Sebaknya rasa bila mendengar dendangan lagu ini walau pun beberapa saat, menggambarkan sayangnya Datin Sri Shahida kepada anak susuan, Qayyum yang dianggap seperti anak sendiri.
Datin Sri Shahida amat menyayangi anak-anaknya termasuk anak susuannya Ameena & Qayyum. Sebuah videonya dan Qayyum dimuatnaik di Instagram dengan kapsyen yang cukup membuatkan rasa sebak. Kasihnya telah banyak tertumpah buah Qayyum (Yom) dia telah menghadiahkan sebuah lagu semoga satu hari nanti Qayyum tahu yang dirinya dijaga oleh ibu susuannya semasa kecil dulu.
shahidadherbs Istimewa utk Qayyum Aliffshah Bin Abd A’liy…..Belum siap lagi….nanti dah siap kita letak kat Youtube …nanti dah besar boleh tengok balik??…
.
Sebenarnya sebelum kes qayyum ni saya dan @aliffsyukriterlajaklaris mmg ada rekod 1 lagu dgn @hafizhamidun …..lagu selawat…….saya just suka2 je utk anak2 saya dgr….tapi sekarang saya hadiahkan lagu ni utk Qayyum…semoga nanti dia besar dia tgk lagi lagu ni kat Youtube dan dia tahu saya pernah jaga dia…
.
Minta maaf juga kat mak qayyum dan semua sebab saya x jaga qayyum dgn baik dan bukan mak yg baik utk dia…saya yakin dia akan lebih bahgia dgn mak dia nanti..
Para peminat sebak menonton video ini dan mendoakan yang terbaik buat Qayyum, Datin Sri Shahida serta seluruh keluarganya.
Sumber: shahidadherbs