Selesai proses kelahiran anak, pastinya ibu-ibu mahukan keselesaan. Tetapi boleh ke mandi selepas bersalin?
Sesudah selesai proses melahirkan anak, pastinya para ibu mahu berasa selesa. Apatah lagi ibu-ibu perlu berdepan dengan darah dan cecair yang keluar semasa dan selepas bersalin.
Pastinya mandi boleh memberikan keselesaan yang ibu inginkan, tetapi adakah dibenarkan mandi selepas bersalin?
Atau terdapat tempoh tertentu yang perlu ditunggu sebelum boleh untuk ibu-ibu membersihkan diri dan mandi?
Proses kelahiran secara normal pastinya keadaan yang boleh mewujudkan tekanan dan ketengangan pada faraj, bahkan boleh akibtakan koyakan.
Manakala kaedah melahirkan anak yang lain seperti pembedahan C-section akan menyebabkan luka atau jahitan yang memerlukan ia untuk sembuh dengan sebaiknya.
Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor akan menyarankan untuk ibu-ibu mandi setelah prosedur bersalin kerana ia melibatkan aspek penjagaan ibu selepas bersalin. Kenapa pula?
Ini disebabkan ia turut membantu mendorong badan untuk memulakan proses pemulihan dan penyembuhan dengan segera.
Mandi secara biasa jarang mencetuskan bahaya. Tetapi mandi menggunakan tab mandi adalah sesuatu yang amat perlu dihindari kerana ia meningkatkan risiko jangkitan bakteria.
Bagi ibu yang melalui proseskelahiran normal atau melalui faraj, anda akan disarankan doktor untuk mandi apabila ada masa untuk anda mandi.
Walau bagaimanapun, mandi menggunakan tab masih perlu dielakkan.
Namun, keadaan ini berbeza sedikit jika area perineum perlu dijahit selepas anda selesai melahirkan anak.
Situasi yang sama turut melibatkan wanita yang melalui proses C-section
Keadaan ini berikutan jahitan serta luka pada badan masih belum sembuh sepenuhnya dan doktor tidak mahu mendedahkan ia kepada risiko jangkitan.
Disebabkan itu, anda mungkin perlu mengelakkan diri daripada untuk tempoh selama 4 hingga 6 minggu.
Mandi secara umumnya dapat memberikan kesegaran kepada badan.
Tetapi manfaat mandi selepas bersalin dalam aspek penjagaan ibu selepas melahirkan anak turut melibatkan faktor emosi dan fizikal.
Untuk pertama kalinya mandi setelah selesai proses kelahiran, pastinya anda perlu berhati-hati. Ini penting bagi mengelakkan sebarang kecederaan fizikal dan juga jangkitan.
Anda bukan sahaja perlu menjaga diri demi diri sendiri tetapi ia juga adalah untuk kesejahteraan bayi.
Sebaiknya pastikan tempat mandi adalah bersih dan gunakan air dengan suhu yang sesuai, elakkan terlalu sejuk atau terlalu panas.
Anda disyorkan untuk tidak menggunakan sebarang sabun atau bahan dengan pewangi kerana ia boleh memberikan tindak balas kepada kulit atau luka jahitan.
Setelah selesai mandi, pastikan anda mengeringkan badan sebaiknya dan lebih berhati-hati terutamanya pada bahagian jahitan. Ini untuk mengelakkan sebarang kelembapan padanya.
Sebelum mandi, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan bagi menghindari wujudnya sebarang masalah, seperti:
Mandi selepas bersalin pastinya dapat memberikan keselesaan dan kesegaran.
Malahan pasti ada ibu yang membayangkan untuk mandi dan berendam di dalam tab mandian, bukan?
Walaupun boleh memberikan ketenangan tetapi ia bukan pilihan yang baik terutamanya dalam aspek penjagaan ibu selepas melahirkan anak. Jadi kena elakkan ya, ibu-ibu?
Keutamaan anda kini adalah untuk memastikan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri dan bayi.
Pastikan anda mendapat persetujuan daripada doktor sebelum anda membuat keputusan mandi setelah selesai prosedur kelahiran.
Sumber: Hello Doktor