Setiap anak mempunyai personaliti berbeza-beza. Kadang sebagai ibu bapa pening nak mengendali perangai anak-anak. Si abang atau kakak jenis sensitif, adik pula jenis tak takut orang. Sampai satu tahap suara ibu bapa terpaksa turun naik bagi pastikan keadaan terkawal.
Mengikut kajian yang dilakukan, ada empat ciri personaliti yang ada pada anak-anak kita. Nak tahu lanjut, ikuti kupasan Puan Hanis Athirah Rusli.
Mana Satu Personaliti Anak Anda?
“Dahlah abang, adik tak sengaja langgar mainan abang. Adik pun dah kata maaf kan. Kenapa abang nangis lagi? Aduuuu, sikit-sikit nangis, bukannya mainan abang rosak pun. Boleh buat balik kan?”
Kadang kala rasa geram dengan perangai si abang ni, sikit-sikit menangis. Dia tanya soalan mama salah jawab pun nangis. Memang selalu sangat emosional. Macam semalam tu, cerita kat Ahza maksud man, woman, boy and girl. Lepas tu bagi lah contoh, mama cakap nanti bila abang besar jadi ‘man’ baru boleh kahwin.
Haaa, lepas tu terus nangis minta nak kahwin. Nangis dia pula beria tau, memang nangis macam kita marah dia pulak aduuuu. Memang anak mama. Tapi keistimewaan Ahza ni concern sangat dekat mama. Mama bagitahu letih, cepat-cepat dia tolong. Kita buat reaksi je cepat dia faham Alhamdulillah.
Si adik berbeza pula. Macam takde perasaan bila Mama tegur jika dia ada buat salah. Buat salah pun boleh dia senyum senyum lagi. Banyak sangat bercakap dan gembira je memanjang. Lepas tu kuat sangat berangan. Tapi keistimewaannya, kalau dia buat salah memang laju je akan peluk abang. Memang loving sangat. Dan lepas tu usik abang balik. Haha.
Kadang-kadang sebagai seorang ibu, memang sukar memahami personaliti anak. Walaupun kita sering mendengar bahawa ‘setiap anak adalah berbeza’, tetapi risau juga kalau cara kita mengenal dan menilai anak itu salah. Jadi mama pun buat sedikit pembacaan dan research mengenai personaliti anak dan akhirnya mama menemui buku yang sangat awesome iaitu ‘Child Whisperer’ karya Carol Tuttle.
“…the secret to raising happy, successful, cooperative children is understanding your child’s true nature…” – by Carol Tuttle (Book: The Child Whisperer)…
Menurut beliau kunci utama ibu bapa mendidik anak ialah dengan mengenali dan memahami sifat semulajadi mereka. Beliau percaya setiap anak yang lahir ke dunia ini mempunyai Energy Profile yang unik dan tersendiri. Energy Profile ini merupakan pergerakan semula jadi yang dapat dinyatakan sendiri dalam bahasa badan dan bunyi terawal sejak hari kanak-kanak dilahirkan.
Tuttle menyatakan terdapat empat jenis Energy Profile. Anak-anak kita mungkin menunjukkan keempat-empat Energy Profile tapi biasanya anak mempunyai satu Energy Profile yang dominan, diikuti dengan Energy Profile Sekunder. Personaliti anak ini dapat diperhatikan melalui kelakuan, pemikiran, perasaan serta ciri-ciri fizikal mereka.
Dekat setiap gambar Anis kongsikan lebih terperinci keempat-empat Energy Profle ni. Semoga bila kita berjaya memahami personaliti anak, kita akan lebih terbuka dalam menerima sikapnya dan dapat mengatur strategi untuk mendidik mereka dari akar umbinya.
Personaliti anak jenis ceria ini selalu riang gembira, banyak cakap, suka berkawan, cergas, tak mudah ambil hati dan lain-lain lagi. Tapi, anak jenis personaliti ini tak suka bila kita terlalu tegas dan serius. Mereka juga tak suka bersendirian terlalu lama. Anak ini akan mula berkelakuan negative bila mereka rasa mereka ini dikongkong atau dipinggirkan.
Hubungan Dengan Alam: Sosial
Cara Pergerakan: Riang dan rawak
Keperluan Utama: Untuk memiliki ibu bapa yang menyeronokkan
Dilabel Negatif Sebagai: Anak yang banyak cakap, sukar dipercayai, tidak tegas dalam keputusan
Sebagai ibu bapa, kita boleh menghargai anak jenis ini dengan buat kejutan untuk anak, jalinkan hubungan seperti kawan, dan ‘enjoy’ masa bersama mereka.
Personaliti anak jenis sensitif ini sangat lemah lembut, pendiam, baik hati, berhati-hati, mengambil berat dan bertimbang rasa. Hati mereka juga mudah sangat tersentuh dan mempunyai empati yang tinggi. Mereka sering terasa diabaikan jika kita sebagai ibu bapa tidak meluangkan masa bersama, jarang mendengar apa yang mereka ingin sampaikan dan juga kurang beri perhatian kepada mereka.
Hubungan Dengan Alam: Emosional
Cara Pergerakan: Lemah lembut
Keperluan Utama: Untuk memiliki ibu bapa dan keluarga yang saling menyayangi
Dilabel Negatif Sebagai: Pemalu, suka menangis, dan pengecut
Sebagai ibu bapa, kita boleh menghargai anak jenis ini dengan berlemah-lembut dengan mereka, beri masa untuk relaks, dan cuba ambil masa untuk mendengar luahan perasaan anak.
Personaliti anak jenis ini suka buat bising, riuh, kuat bergerak, aktif dan sentiasa lincah. Memang sukar duduk diam. Ada je benda nak buat. Mereka tak suka disekat dan suka ke sana ke sini. Mereka juga tidak mudah putus asa dan sangat energetic. Anak hebat ni.
Hubungan Dengan Alam: Fizikal
Cara Pergerakan: Lincah, gigih
Keperluan Utama: Untuk menyahut cabaran dan pengalaman baru dengan sokongan ibu bapa
Dilabel Negatif Sebagai: Suka mengarah, bising, riuh, suka memaksa
Sebagai ibu bapa, kita perlu awasi mereka supaya tidak memudaratkan dan membahayakan mereka. Beri galakan terhadap aktiviti fizikal mereka, biarkan mereka bergerak lincah dan meneroka persekitaran selagi benda itu tidak memudaratkan.
Personaliti anak jenis ini seorang sangat serius, sangat teliti, fokus dan cekap. Ada juga yang merasakan bahawa anak-anak ini terlalu matang berbanding usia mereka. Anak-anak ini juga biasanya tidak begitu sosial kerana mereka tidak nampak sebarang keperluan terhadapnya, melainkan pada masa-masa tertentu. Betul, memang serius! Tapi mereka sangat efisyen, bertanggungjawab, analitikal dan tersusun rapi.
Hubungan Dengan Alam: Intelektual
Cara Pergerakan: Tepat dan tidak berselindung
Keperluan Utama: Untuk memiliki ibu bapa dan ahli keluarga yang saling menghormati
Dilabel Negatif Sebagai: Suka mengkritik dan menilai seseorang, berlagak pandai
Sebagai ibu bapa, kita tak perlu risau kerana anak yang jenis serius ni biasanya mempunyai hubungan yang mendalam dengan beberapa orang yang mereka percayai. Hormati pendirian mereka, beri sokongan terhadap minat mereka, dan dengarkan pendapat atau idea mereka dengan teliti.
Sebagai ibu bapa, kita juga harus percaya bahawa setiap anak mempunyai potensi tersendiri, keistimewaan serta personaliti yang sangat unik. Bila dah mengenal pasti apakah energy profile anak, barulah kita tak sewenang-wenangnya melabelkan anak kita bukan-bukan. InsyaAllah kita akan lebih faham mereka dan bertindak secara rasional.
Untuk tahu lebih details boleh baca buku Child Whisperer oleh Carol Tuttle ni.
Dipersilakan share semoga Allah memberkati segala usaha kita mendidik amanah Allah iaitu anak-anak kita yang sedang membesar ini.
Kredit: Hanis Athirah Rusli
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)