Wanita hamil memang akan ada perangai pelik yang mesti difahami oleh para suami untuk mengelakkan berlaku salah faham dan melabel isterinya mengada-ngada. Sebenarnya ia terjadi sendiri dan di luar kawalan wanita mengandung. Bayangkan, makanan yang disukai ketika mengandung jadi tak suka. Bau suami pun mula buat jadi loya.
Suami mana yang tak gembira dan bersyukur bila isteri tersayang disahkan sudah mengandung. Namun para suami terutama yang pertama kali bakal bergelar ayah perlu bersedia mental dan emosi untuk berhadapan dengan bermacam perangai ‘pelik’ si isteri.
Suami jangan cepat marah isteri kalau perangainya agak pelik dan ‘mengada-ngada’ daripada biasa. Itu lumrah isteri yang hamil. Pa&Ma senaraikan beberapa perkara pelik yang berlaku bila seseorang wanita itu mengandung:
1. Tak boleh masuk dapur
Entah kenapa bila sahaja ‘mabuk’ mengandung menyerang, dapur seperti menjadi kawasan larangan. Bukan semua masalah ini melanda ibu hamil tapi bagi yang mengalaminya, dapur seolah-olah kawasan yang sangat busuk dan memualkan.
Jadi, diharap suami dapat memahami dan tidak mendesak isteri atau menuduh orang rumah mengada-ngada. Biasanya perangai pelik ini akan berakhir dengan sendirinya apabila ‘mabuk’ mengandung hilang selepas tiga bulan kehamilan.
2. Malas mandi
Ini bukan main-main dan saja-saja tapi rasa malas itu datang tidak semena-mena. Entah kenapa badan terasa sakit bila terkena air paip. Bau bilik mandi juga menambahkan lagi rasa malas hendak mandi. Tapi suami jangan risau, biasanya selepas berakhir alahan, isteri akan kembali normal.
3. Benci dengar bunyi telefon
Di awal kehamilan, ada ibu hamil yang benci mendengar bunyi telefon. Rasa seperti mengganggu ketenteraman dan makin membuatkan rasa pening kepala.
4. Tak suka bau wangi
Kalau dulu pantang bau busuk, pewangi memang satu kewajipan. Tetapi bila awal mengandung, bau wangi seperti musuh ketat. Memang ibu akan tutup hidup ketat-ketat!
5. Bawa tisu ke mana-mana
Mungkin tak ramai yang mengalaminya tetapi bagi yang melaluinya ia adalah pengalaman perit sepanjang hamil. Bayangkan sepanjang sembilan bulan mengandung, tisu adalah peneman setia mesti ada dalam beg tangan. Kegunaan tisu adalah untuk membuang air liur/ludah yang sentiasa bertakung di mulut.
Perubahan hormon dalam badan membuatkan ada ibu hamil yang mengalami pengeluaran air ludah terlalu banyak dan perlu dibuang setiap masa.
6. Pantang bau masakan
Bau jiran sebelah rumah menumis bawang dan cili sudah cukup membuatkan ibu hamil termuntah-muntah. Ia bukan mengada-ngada tetapi tindakan tersebut berlaku secara spontan.
7. Tak suka makanan kegemaran
Entah kenapa sebaik sahaja disahkan hamil, tekak rasa loya dan tak lalu hendak menjamah makanan kegemaran. Jika dulu, pantang sebut, mesti tak sabar hendak makan. Tetapi bila awal hamil, makanan kegemaran menjadi makanan tidak digemari.
8. Tak boleh bau suami
Ini paling sukar difahami. Tetapi ia berlaku kepada sesetengah orang. Tiba-tiba bau badan suami menjadi bau yang kurang enak dan boleh membuatkan mual dan hendak muntah. Jika isteri anda berperangai sebegini, banyakkan bersabar!
9. Tak boleh minum air masak
Di awal kehamilan, ramai bakal ibu yang tidak boleh minum air masak. Tekak yang payau semakin menjadi-jadi apabila terpaksa minum air masak. Lebih teruk, ada yang sampai muntah-muntah jika dipaksa minum juga.
10.Tak suka masuk rumah/bilik sendiri
Pelik tapi benar. Perasan tidak suka itu bukan dibuat-buat tetapi secara tiba-tiba rumah atau bilik tidur sendiri seperti menjadi kawasan paling tidak digemari.
Mujurlah perangai pelik isteri hamil ini biasanya berakhir sebaik usia kandungan masuk empat bulan. Kalau tidak jenuh juga suami hendak berhadapan dengan perangai pelik isteri sepanjang sembilan bulan. Suami kenalah banyak bersabar, kadang-kadang perangai pelik ni isteri pun tak minta. Tahu-tahu jadi pelik, hormon ketika hamil ni mengubah macam-macam pada isteri. Ia tak lama, maka bertabahlah!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengambilan vitamin pramatal ketika hamil sangat mustahak.Tapi ramai yang takut nak makan kerana katanya ibu boleh jadi gemuk, salah tu!
Pengambilan vitamin ini penting dan menjadi kemestian kepada bakal-bakal ibu pengambilan vitamin pranatal penting dan menjadi kemestian kepada bakal-bakal ibu. Wanita mengandung memerlukan nutrien yang lebih daripada biasa untuk memastikan keperluan ibu hamil dan janin dipenuhi.
