Sebelum 4 Tahun Pandai ABC, 123 Hebat! Tapi Kalau Skil Urus Diri Tak Mampu, Kiranya Mak Ayah Gagal

Share

Anak bukan boleh membesar dengan sendiri, kalau kita sebagai ibu bapanya tak memberi didikan yang baik. Tapi ramai juga yang terkeliru dan menganggap anak boleh membesar dengan sendiri dan tak perlu pun di ajar apa-apa.

Berdasarkan perkongsian Pediatric Occupational Therapist, Maryam Jamadi, anak tak akan membesar dengan sendiri tetapi “dibesarkan” oleh mak ayah ataupun penjaganya terutama semasa bawah 2 tahun. Waktu ini 100% perkembangan otak anak adalah berdasarkan apa yang kita “beri” pada anak.

– Kalau kita kurung mereka dalam bilik yang kecil, itulah “dunia” mereka.
– Kalau kita tak pernah bawa mereka keluar rumah, mereka tak tahu pun betapa besarnya dunia ini dan betapa tingginya langit.
– Kalau kita hanya beri mereka tengok TV dan gadget seharian, itu sahajalah yang mereka tahu. Kalau kita tak pernah tunjuk mereka buah-buahan, sampai ke sudah mereka tak tahu kewujudan buah-buahan. Nampak kan, betapa sempitnya dunia mereka.

Sebab itulah, mak ayahlah guru pertama anak sejak dari hari mereka bernafas di dunia disitulah terletak tugas mak ayah untuk mendidik mereka. Kita yang membentuk mereka.

– Anak tak akan addicted dengan gadget kalau kita tak pernah beri.
– Anak juga tak akan belajar pakai baju dan seluar sendiri kalau kita tak pernah ajar dan beri peluang mereka belajar.
– Anak tak akan pandai makan sendiri kalau kita hanya suap mereka dan sentiasa marah mereka bila makan tertumpah.
– Anak tak akan pandai bebas diaper sendiri kalau kita tak pernah bantu mereka ke tandas.
– Anak tak akan pandai “bye-bye” kalau kita tak pernah tunjuk dan ajar mereka.

Tugas mak ayah bukan sahaja mendidik abc atau 123 semata-mata, mendidik skil kehidupan juga adalah tugas penting yang kita perlu lakukan. Skil kehidupan ini pula untung sangat kalau ada pengasuh atau penjaga anak tolong ajarkan kepada anak sebab biasanya tak ramai pengasuh yang tersempat nak ajar anak satu-persatu skil-skil ini.

Ada skil kehidupan anak kita tak perlu ajar, mereka boleh belajar. Ada skil yang kita perlu ajar sebab anak tak akan dapat sendiri. Kebanyakan mak ayah tak aware tentang ini dan tak ada idea macam mana nak ajar skil penting dalam kehidupan anak dan hanya risau:

“Anak dah umur 4 tahun tapi tak kenal lagi abc 123. Tahun ni nak masuk tadika”
“Anak umur 6 tahun tapi tak pandai membaca, menulis dan mengira lagi. Tahun depan nak masuk darjah 1”

Banyak meletakkan mindset akademik, sehingga terlupa skil kehidupan anak pun nak kena “tackle” juga. Apa yang mak ayah perlu risaukan bila anak umur 4 tahun atau 6 tahun:

UMUR 4 TAHUN 

– Adakah anak bebas diaper?
– Adakah anak pandai makan dan minum tanpa tertumpah? 
– Adakah anak pandai pakai dan buka baju seluar sendiri?
– Adakah anak pandai buka dan pakai kasut sendiri? 
– Adakah anak boleh memulakan perbualan?
– Adakah anak pandai melompat jauh? 
– Adakah anak boleh mengenal pasti kata sifat (panjang, pendek, besar, kecil)?
– Adakah anak mengenal warna?

 UMUR 6 TAHUN 

– Adakah anak boleh mengurus diri 100%?
– Adakah anak sudah 100% bebas diaper dan mengurus diri di dalam tandas sendiri?
– Adakah anak boleh menyediakan sarapan ringkas sendiri?
– Adakah anak boleh memakai baju atau seluar berbutang dan zip dengan sendiri?
– Adakah anak boleh melukis orang? 
– Adakah anak boleh bermain teng-teng? 
– Adakah anak boleh menghuraikan sekurang-kurangnya 7 perkataan? 
– Adakah anak mengetahui lawan kata?

Dia atas ini antara checklist yang mak ayah perlu letak dalam target bila anak nak masuk umur 4 dan 6 tahun selain daripada akademik semata-mata.

*Termasuklah checklist sebelum anak masuk darjah 1 supaya tak ada episod anak “accident” di sekolah sebab tak pandai buka seluar sendiri ya

Nak cerita satu persatu macam mana nak ajar skil-skil di atas banyak sangat. Jadi, saya nasihatkan kalau mana yang anak tak capai lagi dan mak ayah tak tahu macam mana ajar skil-skil kehidupan anak. Boleh cuba

  1. Balik kampung, berguru dengan mak ayah sendiri macam mana nak ajar.
  2. Jumpa occupational therapist untuk lakukan penilaian awal supaya dapat tahu apa yang anak tak capai lagi kenapa anak tak dapat capai.

Sumber: Maryam Jamadi

Published by
Wan Amy