“Ketika tiba di rumah, keadaan agak gelap kerana asap sudah berkepul-kepul dan saya hanya menemui anak kedua sedang menangis di ruang tamu,” kata Mohd Zaid Husmin, 34, yang kematian anak sulungnya dalam kebakaran di rumahnya di Kondominium The Rise Collection II, Jalan Dr Wu Lien Teh, Georgetown, Pulau Pinang, pagi semalam (5 Jun).
Dalam kejadian itu, Nur Rania Adelia,6, meninggal dunia dipercayai akibat terhidu asap.
Mohd Zaid berkata, sebelum kejadian, dia bersama isteri, Tuti Harnida Harun, 34, dan anak bongsunya berusia setahun keluar ke pasar bagi membeli barangan keperluan, manakala Nur Rania Adelia bersama anak keduanya, Muhammad Ariq Zakwan, 4, yang sedang tidur ditinggalkan di rumah.
“Berikutan mereka nyenyak tidur, saya ambil keputusan tinggalkan mereka sebentar, tambahan pula pasar tidak jauh dari rumah iaitu kurang lima minit perjalanan.
“Saya turut mengaktifkan aplikasi Zoom bagi memantau secara langsung keadaan anak di rumah,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), selepas kejadian itu.
Dengar tangisan anak kedua, nampak kepulan asap melalui app Zoom
Ads
Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, kira-kira 10 minit ketika berada di pasar, dia terdengar anak keduanya menangis menerusi aplikasi itu, selain melihat kepulan asap memenuhi ruang tamu rumahnya, lalu mereka bergegas pulang.
Katanya, sebaik tiba di rumah, anak keduanya ditemukan di ruang tamu sedang menangis, namun dia tidak dapat mengesan Nur Rania Adelia.
“Saya selamatkan Muhammad Ariq Zakwan dulu sebelum masuk semula dalam rumah, tetapi keadaan asap tebal menyebabkan saya sukar mengesan kedudukan Nur Rania Adelia.
“Hanya selepas saya membuka tingkap bagi ruang pengudaraan, Nur Rania Adelia dilihat terbaring atas tilam di bilik utama dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.
Tiada ibu bapa minta kejadian ini berlaku pada anak
Mohd Zaid berkata, pasukan bomba tiba sebaik kedua-dua anaknya diselamatkan dan memberi rawatan serta bantuan pernafasan sebelum mangsa dibawa ke HPP bagi tindakan lanjut.
Katanya, dia reda kejadian menimpa keluarganya dan berharap orang ramai tidak menyalahkan sesiapa.
Ads
“Tiada ibu bapa mahu tinggalkan anak di rumah dalam keadaan begitu, malah saya juga mengambil inisiatif mengaktifkan aplikasi Zoom bagi memantau mereka secara langsung.
“Masih terngiang-ngiang suara Nur Rania Adelia mahu makan durian, malah dia kelihatan gembira dan ceria selepas saya bawa pulang buah itu sehari sebelum kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Aazelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.05 pagi.
Katanya, tugas menyelamat membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan BBP Lebuh Pantai.
Ads
Api berjaya dikawal pada jam 9.36 pagi dengan kemusnahan kebakaran sehingga 70 peratus.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Berakhirnya perjuangan seorang anak kecil melawan jangkitan virus jahat yang masuk ke dalam tubuh badannya diterima dengan pasrah oleh ibu dan ayah.
Walaupun sedih dan pilu kerana kehilangan anak tersayang namun pasangan ibu bapa ini akur dengan kehendak takdir. Ternyata Allah lebih menyayangi anak syurga mereka.
Perkongsian Cik Sara mengenai kisah yang berlaku ke atas anaknya yang dijangkiti virus menjadi tular dan ramai yang menitiskan air mata apabila membaca perjalanan anak syurga ini.
Semoga ianya menjadi panduan kepada semua ibu bapa tentang bahayanya bila berlaku jangkitan kuman dan virus dalam tubuh si kecil.
10 MAC 2018:
Assalammualaikum.. Bermula 18 feb 2018, arwah adik Muhammad Izz Firdaus masih demam on off lagi. Ibu ingat hanya demam biasa terseliuh urat dan ibu abah bawa la adik izz Firdaus berurut. Bila tengah malam dan pagi esknya masih demam lagi walaupun sudah bagi ubat demam.
