Ibu bapa kadang-kadang terlalu fikirkan untuk mengajar perkataan-perkataan yang berunsurkan akademik dengan harapan anak pergi sekolah nanti boleh excellent.

Tapi perasan tak yang masa usia kanak-kanak bawah 5 tahun, apakah keperluan mereka yang sebenar dan apakah kesan jika kita tak penuhi keperluan tersebut.

Sebelum 5 Tahun Skil Ini Kena Ajar Kalau Tak Mahu Anak Kita TerlambatBagi kanak-kanak bawah 5 tahun, perkara asas dan umum untuk mereka develop adalah skill:
✅ Sensori/deria – untuk membuatkan mereka lebih peka dengan persekitaran, lebih observance, lebih explore barulah otak berkembang dengan baik. Barulah nanti nak belajar kat sekolah senang yang ni memang kena belajar melalui exposure dan pengalaman. Bukan tiba-tiba skill tu datang sendiri.

IKLAN

✅ Skill motor-motor halus dan kasar untuk perkembangan kekuatan dan koordinasi otot yang baik. Bila koordinasi dan kekuatan otot badan baik, koordinasi tangan baik, baru boleh belajar dengan selesa di sekolah. Tulisan pun cantik. Skill ni pun perlu belajar dengan praktis dan physically involve. Kalau duduk je tak banyak bergerak memang susah la nak dapat skill ni dengan baik.

✅ Skill bahasa & komunikasi – Bila nak anak boleh belajar dengan baik di sekolah, mereka perlu faham dulu bahasa dan boleh berkomunikasi dengan baik mnggunakan bahasa yang mereka ada tu. Kalau kita cakap pun tak faham, rasanya faham ke bila baca kalau tak faham apa yang dia baca, rasanya berfungsi ke membaca untuk perkembangan dan pembelajaran mereka macam mana nak ajar skill ni rasanya semua orang tau.. kalau kita nak anak bercakap, kita kena rajin cakap dan berinteraksi dengan anak.. dengan keadaan betul-betul wujud bersama mereka.

IKLAN

Sebelum 5 Tahun Skil Ini Kena Ajar Kalau Tak Mahu Anak Kita Terlambat✅ Skill tingkah laku – Masalah tingkahlaku selalunya tak ada kaitan terus sangat pun dengan masalah delay ke apa ke.. Tapi tingkah laku kanak-kanak selalunya berkait rapat dengan parenting skill. Behavior bagus, kan senang nak belajar.. cikgu pun senang hati nak mengajar di sekolah. Tak adalah kena reject kan sebab cikgu tak boleh urus.

✅ Skill sosial – sosial ni bukanlah bermaksud anak tu kena boleh bertegur sapa dan beramah mesra dengan semua orang. Kalau anak malu dengan orang tak kenal tu biasa la. Skill sosial ini lebih kepada boleh bermain dengan kawan-kawan, boleh bergaul, tahu untuk bezakan cara pergaulan dengan kawan-kawan tak sama dengan bergaul dengan orang dewasa atau lebih tua.

IKLAN

Untuk bawah 5 tahun fokus 5 skill ni dulu dan kena ingat, bercakap dan berkomunikasi tak sama dengan membaca, menyebut dan menghafal abc.

Sumber: Aishah Kassim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI