Merangkak adalah cubaan pertama bayi untuk bergerak. Petunjuk jelas bayi anda sedia untuk merangkak adalah keupayaannya untuk duduk sendiri. Apabila bayi anda sedia untuk merangkak, dia berupaya untuk menolak dirinya ke kedudukan duduk.
Kadang kala anda boleh melihat bayi membuat gerakan ala komando iaitu mereka menolak diri sendiri ke hadapan menggunakan tangan, kerana otot bawah badan mereka belum kuat lagi.
Bayi yang baru merangkak biasanya belajar menyeimbangkan keempat-empat anggotanya dan belajar menolak lutut untuk bergerak ke hadapan atau ke belakang. Kebanyakan bayi pada usia ini sentiasa mahu berada di atas lantai. Kita boleh meletakkan banyak objek yang menarik di atas lantai untuk membantunya merangkak.
Ads
Ads
Bagaimanapun doktor kurang menyarankan ‘latihan’ untuk bayi kerana menganggap kebolehan merangkak adalah perkara semulajadi yang berlaku ketika mereka sedang bermain. Sekiranya bayi kurang selesa untuk merangkak, jangan paksa kerana matlamat utama adalah untuk berseronok dengan bayi anda bukan memaksanya merangkak.
Ads
Ada bayi yang berguling, ada yang bergerak seperti komando dan ada juga yang mengesot. Sesiapa yang mengatakan setiap bayi mesti merangkak sebelum mereka berjalan adalah salah. Ini kerana perkembangan setiap bayi adalah berbeza-beza. Ada yang belajar duduk dan mengesot sebelum mereka belajar berdiri dan terus berjalan.
Bahkan ada bayi yang langsung tidak melalui tahap merangkak sebelum mereka boleh berjalan. Namun, jika bayi anda masih merangkak walaupun sudah berusia lebih 15 bulan, pastikan anda berjumpa doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut.
Apabila bayi anda sudah mahir merangkak, seluruh ruang tamu menjadi dunia barunya. Jadi, anda perlu pastikan keselamatan ruang tersebut kepada bayi. Elakkan sebarang objek yang boleh mendedahkan bayi kepada risiko kecederaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau anda sedang sakit, elakkan daripada mencium atau sentuh bayi. Jaga adab dan tingkah laku semasa melawat baby newborn & ibu bersalin. Bukan apa, apa yang anda lakukan mungkin boleh memudaratkan bayi!
Tidak dinafikan bayi kecil memang comel dan boleh buat kita geram. Bau wangi dan segala tentang mereka cukup indah hingga buat hati menjadi sayang. Tabiat mencium bayi terutama yang baru lahir patut dielakkan, tambahan pula jika anda tidak tahu tahap kesihatan dan kebersihan diri ketika itu.
Bayi pada bulan pertama kehidupan mempunyai sistem imun yang tidak cukup untuk menangani virus tertentu dan apabila mereka dijangkiti ia akan cepat merebak melalui aliran darah dan menjangkiti banyak organ. Tambahan lagi sekiranya bayi tersebut lahir pramatang. Ini antara sebab kenapa bayi perlu disusukan dengan susu ibu untuk menguatkan antibodi badan.
PENYEBAB JANGKITAN
Sebilangan besar punca jangkitan kepada bayi ialah daripada bakteria dan virus. Seperti baru-baru ini berlaku di Kanada di mana bayi kecil dijangkiti viral meningitis yang disebabkan oleh virus HSV-1 yang mengakibatkannya meninggal dunia.
Ibu bapanya tidak tahu yang anak mereka telah dipegang/ dicium oleh seseorang yang mengalami herpes simplex virus type 1 pada sekitar mulutnya. Jangkitannya tidak memudaratkan orang yang dijangkiti tetapi boleh merebak menerusi apa yang dicium dengan mulutnya atau melalui sentuhan daripada tangan yang dilekati virus terbabit. Semoga ia menjadi iktibar agar tidak sewenang-wenangnya mencium atau memegang bayi sekiranya anda tidak tahu tahap kebersihan dan kesihatan diri ketika itu.
SEBAGAI TETAMU, JAGA ADAB
Mungkin agak sukar untuk diterapkan dalam masyarakat. Tetapi kesedaran perlu dipertingkatkan semoga apa yang salah tidak dibiasakan. Jangan melawat bayi kecil sekiranya anda sedang sakit. Namun jika tidak dapat dielakkan, pakai topeng muka dan jangan lupa pakai hand sanitizer. Elakkan diri anda daripada menyentuh bayi.
