Sebelum keluar bekerja, arwah suami sempat memberi ciuman kepada anak kami, Nurhannan Fitrysha, 3, dan Muhammad Hafiy Fahri yang baru berusia tujuh bulan. Itulah kenangan terakhir anak bersama arwah ayahnya.
Menurut Nor Shahida Saidin, arwah suaminya, Muhammad Hafiz Hamdi, 31, yang terkorban dalam tragedi runtuhan tanah di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands pada Khamis pernah menyatakan hasrat untuk berhenti kerja kerana kepenatan.
“Arwah suami menjalani rutin kerja yang panjang kerana hampir setiap hari perlu berulang-alik dari kediaman mereka di Tanjung Piandang, Kuala Kurau ke Cameron Highlands untuk mengambil sayur,” katanya.
Kongsi Shahida, tempoh perjalanan yang jauh itu menyebabkan arwah selalu mengadu keletihan dan sakit-sakit badan.
“Dalam perbualan kami baru-baru ini dia ada kata nak berhenti daripada kerja sekarang dan nak memandu treler sahaja.
“Kerja sekarang dia perlu ulang alik ke Cameron Highlands dan lepas itu hantar barang ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang, serta Alor Setar, Kedah, perjalanan jauh dan memenatkan.
Ads
“Kalau bawa treler, mungkin seminggu sekali baru dapat pulang, cuma terpaksa berjauhan dengan anak-anak dan saya sahaja,” katanya.
Nor Shahida yang masih terkejut dengan kejadian itu berkata, suaminya keluar rumah awal pagi pada Khamis dan sempat memberi ciuman kepada dua anak mereka tanpa menunjukkan apa-apa perubahan pelik.
Katanya, ketika meninggalkan rumah, arwah juga menitipkan pesanan bahawa dia akan kembali ke rumah selepas kerja.
Ads
“Semasa kawan suami maklumkan kejadian itu, saya masih tidak percaya dan nak tunggu maklumat lain.
“Sehinggalah majikan suami hubungi saya dan maklumkan lori dipandu arwah berada di bawah runtuhan itu, barulah saya percaya. Saya hanya terdiam,” katanya.
Jenazah Muhammad Hafiz dikebumikan di kampung halamannya di Tanjung Piandang pada Jumaat.
Ads
Runtuhan tanah di laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley sekitar jam 1.30 petang itu telah mengorbankan dua lelaki selepas kenderaan mereka tertimbus dalam runtuhan tanah.
Selain Muhammad Hafiz, seorang lagi mangsa merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang tempoh PKP ini rakyat memang dinasihatkan patuh arahan untuk duduk di rumah. Namun jika semua ahli keluarga berkumpul, mungkin jumlah penggunaan elektrik akan turut meningkat.
Maklumlah kipas atau televisyen mungkin akan dibuka sepanjang masa. Tak termasuk lagi tambahan alat elektrik yang lain seperti aircond, penggunaan mesin basuh atau gajet yang digunakan lebih dari kebiasaannya.
Mungkin ramai ibu bapa dah mula membayangkan bil yang akan diterima nanti macam mana kan? Memahami keadaan tersebut, baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang mana pengguna kediaman atau domestik juga akan diberikan diskaun untuk pembayaran bil elektrik bermula 1 April sehingga 30 September depan.
Bagaimanapun masih ada yang belum memahami kaedah diskaun bil elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat ini.
Pengguna domestik di Semenanjung Malaysia layak menerima diskaun ini secara automatik seperti jadual di bawah:
Pengguna domestik tidak perlu mengambil apa-apa tindakan. Diskaun diberikan secara automatik kepada semua pengguna domestik yang berdaftar dengan TNB atau mana-mana pembekal elektrik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September 2020.
Perlu faham kelayakan diskaun adalah berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan. Contoh, sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWh maka pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 25% ke atas bil mereka.
Melahirkan bayi disaat wabak Covid-19 memang sesuatu yang mencabar. Emosi para ibu juga sudah semestinya agak terganggu memikirkan keselamatan bayi yang baru dilahirkan kerana hospital merupakan tempat paling berisiko mempunyai virus.
Naluri keibuan sudah semestinya ingin melindungi anak daripada sebarang ancaman. Namun virus ini tidak dapat dilihat melalui mata kasar. Sebab itulah kita disarankan menjaga kebersihan diri dan menjaga jarak sosial tak kira di manapun kita berada.
Lain pula ceritanya di sebuah hospital di Thailand apabila mereka memakaikan bayi-bayi baru lahir dengan ‘Face Shield’ yang bertujuan untuk elak daripada jangkitan virus. Kreatif! Tidak pernah terfikir untuk memakaikan bayi dengan ‘Face Shield’. ‘Face Shield’ kebiasaanya untuk kegunaan para petugas hospital.
Gambar bayi-bayi ini tular kerana kecomelan mereka memakai ‘Face Shield’ ini. Semua teruja dan memuji kecomelan bayi-bayi ini. Aduh…cair betul!
Kesemua bayi baru lahir dipakaikan dengan ‘Face Shield’.
“Apa salah anak kecil ini! Jika tak mampu jaga jangan perlakukan dia sedemikian hingga pergi dalam keadaan tragis.” Ini antara kata-kata orang ramai selepas tular di media sosial seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui meninggal dunia dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, Alor Gajah, Melaka.
Terdapat juga kesan lebam di badan mangsa dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya.
Tak percaya Amir dah pergi selama-lamanya
Disebalik tragedi tersebut, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Tuhfah Naziha Tarmidi menzahirkan rasa sedih apabila mangsa yang dikenali sebagai Zubaidi Amir Qusyairi, 7 yang pernah menjadi adik angkatnya meninggal dunia dibawah jagaan ibu kandung.
Ini kerana kanak-kanak tersebut baru sahaja diserahkan semula kepada ibunya selepas 6 tahun dijaga keluarga angkat.
Selepas diserahkan kembali kepada keluarga kandung, mereka sudah jarang berhubung dan kini Tuhfah Nazihah memaklumkan pemergian adik angkatnya amat menyedihkan kerana meninggal dunia buat selamanya.
Ketika ini, dia sudah berada di Melaka bagi menziarahi jenazah allahyarham sebelum dikebumikan.
Dakwa lemas dalam tong air
Sementara itu, melalui laporan Berita Harian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kanak-kanak terbabit didakwa lemas di dalam tong air dirumahnya sebelum siasatan mendapati ada kecederaan pada fizikal badannya.
“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dan pemeriksaan fizikal terhadapnya terdapat kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan,” katanya.
“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan bunuh,” katanya.
Dalam perkembangan terbaru seperti yang dikongsikan oleh Tuhfah Nazihah, arwah adik Amir akan dibawa pulang ke Rawang untuk dikebumikan di sana.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.