Supplemen yang bersesuaian di awal kandungan adalah asid folik bagi mengelakkan risiko spina bifida dan juga kecacatan tiub neural. Asid folik juga disarankan diambil seawal 3 bulan pra-kehamilan apabila seorang wanita merancang untuk hamil. Selain asid folik, multivitamin lengkap seperti Obimin salah satu supplemen yang penting untuk wanita hamil. Perlu diingatkan multivitamin yang sesuai untuk wanita mangandung adalah yang tidak mengandungi Vitamin A atau retinol.
VITAMIN PRANATAL
Amalan diet seimbang sememangnya amat mustahak dan wajib diamalkan ketika hamil. Namun pengambilan vitamin ketika hamil atau prenatal vitamin ini juga penting untuk menampung nutrien penting yang diperlukan oleh si manja. Vitamin pranatal seperti asid folik, zat besi dan kalsium adalah antara vitamin tambahan yang lazimnya dibekalkan kepada bakal ibu oleh doktor mengikut keperluan kehamilan masing-masing.
ASID FOLIK PENTING UNTUK PERKEMBANGAN JANIN Asid folik adalah salah satu vitamin pranatal dicadangkan pengambilannya tiga bulan sebelum hamil dan diteruskan semasa dan selepas hamil (ketika menyusu bayi). Ia adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Dalam bentuk semulajadi dinamakan folat, ia terkandung banyak dalam sayuran berdaun hijau, buah-buahan dan kekacang.
Asid folik membantu mengelakkan bayi dalam kandungan mengalami kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Ketika ini adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada kuantiti yang ditetapkan.
IA TIDAK MENYEBABKAN KEGEMUKAN & BAYI BESAR!
Wanita hamil melalui proses perubahan fizikal dan hormon yang kadang kala menyebabkan perubahan dari ketahanan fizikal dan emosi. Pengambilan vitamin pranatal adalah hanya sebagai pelengkap kepada diet seimbang yang sangat penting untuk wanita hamil. Tanggapan pengambilan vitamin hanya menggemukkan dan menyebabkan saiz bayi besar apabila dilahirkan adalah salah! Jangan pula ada yang culas mengambilnya!
HATI-HATI, BUKAN SEMUA SUPLEMEN VITAMIN BOLEH DIAMBIIL IBU HAMIL!
Biar pun tubuh wanita hamil memerlukan pelbagai zat tambahan untuk menampung perkembangan janin, namun terdapat beberapa jenis supplemen yang dilarang dan tidak digalakkan pengambilannya sepanjang tempoh kehamilan.
Antara vitamin dan suplemen yang berbahaya tersebut ialah vitamin A atau retinol kerana ia kemungkinan menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan juga keracunan hati. GLA atau Gamma Linolecic Acid yang biasa terdapat dari sumber Evening Primrose Oil dan Borage Oil juga tidak boleh diambil kerana dikhautiri akan mengakibatkan kecacatan dan merbahaya kepada kandungan.
WAKTU PENGAMBILAN PALING SESUAI
Bagi memastikan penyerapan dan kesan yang optimum, pengambilan vitamin dan suplemen ini perlu diambil pada waktu tertentu. Kebanyakan suplemen dan vitamin digalakkan untuk diambil selapas makan pada waktu pagi.
Cara ini akan membantu penyerapan maksimum vitamin dan mendapat manfaat sebaiknya dari fungsi vitamin seperti meningkatkan kecergasan dan meningkatkan tenaga sepanjang hari. Manakala bagi zat besi pula, waktu pengambilan yang disarankan ialah sebelum makan kerana ia akan menyerap dengan berkesan ketika perut kosong.
Pengambilan air dan diet seimbang kepada wanita hamil amat penting kepada ibu hamil. Pengambilan vitamin ini adalah penting ketika hamil untuk memastikan kesihatan wanita hamil dan kandungan berada pada tahap optimum.
Pengambilan makanan seimbang dan air yang cukup adalah kunci utama kepada kesihatan. Jangan bertindak sendiri, dapatkan nasihat dari pakar farmasi atau doktor sebelum mengambil supplemen atau vitamin dan dapatkan maklumat berkaitan secukupnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memasuki usia kandungan 40 minggu dan dijangka bersalin bila-bila masa sahaja, pelakon Dynas Mokhtar dinasihati doktor untuk memakan durian dengan banyak bagi memudahkan proses kontraksinya.
Perkara itu dikongsi Dynas menerusi entri di akaun instagramnya dengan menunjukkan dia memegang sebiji durian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai respon dan mendoakan Dyas agar dipermudahkan urusannya untuk bersalin.
Dynas aktif buat senaman
Bukan itu sahaja, sepanjang kehamilan kali ini, Dynas sangat aktif walaupun sewaktu di awal kehamilan dia turt mengalami alahan teruk seperti tak boleh bangun dan makan.
Namun selepas trimester kedua semuanya dah kembali ok dan Dynas rajin melakukan senaman khusus untuk ibu hamil.
Senaman ini bukan sahaja untuk mempermudahkan urusan bersalinnya tetapi bagi mengekalkan staminanya sepanjang mengandung.
Dia juga selalu berkongsi video cara senaman yang sesuai untuk ibu hamil dan boleh dilakukan sendiri di rumah.
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...