Sebak dan gembira melihat Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam, menyantuni adik Bella yang dipercayai menjadi mangsa dera ketika kunjungan ke taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland).
Sepanjang pertemuan itu, dapat dilihat kemesraan Khaleeda dengan Bella. Terpancar wajah keibuannya dan pelukan itu pastinya memberi momen bermakna buat Bella.
Khaleeda turut berkongsi detik istimewa bertemu gadis berkenaan di Facebook serta di laman Instagramnya. Kemesraan antara Khaleeda dan Bella jelas kelihatan menerusi beberapa rakaman gambar yang dikongsi.
Khaleeda turut berdoa supaya Bella, rakan-rakan dan kanak-kanak di seluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT.
“Semoga ia dapat memberi sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada mereka.
“Amat penting untuk golongan ini diberi perlindungan sewajarnya dan mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan biasa seperti insan lain,” katanya.
Pasangan berkenaan turut mencemar duli menyantuni beberapa kanak-kanak istimewa lain.
Kredit: FB YAM Che’ Puan Besar Khaleeda ; Metro
Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!