Ibu bapa yang mempunyai anak antara usia 3 tahun ke atas sepatutnya perlu lihat kepada perkembangan asas dulu sebelum fokus pada akademik. Anak-anak usia 3 hingga 6 tahun ini perlu diberi pendedahan mengenai skil urus diri.
Jika bab ni anak masih belum boleh lakukan, anda sepatutnya bimbang kerana ia antara perkara penting sebelum nak paksa anak menulis, membaca dan mengira.
Seperti perkongsian Puan Shazwana Hanafi, kebanyakan ibu bapa lebih bimbang mengenai isu akademik anak sedangkan perkara asas untuk pengurusan diri belum mampu buat lagi walaupun dah usia 5 tahun.
Issue anak nak masuk tadika 2023
“Teacher, risau saya, anak saya dah 5 tahun ni tahun depan, tapi membaca menulis mengira semua belum tahu, boleh ke saya nak masukkan anak saya ke tadika puan tahun depan?”
Soalan yang saya akan tanya balik :
1) Anak puan dah boleh buka baju sendiri? – belum biasa yang bukakan baju dia
2) anak puan dah boleh makan sendiri? – belum biasa yang suapkan
Ads
3) anak puan dah boleh mandi sendiri? – belum, biasa saya atau ayah dia yang mandikan
4) anak puan dah biasa guna gam? – belum, melekit teacher. Saya tak bagi dia main
5) anak puan dah pandai guna gunting? – belum teacher, tajam. Saya tak bagi dia main
6) anak dah free diapers? – belum teacher, saya tak sempat nak training lagi
7) anak dah boleh berkomunikasi dengan baik? – dia cakap sebiji sebiji, ayat panjang-panjang tu masih tak pandai sangat, bercerita pun tak de lagi
Ads
“Sampai bila puan nak suap, nak mandikan, nak cebukkan dia?” “Erkkk saya pun tak pasti teacher 🥺”
“Macam ni la puan, puan tak patut risau dia tak boleh membaca mengira menulis, tapi puan sangat-sangat patut risau anak masih belum pandai urus diri. Itu kemahiran asas untuk hidup dia.
Menulis ni kemahiran kompleks, fine motor skills tak ok lagi, jangan duk paksa menulis. Baik puan paksa dia mandi sendiri, makan sendiri, buka baju sendiri, ajar dia berkomunikasi & berkawan sebelum nak ajar dia menulis”
Sebab tu parents, kemahiran asas ni perlu sangat. Ni yang anak-anak practice masa playschool. Tapi kalau anak tak ke playschool, ajar la di rumah. Sumber banyak kat google, kat pinterest, boleh je buat aktiviti ni kat rumah.
Ingat, penuhi kemahiran yang asas dulu. Baru la nak fikir bab menulis membaca mengira. Haish, jangan la seksa anak tu.
Ads
Seolah-olah baru nak kenal no 123 tapi dah paksa buat calculus. Tak ke haru tu. Step by step. Rilex.
p/s : nk masuk 5 tahun tapi belum pandai urus diri is not a good sign ya parents. Pastikan anak dah boleh buka baju sendiri, makan sendiri paling lewat umur 2 tahun setengah. Mandi sendiri bila dah umur 3-4 tahun, tapi dalam pantauan.
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Pendidikan merupakan aset yang paling penting kerana ia boleh menjamin masa depan individu. Namun banyak faktor yang boleh mempengaruhi kebarangkalian untuk seseorang itu berjaya termasuklah pemakanan individu. Pernah tak dengar ungkapan yang berbunyi “have breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a poor”? Ia menunjukkan kepentingan sarapan pagi dalam mempengaruhi aktiviti individu sepanjang hari.
Kajian terbaru menunjukkan pelajar sekolah yang mengambil sarapan pagi mempunyai keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan GCSE berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.
Pengambilan sarapan bagi meningkatkan prestasi pelajar
Kita sering mendengar keluhan pelajar berkenaan dengan sarapan pagi. Mana tidaknya, jumlah wang perbelanjaan yang diberikan oleh ibu bapa kebiasaannya cukup untuk menampung kos pemakanan pada satu waktu rehat (biasanya pada pukul 10 pagi). Walau bagaimanapun, sesi pembelajaran bermula pada jam 8 pagi, dan kebanyakan pelajar tidak mengambil makanan sebelum waktu tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendapat insentif bagi menjalankan program sarapan percuma khas untuk pelajar sekolah yang bakal bermula menjelang 2020. Ini merupakan satu inisiatif yang baik bagi menjamin prestasi cemerlang dalam kalangan pelajar.
Negara-negara maju seperti di UK mempunyai program yang seakan-akan sama, namun hanya sebahagian daripada jumlah 24,000 sekolah yang menawarkan program tersebut kepada pelajarnya. Kajian oleh Katie Adolphus yang diterbitkan di Frontier telah menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil makanan pada waktu pagi sukar untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan GCSE. Mereka yang mengambilnya secara kerap sering mendapat keputusan, secara puratanya, lebih dua gred berbanding pelajar yang tidak mengambilnya.
Dianggarkan bahawa hampir setengah juta daripada populasi pelajar sekolah di United Kingdom (UK) belajar dalam keadaan lapar. Kajian soal selidik yang dijalankan di sekolah-sekolah dan kolej yang terletak di West-Yorkshire telah menunjukkan 30% daripada pelajar tidak atau jarang mengambil makanan pada waktu pagi. Mereka yang makan pada waktu pagi dalam kekerapan sekali-sekala pula hanya merangkumi 20% daripada jumlah pelajar di negeri tersebut. Data tersebut telah dianalisis dan dapatan soal selidik menunjukkan mereka yang tidak mengambil makanan pada waktu pagi sering mendapat keputusan, secara purata, kurang 10 markah daripada mereka yang mengambilnya.
Kajian ini menunjukkan kepentingan sarapan pagi dalam meningkatkan prestasi pelajar untuk mendapat keputusan akademik yang cemerlang.
Penting ke sarapan pagi?
Buku yang berjudul Three Square: The Invention of the American Meal oleh Abigail Carroll telah menerangkan perihal pembahagian waktu makan kepada makan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Menurutnya, pembahagian tersebut tidak berteraskan konsep biologi tetapi lebih kepada penerapan budaya oleh orang Eropah kepada komuniti masyarakat tempatan Amerika. Masyarakat tersebut hanya makan jika mereka berasa lapar. Namun pengamalan konsep tiga waktu makan ini membuatkan seseorang individu kelihatan lebih teratur dan bertamadun. Namun, persoalannya, adakah sarapan pagi merupakan perkara yang paling penting buat individu?
Selain dapat meningkatkan prestasi individu,sarapan pagi juga boleh:
Menjadikan seseorang individu lebih aktif: Waktu tidur merupakan fasa berpuasa bagi setiap individu. Kadar gula dalam darah kebiasaannya rendah dan ia merupakan sumber tenaga utama bagi badan. Mereka yang tidak mengambil makanan pada waktu pagi sering berasa lembap, tidak bertenaga dan sukar untuk menjadi lebih produktif dalam menjalankan aktiviti harian
Menurut kajian makanan, pelajar yang mengambil sarapan pagi cenderung untuk mengambil 20-60% lebih nutrisi mikro seperti vitamin B, D, zat besi dan serat berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan. Ada juga kajian yang menyatakan kepentingan sarapan dalam mengawal berat badan namun ia mendapat tentangan daripada ahli akademik yang lain. Kajian lanjut perlu dijalankan bagi mengkaji kesannya dengan lebih tepat.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak memang tak tahu penat sebab mereka dalam proses untuk membesar. Tapi kadang-kadang kita sebagai ibu bapa penat melayan perangai anak-anak. Dalam tak sedar kita sebagai ibu bapa terkasar dengan anak-anak semata-mata nak minta anak-anak untuk duduk diam-diam.
Anak yang tak duduk diam ni sebenarnya bijak. Kenapa bijak? Ikuti perkongsian Doktor Taufiq tentang anak yang tak duduk diam ni;
JANGAN PAKSA ANAK DUDUK DIAM
Tiap hari saya pening duk fikir aktiviti apa lagi nak buat dengan Maryam Soolihah dan Solahuddin.
Sebab apa?
Sebab hati saya tak tenang kalau tengok anak saya duduk diam tak buat apa apa. Ni mindset yang saya latih dalam otak saya.
Pelik kan? Padahal makin anak diam, makin la mak ayah boleh tenang. Saya tak!
Saya tahu, kepayahan ni la nanti yang akan Allah balas balik dalam bentuk kecerdikan dan kecerdasan otak anak saya.
Saya kena tahan la sikit penat melayan anak bermain, berlari, melompat, berguling dan berdebu kalau nak anak saya bijak bila dewasa nanti.
Saya tahu ada 7 deria yang perlu diransang pada anak saya supaya otak & otot anak saya boleh berkembang dengan sempurna!
7 deria tu adalah:
1. Visual ( Visual Sense ) 2. Auditori ( Audirory Sense ) 3. Sentuhan ( Tactile Sense ) 4. Deria sendi ( Proprioceptive Sense ) 5. Rasa ( Gustatory Sense ) 6. Bau ( Olfactory Sense ) 7. Pergerakan & Keseimbangan ( Vestibular Sense )
Semua deria sebenarnya boleh diransang kalau saya tak paksa anak saya duduk diam hanya kerana saya tak sanggup nak berpenat melayan karenah anak anak saya!
Saya taknak jadi mak ayah yang cuma jadikan gajet untuk mendiamkan anak anak. Gajet ni cuma ransang deria Visual je. Kita tak sedar, akhirnya deria anak kita yang lain jadi tumpul dan tak berkembang.
Takkan dapatnya sagu, kalau tak dipecahkan ruyung! Mana dapatnya anak cerdik dan bijak kalau tak tahan lelah dan penat sekarang.
Sabarlah Ibu Ibu semua..sesungguhnya anak kita sedang berkembang dan membesar
Setiap pagi kita lihat anak-anak melangkah ke sekolah dengan semangat, tetapi di belakang mereka tersangkut satu beban yang lebih berat daripada usia mereka – beg sekolah yang sarat dengan buku, peralatan dan harapan. Namun, di sebalik senyuman kecil itu, tersimpan risiko kesihatan yang besar jika ibu bapa tidak ambil peduli. Video dari saluran Bintang Kecil membuka mata kita bahawa kesan membawa beg sekolah berat bukan sekadar keletihan – ia boleh mengubah struktur tubuh anak-anak kita selama-lamanya. Jadi, apakah peranan kita sebagai ibu bapa?
Timbang & Nilai: Pastikan Berat Beg Tak Lebih 20% Berat Badan Anak
Ibu bapa boleh mula dengan menimbang beg sekolah anak setiap minggu. Garis panduan yang disarankan dalam video: berat beg tidak boleh melebihi 20% daripada berat badan anak. Contohnya, anak seberat 30kg seharusnya membawa beg maksimum 6kg sahaja. Gunakan penimbang rumah, dan ajar anak untuk menilai sendiri apa yang patut dibawa. Jadikan ia satu rutin – seperti menggosok gigi sebelum tidur – supaya mereka peka terhadap beban sendiri.
Pilih Beg Yang Sesuai dan Selamat
Tak semua beg dicipta sama. Ibu bapa disarankan untuk memilih beg dua tali yang tebal dan empuk, bukan beg silang atau satu tali. Kedudukan beg juga penting – pastikan ia terletak di tengah belakang, tidak terlalu tinggi atau rendah. Bagi anak kecil, pertimbangkan beg beroda yang lebih mesra tulang belakang. Sediakan ruang khas di rumah untuk menyusun buku harian, agar anak tahu cara mengurus isi beg mereka dengan lebih sistematik.
Latih Anak Jaga Postur & Gaya Pemakaian
Anak-anak perlukan panduan, bukan hanya arahan. Tunjukkan mereka cara memakai beg dengan betul, dua bahu serentak dan luruskan badan semasa berjalan. Galakkan anak berdiri di depan cermin untuk menilai postur mereka. Jadikan ia aktiviti keluarga yang menyeronokkan – siapa paling tegak hari ini? Sedikit persaingan sihat mampu membina kesedaran tanpa tekanan.
Cipta Rutin Penyusunan Buku Harian & Kurangkan Beban
Ibu bapa boleh membantu anak menyusun buku mengikut jadual harian, bukan sekadar menyumbat semua ke dalam beg. Letakkan senarai semak di dinding atau peti ais supaya anak-anak tahu buku mana perlu dibawa. Jika sekolah menyediakan loker, dorong mereka guna sebaiknya. Ajar anak bahawa membawa lebih bukan tanda rajin, tapi kurang bijak.
Satu Pelaburan Kecil, Kesihatan Seumur Hidup
Kita mahu anak-anak membesar sihat, ceria dan bebas bergerak – bukan membongkok sebelum waktu. Menjaga berat beg sekolah mungkin nampak remeh, tetapi impaknya besar. Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita bukan hanya menyediakan keperluan akademik, tetapi memastikan tubuh kecil itu cukup kuat menampung impian besar mereka. Jadi, mari kita ringankan beban di belakang mereka, supaya langkah masa depan mereka lebih gagah dan yakin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.