Dalam Negara

Sebak Terima Kereta, Bapa Bayi 11 Bulan Hidap Paru-Paru Kronik Luah Rasa Syukur!

Share

Bapa kepada bayi 11 bulan yang menghidap penyakit paru-paru kronik yang tular menaiki motorsikal beberapa hari lalu sebak menerima sebuah kereta.

Seorang pengusaha kedai outomotif dikhabarkan telah bermurah hati untuk menghadiahkan bapa ini, Mohd Azlan Ishak untuk membawa anaknya berulang alik ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.

Menerusi perkongsian Daniel Firdaus, dia bersyukur kerana dapat membantu keluarga kecil itu yang kesusahan untuk membawa anaknya ke hospital.

“Alhamdulillah selesai proses penyerahan kereta Persona kepada En Lan serta isteri. Harap sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang dihadapi anaknya yang menghidap paru-paru kronik. Allahu, besar ujian Encik Lan, tapi Encik Lan tetap kuat,” tulisnya.

Tambahnya lagi, Azlan sebelum ini pernah mengunjungi premis miliknya untuk mencari kereta terpakai dengan harga sekitar RM1,000 hingga RM2,000 bagi membolehkan dia membawa anak ke hospital ketika waktu hujan.

Susulan daripada itu, pengusaha tersebut meminta bapa kepada bayi berkenaan memilih sahaja kereta terpakai yang dia rasa bersesuaian sehingga membuatkan suami isteri itu menangis sebak.

Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat yang bapa kepada bayi berkenaan begitu sebak ketika memperoleh kereta tersebut sambil memeluk mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membantu mereka sekeluarga.

Menarik: Moga Jadi Anak Soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang

Stress Buat Wanita Susah Nak Hamil, Bakal Ibu Kena Tenang-Tenang Saja/

“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

Published by
SRM