Sebaknya mengikuti luahan ibu ini. Tidak dapat digambarkan kesakitan yang terpaksa dilaluinya.
Perkongsian ibu kepada 3 orang anak, Puan Shazrin Qureen ini mendapat perhatian para netizen. Dia yang menghidap kanser papillary thyroid carcinoma cancer stage 2 telah berkongsi perjalanannya dari awal.
Banyak ujian yang telah dilalu ibu ini sejak dari awal bagaimana dia mendapati ada bijian kecil pada leher sehinggalah pembedahan yang mengakibatkan komplikasi yang hebat iaitu tidak boleh menelan air & terpaksa menggunakan tiub serta menerima suntikan yang amat menyakitkan. Tidak hanya ituu, wanita tabah ini sekali lagi diuji apabila disahkan mengalami barah. Betapa beratnya ujian ini, semoga dia diberikan ketabahan & kekuatan.
Lepas 2 tahun bersalinkan anak, dapati biji kecil pada leher. Beberapa tahun kemudian saiznya membesar, leher sebelah kanan nampak bengkak.
Klinik sahkan normal tapi hati meronta nak buang. Dirujuk ke hospital.
Bila buat ultrasound doktor jumpa sesuatu & syaki kanser. Biopsi berulang kali tapi tak clear. Doktor buang semua tiroid.
Doktor terangkan risiko sekiranya buang sebelah & ia didapati kanser, pembedahan kedua perlu dilakukan.
Risiko & komplikasi pada 3% sahaja. Selepas bedah, boleh habiskan semangkuk bubur tapi air walaupun seteguk tersembur keluar.
Saraf bengkok & melekat di tiroid. Doktor sarankan minum susu dari tiub hidung.
Sepanjang pakai tiub, sakitnya Allah yang tahu. Rasa putus asa dalam hidup…
Suntikan amat menyakitkan, 3 hari dibisukan. Menangis minta ubat tahan sakit.
Lepas suntikan, tiub ditanggalkan. Makan macam biasa tapi minum mesti perlahan-lahan. Kalau gelojoh boleh tersedak. Tekak mula rasa ketat untuk menelan, rasa tercekik.
Doktor beritahu kelenjar dibuang positif kanser tahap 2. Perlu bedah untuk buang keseluruhan tiroid kerana ia sudah merebak ke kiri.
Hidup rasa gelap. Air mata jadi peneman
Ya aku akui aku seorang yang kuat tapi mungkin di mata orang. Jauh di sudut hati aku sangat lemah…
Badan jadi cepat berpeluh & panas. Selera makan menurun, berat turun 5kg. Suara garau, bila bercakap tekak jadi perit & kering. Penat & suara tersekat-sekat. Adakalanya tak boleh sebut perkataan dengan betul.
Kalau ada simptom penyakit, jangan biar ok. Semoga Allah beri peluang untuk rasa nikmat kesihatan
Sumber: Shazrin Qureen
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI