingan.
Kita bukan nak bertanding tapi kita mendidik kerana Allah. Betulkan niat kita supaya anak-anak lebih terdidik.
Mak ayah harus mendidik jiwa sendiri dahulu sebelum mengharapkan anak-anak terdidik! Dan yang paling penting, jangan mengharapkan sebarang balasan selepas mendidik anak, sebab mak-mak ni bekerja untuk Allah, dan biarlah Allah yang memberi ganjaran sebab kalau asyik mengharap anak membalas jasa takut kita yang hampa kecewa lalu anak yang berdosa.
Cukuplah Allah Yang Maha Memberi Balasan buat kita. Mana tahu ganjaran tak ternilai kita terima ganjaran anak soleh!
Muhasabah untuk kita semua, sebab kadang-kadang saya pun banyak terlalai dalam mendidik. Cuma setiap ibu mempunyai harapan yang sama, iaitu anak soleh solehah. Amin
Kredit: Adawiyah Abdul Rahman
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)