Seorang ibu tunggal yang dijangkiti Covid-19, sempat berpesan kepada dua anak perempuannya berusia tujuh dan sembilan tahun, supaya pergi ke rumah anak yatim, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin.
Pemeriksaan awal menggunakan kit ujian pantas Covid-19 mendapati ibu berusia 43 tahun itu, seorang tukang urut, positif Covid-19, dua anaknya juga turut dijangkiti.
Media Thailand melaporkan wanita tersebut mengalami gejala termasuk sakit dada, sukar bernafas dan batuk kira-kira tiga hari dan meninggal dunia di rumah ketika menunggu bantuan.
Sehari sebelum, seorang jiran membawanya ke hospital dan pulang semula pada hari yang sama. Wanita itu tidak dimasukkan ke wad, kemungkinan disebabkan terlalu banyak kes Covid-19 di hospital.
Rakaman video yang menunjukkan dua anak perempuannya sayu menyaksikan jenazah ibu mereka dibawa dengan tandu oleh sukarelawan, di daerah Bang Phli di Samut Prakan, Thailand, tular di media sosial dengan lebih 800,000 tontonan setakat ini. Dua beradik itu sedang dirawat di hospital.
Ads
Kisah ibu tunggal di Samut Prakhan itu dan mayat empat lelaki gelandangan yang dijumpai di tepi jalan di Bangkok minggu lalu menunjukkan betapa jangkitan Covid-19 telah kian mencengkam negara ini.
Jumaat lalu Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha menyatakan kebimbangannya dengan laporan mengenai mereka yang meninggal dunia di tepi jalan dan di rumah ketika menunggu bantuan perubatan.
Dalam tempoh 24 jam, Thailand mencatat 14,150 kes baharu Covid-19 dan 118 kematian, dengan jumlah jangkitan keseluruhan kepada 526,828 dan 4,264 kematian setakat ini.
Ads
Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) menyatakan sejumlah 171,921 pesakit masih dirawat di hospital dengan 4,284 dalam keadaan kritikal dan 954 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Menurut CCSA kematian melibatkan 64 lelaki dan 54 wanita berusia antara 25 hingga 96 tahun termasuk 115 warga tempatan dan seorang warga Myanmar, Kemboja dan India. -Bernama
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebimbangan seorang ibu yang ketika itu hamil dan disahkan positif Covid19 akhirnya menjadi momen indah apabila bayi lelaki yang dilahirkan sihat. Celine Ng-Chan, 31, seorang guru tuisyen di Singapura dijangkiti Covid19 ketika 2 bulan hamil pada bulan Mac dan menjalani rawatan dan kuarantin.
Kata doktor pada masa tu, kehamilan dua bulan merupakan peringkat penting penyampaian sel kepada anak dan amat yakin anak berkemungkinan dijangkiti Covid19.
Foto Kredit: Straits Times Singapore
Seluruh keluarga Celine terkesan apabila dijangkiti Covid19 termasuk ibu Celine, Choy Wai Chee, 58, yang dirawat selama 29 hari di hospital dan memerlukan bantuan pernafasan.
Setelah melalui tempoh kehamilan yang dibelenggu perasaan risau akan keadaan anak yang bakal lahir, Celine gembira apabila diberitahu anaknya dilahirkan bebas Covid19.
Foto Kredit: Straits Times Singapore
Mempunyai antibodi untuk melawan virus Covid19
Malah, anaknya itu mempunyai antibodi untuk melawan virus Covid19.
“Doktor berkata yang ada kemungkinan besar antibodi itu disampaikan daripada badan saya apabila saya sedang melawan virus dalam tempoh kuarantin dan pemulihan.”
Foto Kredit: Straits Times Singapore
Celine selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Aldrin Chan di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura.
WHO mengatakan setiap kejadian di mana ibu yang dijangkiti selamat melahirkan anak tanpa virus Covid19 menunjukkan reaksi semulajadi badan manusia untuk melawan virus.