SEBAGAI IBU BAPA
Jika anda sebagai ibu bapa bayi baru lahir pula, beritahu ahli keluarga atau rakan-rakan yang ingin melawat supaya memaklumkan sebelum datang. Tanya keadaan kesihatan mereka, sekiranya kurang sihat, beritahu agar jangan menyentuh bayi. Sediakan peralatan seperti topeng, hand wash dan hand sanitizer untuk tetamu sebagai langkah berjaga-jaga. Ibu bapa juga dinasihatkan agar memastikan bayi mengambil suntikan vaksin yang dijadualkan Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjaga bayi bukanlah semudah yang disangka. Tambah lagi yang berkaitan dengan masalah kesihatan terutama bayi bawah setahun.
Bayi meragam secara tiba-tiba adalah perkara biasa. Berjaga malam menjaga bayi yang tidak sihat memang biasa dilalui oleh ibu bapa kan?
Ada yang terpaksa mengambil cuti untuk menjaga permata hati mereka. Seperti orang dewasa, bayi juga mengalami masalah kesihatan. Kerana sistem imun bayi masih lemah dan mudah berjangkit.
Terdapat beberapa masalah kesihatan bayi yang biasanya dihadapi semasa sedang membesar.
1. Sedu
Sedu adalah masalah kesihatan bayi yang perkara biasa berlaku. Memang kerap berlaku dalam sehari. Bagi ibu, usah risau kerana sedu adalah normal. Menurut doktor, keadaan ini disebabkan bayi terlalu kenyang.
Petua orang-orang tua, basahkan sedikit tisu dan letakkan pada bahagian dahi bayi anda. Sedu akan hilang selepas itu.
2. Muntah
Kebiasaannya berlaku selepas menyusu atau setengah jam atau sejam selepas penyusuan. Kuantiti muntah adalah sedikit dan jika muntah bayi terlalu banyak dan tidak henti, ibu perlu membawa bayi ke klinik. Bayi anda mungkin mengalami masalah pada usus.
Muntah juga berlaku kerana bayi menyusu terlebih dos. Perut bayi tersangat kecil dan mempunyai had untuk menyimpan susu. Sebab itulah bayi memang kerap menyusu iaitu sekurang-kurangnya 8 kali sehari.
Sebaiknya, selepas menyusu sendawakan bayi dengan memangku dan meletakkan kepala bayi menghadap bahu anda, kemudian tepuk perlahan-lahan.
3. Kembung Perut
Masalah kesihatan bayi ini biasa berlaku dan selalunya kerap berlaku pada waktu malam. Banyak punca kembung perut terhadap bayi, antaranya disebabkan oleh pemakanan ibu, cuaca dan juga susu formula yang tidak sesuai.
Untuk melegakan perut bayi, sapu minyak angin atau minyak telon di bahagian perut, bahagian belakang badan, telapak kaki dan pada bahagian betis. Pastikan minyak yang digunakan selamat untuk bayi.
Cara tradisioanal juga boleh digunakan dengan menggunakan tungku herba yang telah dipanaskan, pastikan suhu yang selamat untuk kulit bayi dan tuam pada perut bayi. Insya-Allah, ini akan melegakan kembung perut bayi.
4. Cirit-Birit
Ada yang menyatakan bahawa jika bayi buang air besar lebih daripada tiga kali dianggap cirit-birit. Akan tetapi, perlu juga dilihat dari segi warna najis dan juga bentuknya.
Biasanya jika bayi mengalami cirit-birit, najisnya sedikit dan cair serta membuang lebih daripada tiga kali. Bayi yang kerap menyusu juga kerap membuang.
Untuk mengatasinya, anda haruslah memberi bayi anda air(untuk bayi 6 bulan ke atas) atau menyusu secara kerap kerana telah berlaku dehidrasi atau mendapatkan rawatan dengan segera.
5. Sembelit @ Tidak Buang Air Besar
Keadaan ini biasa berlaku kepada bayi. Ibu bapa kena pantau. Ia normal bagi bayi menyusu badan. Biar anak membuang secara semulajadi. Jika nampak anak tak selesa boleh terus rujuk pada doktor.
6. Ruam
Masalah kesihatan bayi yang popular dan kerap terjadi ialah ruam. Sebagai ibu, kerisauan melanda jika terdapat bintik-bintik merah yang timbul pada wajah dan bahagian kulit yang lain terutamanya punggung.