Adik Izz waktu masih sihat
20 Feb 2018 Pukul 8.30pg : Kami pegi Klinik Kesihatan Penerok buat ujian darah, dan mendapat result ada jangkitan kuman. Doktor suruh pergi hospital Pontian untuk dapatkan pemeriksaan lanjut. Dengan firasat ibu confirm mesti kena admit wad. Ku balik rumah untuk ambik barang-barang yang perlu bila kena admit. Bila di kecemasan adik izz Firdaus kena drip dan buat x-ray lung. Results x-ray ada jangkitan juga. Start on oksigen dan nebulizer kerana dalam badan kurang oksigen dan nafas sempit. Pada keesokkan hari, pernafasan adik izz Firdaus semakin membimbangkan kami termasuk nurse dan doktor.
21 Feb 2018 jam 8 malam lebih: Doktor cina (lupa Nama doktor) datang jumpa saya agar pergi ke Hospital Sultan Aminah Johor Baharu dengan kadar segera jangan membuang masa lagi. Dalam pukul 10 malam lebih ambulance membawa kami ke HSA JB.
22 Feb 2018: Nurse ambil sample hingus untuk buat kajian. Selang beberapa jam result keluar dan doktor pakar explain tentang result tersebut. Doktor bagitahu bahawa adik izz Firdaus kena jangkitan virus RSV (respiratory syncytial virus) yang tiada antibiotics untuk virus. Tapi adik izz Firdaus dapat juga antibiotic untuk kuman sahaja.Pertama kali dengar virus RSV, saya mula research di Mr.google.
24 Feb 2018 : Doktor off antibiotic. Di malam hari izz Firdaus kene speed fever, terus makan ubat pcm. Nebulizer on 4jam sekali.
25 Feb 2018: Doktor on antibiotic. Tidak demam lagi. Nebulizer tetap on 4 jam sekali.
Wad PICU
27 Feb 2018 : Doktor off antibiotic. Kena lagi speed fever pada tengah malam. Suami datang awal pagi ke HSA JB kerana terlalu risaukan keadaan adik izz Firdaus. Tengok keadaan anak semakin lemah. Suami dan abang ipar minta transfer ke KPJ ABD.SAMAD, doktor pakar izinkan tapi dengan syarat kena naik ambulance KPJ kerana adik izz Firdaus masih menggunakan oksigen. Masih tidak boleh off kan lagi.
27 Feb 2018 di KPJ : Doktor start bg ubt demam,batuk,cairkan kahak,selsema dan 2 jenis antibiotics (melalui drip dan makan) begitu seterusnya sampai 3 Mac 2018.
3 Mac 2018: Buat x-ray dalam pukul 8.45 pagi. Doktor bagitahu tinggal sikit sahaja kat paru-paru adik izz Firdaus..ada perkara yang ku amat kurang berpuashati dengan doktor tersebut.
4 Mac 2018: Adik izz Firdaus demam lagi di rumah. Saya mula pelik dan berasa tak sedap hati. Tidur terkejut-kejut, saya syak macam kena gangguan. Ingat keesokan hari nak bawa pergi jumpa ustaz.
5 Mac 2018: Jam2.30am, terima adik izz Firdaus kena sawan dalam 4-5 minit. Kami bergegas pergi ke Hospital yang terdekat di Pontian. Suami bawa kereta memang laju tak ingat la sampai lampu isyarat merah terpaksa dilanggar dengan menghidupkan lampu double signal. Di kecemasan, terus on drip ambil darah dan x-ray. Dr x-ray ada jangkitan baru di bahagian atas paru-paru adik izz Firdaus. Masuk wad peadatic.
Jam 8 pagi, kena sawan kali kedua dalam 3-4 minit. Jam 11 pagi-12 tengahari kena sawan untuk kali ketiga. Doktor terus transfer ke HSA JB. Ambulance bawa memang laju dan bunyikan siren, doktor dan 2 orang nurse ikut sekali. Takut terjadi apa-apa dalam perjalanan.
Dalam wad bunga raya 3, depan doktor adik izz Firdaus kena sawan yang keempat dalam 3-4minit..selang beberapa minit saje adik izz Firdaus kena sawan yang kelima paling lama. Doktor bg 2 kali dos ubat sawan pun tak ok, terus doktor bagi ubat tidur dan dibawa ke wad PICU jam 6.50 petang. Jam 9.35 malam baru saya dapat masuk tengok anak, hanya Allah saja dapat tahu perasaan saya dan suami tengok keadaan anak kami mcm tu. Staff nurse suruh kami balik berehat dan datang esok pagi doktor pakar nak jumpa.
