Usia 0-7 tahun bermainlah dengan anak. Umur 8-14 tahun disiplinkanlah anak. Jika ibu bapa rajin meluangkan masa bermain dengan anak ketika anak berusia 0-7 tahun, secara tidak langsung ibu bapa juga sedang membina asas untuk peringkat 7 tahun seterusnya.
Disiplin memerlukan ‘connection’ yang kukuh di antara ibu bapa dengan anak. Bermain membina ‘connection’ yang diperlukan ini dari peringkat awal lagi.
Apabila ibu bapa meluangkan masa bermain dengan anak, anak rasa dihargai, anak rasa ‘connected’.
Apabila ibu bapa turun padang bermain seperti kanak-kanak, anak rasa kebersamaan, anak rasa ‘connected’.
Apabila ibu bapa mengajak anak merancang permainan, anak rasa yakin diri, anak rasa ‘connected’.
Apabila anak kalah atau pun menang dalam perlumbaan ketika bermain bersama, anak pelajari kelebihan dan kelemahan diri, anak rasa ‘connected’.
Apabila ibu bapa tetapkan batasan ketika bermain, anak rasa selamat dan dilindungi, anak rasa ‘connected’.
Apabila ibu bapa bergelak ketawa ketika bermain, anak rasa gembira, anak rasa ‘connected’.
‘Connection’ inilah yang membina hormat anak kepada ibu bapa dari peringkat awal lagi.
Apabila anak hormat kepada ibu bapa, anak akan lebih mudah untuk menurut dan mendengar kata ibubapa terutamanya apabila tiba peringkat usia 8-14 tahun. Ini merupakan peringkat usia yang mencabar untuk mendidik anak-anak kerana mereka lebih mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan.
‘Connection’ jugalah yang mengekalkan ‘authority’ ibu bapa kerana anak tahu ibu bapa peduli.
Begitulah besarnya impak bermain dengan anak kepada proses mendisiplinkan anak.
Oleh itu jika ibu bapa menghadapi masalah dalam menguruskan tingkah laku anak, cuba renung kembali ‘connection’ bagaimanakah yang telah dibina dengan anak sejak usia anak 0-7 tahun.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI