Sebelum Anak Ke Tadika, Perlu Tahu Ini Dulu. Bukan Nak Pandai Baca, Menulis Je!

Share

Ibu bapa yang mempunyai anak antara usia 3 tahun ke atas sepatutnya perlu lihat kepada perkembangan asas dulu sebelum fokus pada akademik. Anak-anak usia 3 hingga 6 tahun ini perlu diberi pendedahan mengenai skil urus diri.

Jika bab ni anak masih belum boleh lakukan, anda sepatutnya bimbang kerana ia antara perkara penting sebelum nak paksa anak menulis, membaca dan mengira.

Seperti perkongsian Puan Shazwana Hanafi, kebanyakan ibu bapa lebih bimbang mengenai isu akademik anak sedangkan perkara asas untuk pengurusan diri belum mampu buat lagi walaupun dah usia 5 tahun.

Issue anak nak masuk tadika 2023 

“Teacher, risau saya, anak saya dah 5 tahun ni tahun depan, tapi membaca menulis mengira semua belum tahu, boleh ke saya nak masukkan anak saya ke tadika puan tahun depan?”

Soalan yang saya akan tanya balik :

1) Anak puan dah boleh buka baju sendiri?
– belum biasa yang bukakan baju dia

2) anak puan dah boleh makan sendiri?
– belum biasa yang suapkan

3) anak puan dah boleh mandi sendiri?
– belum, biasa saya atau ayah dia yang mandikan

4) anak puan dah biasa guna gam?
– belum, melekit teacher. Saya tak bagi dia main

5) anak puan dah pandai guna gunting?
– belum teacher, tajam. Saya tak bagi dia main

6) anak dah free diapers?
– belum teacher, saya tak sempat nak training lagi

7) anak dah boleh berkomunikasi dengan baik?
– dia cakap sebiji sebiji, ayat panjang-panjang tu masih tak pandai sangat, bercerita pun tak de lagi

“Sampai bila puan nak suap, nak mandikan, nak cebukkan dia?”
“Erkkk saya pun tak pasti teacher 🥺”

“Macam ni la puan, puan tak patut risau dia tak boleh membaca mengira menulis, tapi puan sangat-sangat patut risau anak masih belum pandai urus diri. Itu kemahiran asas untuk hidup dia.

Menulis ni kemahiran kompleks, fine motor skills tak ok lagi, jangan duk paksa menulis. Baik puan paksa dia mandi sendiri, makan sendiri, buka baju sendiri, ajar dia berkomunikasi & berkawan sebelum nak ajar dia menulis”

Sebab tu parents, kemahiran asas ni perlu sangat. Ni yang anak-anak practice masa playschool. Tapi kalau anak tak ke playschool, ajar la di rumah. Sumber banyak kat google, kat pinterest, boleh je buat aktiviti ni kat rumah.

Ingat, penuhi kemahiran yang asas dulu. Baru la nak fikir bab menulis membaca mengira. Haish, jangan la seksa anak tu.

Seolah-olah baru nak kenal no 123 tapi dah paksa buat calculus. Tak ke haru tu. Step by step. Rilex.

p/s : nk masuk 5 tahun tapi belum pandai urus diri is not a good sign ya parents. Pastikan anak dah boleh buka baju sendiri, makan sendiri paling lewat umur 2 tahun setengah. Mandi sendiri bila dah umur 3-4 tahun, tapi dalam pantauan.

Kredit: Shazwana Hanafi

Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.

Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
Wan Amy