“Air surut, pertama sekali saya tengok peti sejuk sebab banyak stok susu disimpan. Bila masuk je rumah sebak sangat sebab semua barangan dah terbalik dan rosak. Tambah sedih tengok peti sejuk terbaring, semua stok susu yang dipam masa dalam pantang rosak macam tu je,” kongsi Farah Ishak salah seorang mangsa banjir di Padang Jawa, Shah Alam.
Ibu kepada 5 orang anak dan baru lepas 40 hari berpantang menganggapnya semua ini ketentuan ilahi. Sejak tinggal di kawasan itu, inilah pertama kali banjir berlaku. Kawasan rumah ditenggelami air hingga paras dada.
Berikut adalah perkongsiannya Puan Farah:
Perkara yang paling sedih dalam hidup tahun ni, tapi saya redha atas ujian yang Allah bagi. Sebelum ni kejadian banjir tak dijangka ini, saya pernah melalui pengalaman susu drop selepas anak warded selama 7 hari di NICU gara-gara demam panas.
Masa tu anak saya usianya baru 14 hari. Sekarang usia baby dah 46 hari. Dipendekkan cerita, ramai yang bagi cadangan dan semangat kat saya untuk kekal positif. Alhamdulillah, susu saya kembali meriah dan saya happy sangat sebab dapat buat stok untuk baby masa saya nak mula kerja nanti.
Tapi, pada 18/12/2021, buat pertama kalinya Lembah Klang dilanda banjir besar dan saya salah seorang mangsa yang terkesan. Pada tarikh yang sama, saya ke Johor kerana memenuhi undangan perkahwinan sepupu saya.
Sebelum bergerak ke Johor, memang dah tak sedap hati bila tengok air parit makin tinggi. Tapi positifkan diri, kawasan rumah tak pernah dilanda banjir. Jadi jam 2 petang saya mula bergerak ke Johor, sempat pesan kat jiran, kalau air makin naik tolong info.
Maka benarlah sangkaan saya, jiran whatsapp gambar yang air dah masuk rumah dan jalan utama ke Shah Alam kebanyakan dah tak boleh masuk. Sangkaan saya air hanya paras buku lali. Rupanya dah atas paras pinggang. Sudah tentu peti ais mula tumbang kerana tekanan air lebih tinggi.
Perkara pertama selepas air surut, benda pertama yang saya nak tengok ialah peti ais. Masa buka peti ais yang dalam keadaan terbaring tu, memang rasa sebak sangat, sebab susu-susu tak dapat diselamatkan. Almost 40pack rosak. Ujian buat saya sepanjang menjadi ibu kepada 5 orang anak, ini ujian paling berat. Tapi sebagai ibu, saya perlu kekal positif dan kena mula balik buat stok untuk baby.
Sebagai pengajaran untuk saya dan ibu-ibu lain, bila hati dah bagi hint ada perkara yang tak baik nak berlaku, cepat-cepatlah buat persediaan untuk stok susu dan barang-barang yang penting.
Lagi pun, siapa nak jangka, kawasan yang tak pernah banjir tiba-tiba jadi banjir teruk kan? Walaupun tiada rezeki kali ni, mama tetap terus berjuang demi anak bongsu mama.
Kredit: Farah Ishak
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167