Kredit : Straits Times Singapore
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih lagi tidak dijumpai! Lebih 36 jam berlalu selepas Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Air Kuala Tiga di sini, namun belum ada petunjuk mengenai keberadaan kanak-kanak berusia 19 bulan itu.
Kehilangan anak kecil ini di rumahnya, terus membuatkan ibu ayah dan ahli keluarga resah dan berduka.
Malah menerusi perkongsian Harian Metro, sejak malam ibunya yang masih tidak keruan dan berharap anak tunggalnya ditemukan dalam keadan selamat.
Menurut ibu saudara bayi itu, Azean Suhaily Ramley, 39, kehilangan Hud Aryan sangat memberi kesan kepada ibunya, Azean Nur Atikah, 34, kerana anak saudaranya itu adalah anak tunggal.
Ujarnya lagi sehingga kini adiknya banyak menangis memikirkan nasib Hud Aryan yang hilang tanpa jejak.
“Atikah berkahwin sejak 2017 lagi dan dua tahun lalu baru berpeluang menimang cahaya mata. Belum puas bermanja, ini pula yang terjadi.
“Kami tidak putus harapan dan masih berdoa sambil berharap ada keajaiban. Tapi dalam masa yang sama, reda dengan ujian ini,” katanya.
Sejak kehilangan Hud Aryan, dalam usaha mencari dan menjejaki Hud, solat hajat terus dibuat sama ada di rumah atau masjid di kampung terbabit.
“Tak henti-henti solat hajat dibuat dan kami tetap berdoa Hud ditemukan walau apa cara sekalipun,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Anjing pengesan Unit K9 bantu cari Hud
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pasukan penyelamat akan diteruskan jam 9 pagi ini dalam usaha mengesan kanak-kanak itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman, berkata operasi akan menggunakan dua anjing pengesan dari Unit K9.
Terdahulu, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dilaporkan hilang apabila disedari tiada dalam rumah kira-kira jam 7.20 malam Isnin lalu oleh ahli keluarga.
Gara-gara puas tak dapat ke mana-mana, macam-macam idea anak-anak kita buat untuk mengisi masa lapang dan bermain dengan adik beradik dalam musim Covid ini. Ibu ayah pun tak boleh nak marah sebabnya faham anak dah lama tak boleh keluar ke mana-mana.
Jadi selagi tak membahayakan diri, apa saja yang anak rasa boleh mengembirakan hati mereka, ibu ayah terpaksa reda, janji emosi anak-anak ok.
Seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Azrina Mat Isa, dia berkongsi gelagat tiga anaknya yang dah kepuasan gara-gara tak dapat nak keluar dan mandi kolam hingga tercetus idea yang langsung tak terfikir.
Anak-anak minta plastik merah yang bersaiz besar tu. Saya bagi je, tak tau mereka nak buat apa. Anak-anak main air di belakang rumah. Selepas beberapa ketika, tergerak hati nak pergi jenguk apa yang mereka buat.
Rupa-rupanya mereka isi air dalam plastik dan duduk dalam tu seolah-olah jadikan seperti kolam persendirian. Urut dada tengok gelagat mereka.
Apabila tanyakan anak-anak kenapa buat macam ni. Mereka kata mulanya nak isi air dalam plastik dan nak cucuk dengan lidi. Kononnya buat macam shower dalam bilik air. Tapi bila buat macam tu rasa tak puas hati, dan terus masuk duduk dalam plastik lagi senang.
Disebabkan saiz badan anak kecil, muatlah mereka duduk dalam plastik dan isikan air bagi penuh. Yang hairannya elok pula plastik tu dan tak terkoyak pula.
Oleh kerana masing-masing nak selamatkan diri dari kena marah, mereka bagi alasan ibu tak nak belikan kolam.
Aduhai anak, ibu bukan tak nak beli, dah tiga kali beli, semua berakhir dengan episod kolam terkoyak. Nampaknya ibu kena fikir alternatif lain untuk gembirakan hati anak-anak dapat mandi kolam.
Yang lucunya juga, sekali tengok masing-masing duduk dalam plastik tu, seperti ‘tembuni’ yang penuh dengan air ketuban.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.