Tenang dan damailah anakku Izz di sini
6 Mac 2018: Doktor pakar bagitahu keadaan adik serius. Doktor nak buat ctscan brain pun tak lepas sebab keadaan adik belum stabil lagi. On antibiotics dan mesin oksigen 2 tong yang tinggi dengan speed 100%.
7 & 8 Mac 2018: Setiap pagi doktor pakar akan jumpa kami. Pagi Rabu doktor explain keadaan anak tenat. B/p low, oksigen low, degupan jantung tak cantik. Saya dan suami kena bersedia dengan apa yang bakal terjadi. Tengahari doktor jumpa kami dan beritahu ade dua virus baru yang ada di paru-paru iaitu ARD (acute respiratory distress) dan ADENOVIRUS. Adenovirus adalah virus paling jahat dan susah nak mati. Ia boleh merebak ke buah pinggang, jantung, otak dan darah. Tu yg amat bahaya.
9 Mac 2018: Macam biasa setiap pagi doktor akan update kat kami keadaan adik. Keadaan semakin tenat dan doktor harap ibu dan abah dapat teman dia di sisi. Waktu petang doktor bagitahu organ dalam dah tak dapat berfungsi dengan baik. Saya dan suami sudah redha, pasrah, sedia dan relakan adik izz Firdaus pergi menghadap Ilahi.
Hanya tinggal kenangan ibu dan Izz
10 Mac 2018: Tepat jam 1.30 am berakhirlah perjuangan anak ibu abah. Perginya seorang anak yang baik. Muhammad Izz Firdaus dalam kenangan.
Ibu yang kehilangan, Muyassarah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkongsian daripada lelaki ini tentang pengalamannya menjaga anak selama 12 jam semasa isterinya tiada kerana bekerja. Baru tahu susahnya tu macam mana….
Firdaus Shakirin berkongsi mengenai pemgalamannya sendiri menjaga anak semasa isteri bekerja.
Bukan senang, tak mudah, serius stres. Masa tak ada anak masih boleh lagi. Tapi bila ada anak hidup tanpa pasangan sangat menguji & teruji.
Jaga anak time weekend. 12 jam sahaja. Kalau lelaki letih, orang perempuan?
Anak bangun dengan lampin penuh & lapar susu. Nak mandi letak anak depan bilik air, bimbang anak jatuh katil & pergi ke dapur.
Masa solat berapa kali berhenti, anak masuk dalam kain & letak mainan tempat sujud dan sebagainya.
Mandi, anak main air. Buai dalam buaian sejam baru tertidur.
Anak detect ayahnya bangun, kena hayun buaian lagi. Anak tidur baru boleh sarapan. Nak membuang air besar pun kena buang cepat-cepat sebelum anak bangun.
Anak sepahkan bilik masa ayahnya tertidur. Perkara ini diteruskan selama dua tiga tahun sebelum isteri berhenti kerja.
Kepada para suami, the struggle is real beb! Bagaimana isteri hadap semua seorang diri masa anda tiada? Dengan penat kerja, kerja rumah, masalah office dan sebagainya
Para suami kerapkanlah telefon isteri, bagi semangat. Bila balik rumah take over kerja dia. Bagi dia rehat. Jangan sampai isteri fikir ada suami dengan tak ada suami sama je…
Pelakon, Shakilla Khoriri berkongsi video di mana dia sedang mengambil anak perempuanya, Ameena di lobby bangunan setelah Ameena selesai beraya bersama Fizi Ali.
Menurut Shakilla, dia berasa ralat kerana satu-satunya anak perempuan tercinta terpaksa bergilir-gilir beraya setelah dia dan Fizi Ali mengambil keputusan berpisah secara baik.
“Tahun kedua beraya dalam keadaan macam ni. I feel bad for her. Really”
Tambahnya lagi, dia sentiasa berpesan kepada Ameena agar menjaga tingkah laku serta menghormati sesiapa sahaja walaupun baru diusia 4 tahun.
“Takpa this year beraya dengan daddy. Aku harap anak kecil ni ingat setiap pesan mak dia. Sebab aku bersusah payah mendidik dan mengajar banyak perkara. Ameena makin besar, anak yang bijak. Mata kepala dia melihat apa yang dia lihat. Dia bercakap apa yang dia tahu. Mengikut contoh apa yang dia rasa BETUL yang orang buat depan dia.”
Shakilla turut mendedahkan dia tidak pernah memutuskan silaturahim Ameena dengan Fizi Ali walaupun sudah berpisah.
“Begitu lah anak-anak ni membesar.”
“Aku tak besarkan Ameena dengan perasaan dendam dengan siapa-siapa.”
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...