Bukan senang menjadi ibu lagi-lagi yang harus bekerja atas tuntutan tertentu. Sebelum anak lahir lagi, ibu sudah berfikir siapa yang harus menjaga anak dan adakah anak akan selamat dan selesa.

Dilema ini kadang-kadang buatkan ibu jadi berbelah bahagi. Namun kerana komitmen, perasaan itu terpaksa dibuang jauh-jauh dan mampu berdoa agar keselamatan anak terjaga.

Perkongsian dari Pakar Motivasi, Mohd Fairuz Abu atau Akhi Fairuz tip sebelum hantar anak ke rumah pengasuh yang mungkin boleh membantu ibu yang pertama kali nak serahkan anak pada orang lain untuk menjaganya.

Sebelum Hantar Anak Ke Pengasuh, Cuba Elakkan Yang Ini. Jika Tiada Pilihan Kena Sedikit Curiga

Tip ini adalah dari Puan Zilawati Zahari sebelum menghantar anak ke rumah pengasuh :

IKLAN

Cuba elakkan dari pengasuh yang,

  1. Pengasuh yang mempunyai anak lelaki, berumur 12 tahun ke atas, keciciran persekolahan, menganggur atau yang mempunyai karakter yang mencurigakan.
  2. Pengasuh yang mempunyai suami yang tidak bekerja dan sentiasa ada di rumah.
  3. Pengasuh yang tinggal bersama bapa, bapa mertua atau adik beradik lelaki.
  4. Sekiranya ingin menghantar ke pusat asuhan, pastikan tempat jagaan seperti bilik dan bilik air antara kanak-kanak lelaki dan perempuan diasingkan, terutama untuk budak-budak transit yang berumur 5 tahun ke atas.

Merujuk kepada point 1, 2 dan 3, perkara yg tidak diingini akan berlaku bilamana pengasuh menggunakan khidmat mereka untuk turut sama mengasuh anak-anak tersebut ketika dia sibuk melakukan kerja-kerja rumah dan sebagainya.

Sekiranya tiada pilihan…

IKLAN

Anak-anak dah bijak bercakap, seringlah berinteraksi/ bersembang dgn mereka. Tanya soalan-soalan biasa dahulu seperti,

“buat apa/ main apa dirumah mak/ nenek (panggilan tuk pengasuh)?”

IKLAN

Kemudian tanya soalan-soalan seperti ini pula,

“Ada tak abang, atuk, uncle peluk cium, raba, usik-usik tempat yang tak sepatutnya? Dia suruh buat sesuatu ke? Kalau anak-anak dah mula bercerita, anda harus ambil langkah berjaga-jaga. Wallahualam.

Sebelum Hantar Anak Ke Pengasuh, Cuba Elakkan Yang Ini. Jika Tiada Pilihan Kena Sedikit Curiga

Sumber: Akhi Fairuz

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI