Sebelum 6 Bulan, Ibu BF Patut Makan Banyak. Lepas Tempoh Tu Lebih Pada Nafsu

Share

Ketika menyusukan anak, ibu akan kuat makan. Sesetengahnya mengalami pertambahan selera sehingga berat badan pun naik.  Adakah normal seorang ibu menyusu untuk makan banyak sehingga naik berat badan? Ibu yang menyusui bayinya secara eksklusif untuk enam bulan pertama memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu. Sekiranya ibu masih kuat makan selepas anak melepasi usia enam bulan, anak boleh mula berdiet dan mengawal pengambilan makanan.

Secara purata, untuk menghasilkan 100ml susu ibu, ibu perlu menggunakan sebanyak 85 kalori. Jadi, jika ibu menghasilkan dalam lingkungan 500ml hingga 700ml susu sehari, ini bermakna ibu akan membakar tenaga sebanyak 420 hingga 600 kalori sehari.

Ketika anak sudah masuk usia enam bulan ke atas, mereka sudah diperkenalkan dengan  makanan pelengkap dan masih menyusu badan. Apabila bayi sudah diperkenalkan dengan makanan pelengkap, keperluan menyusu mula berkurangan secara beransur-ansur. Oleh yang demikian penghasilan susu puan juga berkurangan kerana permintaan yang kurang daripada bayi.

Artikel Menarik: [Tumbesaran Anak Berbeza-Beza. Menyusu Badan, Berat Naik Sikit. Jangan Pula Bagi Susu Formula]

Maka tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu juga berkurangan. Selepas usia bayi enam bulan hingga setahun, susu ibu membekalkan satu per tiga hingga satu perdua daripada keperluan tenaga bayi sehari.

Apabila keperluan menghasilkan susu semakin berkurangan, tetapi jika pemakanan si ibu masih sama seperti dahulu, kalori berlebihan yang diambil ini tidak akan dibakar dan akan disimpan di dalam bahan sebagai lemak. Jika hal ini berterusan, maka lama kelamaan kenaikan berat badan akan menjadi ketara.

Artikel Menarik: [Bayi baru Lahir Minum Susu Setiap 2 Jam. Doktor Kagum Dengan Pengorbanan Ibu]

Pemakanan Seimbang

Terdapat persepsi dalam kalangan ibu yang menyusui bayinya yang merasakan tidak mengapa makan lebih kerana ibu menyusu perlu makan untuk dua orang. Hakikatnya tidak sebegitu terutama apabila bayi sudah berusia lebih enam bulan. Pertambahan berat badan boleh disebabkan oleh faktor lain, antaranya gaya pemakanan yang kurang sihat dan pengambilan makanan yang tidak seimbang sebagaimana yang disarankan mengikut piramid makanan.

Tambahkan makanan berserat, buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam menu makanan harian. Pilih cara masakan yang kurang berminyak seperti merebus, membakar atau mengukus. Kurangkan pengambilan makanan berlemak atau digoreng.

Senaman

Selain daripada faktor pemakanan, senaman secara berkala setiap minggu juga perlu dibuat untuk memastikan kalori yang berlebihan dibakar dan tidak disimpan sebagai lemak. Digalakkan bersenam selama tiga puluh minit setiap sesi dan dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.  Selain itu, teruskan memberikan susu kepada bayi anda mengikut kehendaknya sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya dua tahun. Jika ibu bekerja dan bayi tiada bersama, pastikan anda memerah susu setiap tiga jam untuk memastikan susu terus dihasilkan.

 

Published by
Emy H