Kehadiran Dariya Inara beberapa bulan lalu dalam hidup Jep mengubah hidupnya. Bukan setakat bahagia tapi caranya melayan anak buat ramai peminatnya tergelak dengan gayanya yang sempoi.
Dalam setiap entri di instagramnya, Jep cukup selamba menjaga anaknya dan kapsyen untuk setiap gambar Dariya juga lucu. Seolah-olah apa yang digambarkannya kena dengan gambar si comel Dariya.
Jika diikutkan, kerjaya Jep sebagai pelawak dan penyampai radio memang memerlukan komitmen dan sentiasa sibuk. Jep juga mengakui kesibukan bekerja tak menghalangnya nak melayan anak perempuannya bila ada masa.
Malah Dariya pun seolah-olah faham dan cukup manja dengan abahnya. Jika orang kata anak perempuan manja dengan ayah boleh diberikan contoh Dariya dengan Jep.
Peminatnya juga menyatakan Jep nampak sporting dan suka melayan. Jadi tak mustahil kalau Dariya besar nanti jadi bodyguard abahnya.
Dengan kehadiran bayi pertama hasil perkahwinan pasangan ini akan menyerikan lagi rumahtangga yang dibina — tidak sabar pula untuk lihat Dariya Inara membesar dengan comel kelak.
Makin Besar Dah Iras Muka Abah
Ada juga yang menyatakan semakin besar anak dara Jep dah nak iras muka abahnya. Bahagian mata ikut Sari Yanti.
Sumber: Jepsepahtu