Biasanya yang kerap berlaku kepada bayi ialah ruam lampin. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh lambat menukar lampin bayi dan juga kulit bayi cepat berpeluh. Kulit bayi sangat lembut dan sensitif, jadi penjagaan yang rapi amat diperlukan.
Ruam juga terjadi pada bahagian celah-celah paha dan lipatan anggota badan bayi. Sebagai penyelesaiannya, gunakan krim pelindung ruam yang tidak menyerap air.
Lampin yang basah perlu ditukar segera atau sebaik-baiknya 6 jam sekali. Jika bayi anda buang air besar, jangan melambatkan proses pembersihan kerana keadaan tersebut membuatkan bayi anda tidak selesa dan boleh menyebabkan gatal-gatal.\
7. Selsema
Masalah kesihatan bayi seperti selsema kerap berlaku setiap bulan. Sistem pertahanan bayi masih belum kuat dan mudah dijangkiti virus. Selsema akan meyebabkan bayi tidak selesa dan adakalanya tidak lena tidur.
Selsema terjadi disebabkan kahak terkumpul pada bahagian paru-paru bayi. Untuk membuang kahak, memang sukar, kerana bayi masih kecil. Anda juga boleh mencuba untuk melakukan Teknik Steam/Garlic Steam untuk melegakan bayi anda.
Atau sapukan minyak bawang putih di bahagian dada, belakang dan tapak kaki bayi. InshaAllah, cara ini akan memberikan kelegaan kepada bayi anda.
8. Demam
Masalah kesihatan bayi yang seterusnya ialah demam. Suhu biasa bagi bayi ialah 37 darjah celcius, jika suhu melebihi 38 darjah celcius ke atas, itu tandanya bayi anda demam.
Cara nak menurunkan suhu bayi adalah dengan meletakkan tuala basah di kepala dan juga dicelah ketiak bagimemastikan suhu badan dalam keadaan normal.
sumber: rezekisihat.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Instafamous cilik selalu jadi perhatian kerana populariti dan kecomelan mereka. Tidak kurang juga kerana memiliki ibu bapa atau ahli keluarga berstatus selebriti yang menyebabkan tarikan perhatian para netizen.
Laman Instagram mereka selalu jadi tumpuan para netizen untuk melihat perkembangan mereka di samping mendapatkan info serta panduan berguna mengenai asuhan, penjagaan dan didikan anak kecil.
Apa yang pasti gelagat si kecil ini di Instagram sering kali menghiburkan can mencairkan hati. Jumlah follower yang ramai menjadikan mereka instafamous! Mari kita lihat 6 instafamous Malaysia cilik bawah satu tahun.
Syeriv Samheizy
Follower: 348k
Bayi instafamous ini ialah buah hati Syatilla Melvin dan Sam Shaheizy ini. Syeriv Samheizy selalu tampil dengan aksi-aksi comel dan cute.
Bayi ‘bam bam’ enam bulan dan mempunyai pipi labuh ini tidak terkecuali daripada pujian kerana kecomelan dan susuk tubuh yang berisi! Syeriv yang sering dipanggil Yip oleh ibunya ini sering dikatakan sebagai mini Sam Shaheizy atau mini Syatilla Melvin di kalangan pengikutnya.
Arif Jiwa Asyraf
Follower: 145k
Arif Jiwa Asyraf ialah anak kepada Asyraf Khalid dan aktres Indonesia, Tya Ariffin yang juga merupakan cucu kepada Datuk K. Si kecil tujuh bulan yang mempunyai susuk badan yang berisi ini selalu tampil ceria dan gelak tawa. Siapa tidak cair melihat Arif yang sering kali tampil dengan aksi yang melucukan dan comel. Mendengarnya ketawa pun sudah cukup menghiburkan!
A post shared by Arif Jiwa Asyraf (@arifjiwaasyraf) on
Anggun Darleena & Anggun Darleesa
Follower: 105k
Comel sungguh si kembar ini, Anggun Darleesa dan Anggun Darleena. Anak saudara kepada aktres Anzalna Nasir ini yang dilahirkan pada 7 Januari 2017. Kedua-dua anak kembar berusia 11 bulan ini manis berlesung pipit.
Masing-masing sering tampil dengan aksi yang menghiburkan di laman Instagram mereka. Tidak kurang juga video-video dan kapsyen melucukan yang mencuit hati.
Walau pun baru berusia sebulan Jeanelle Nika Mandagie atau dipanggil Nika ini sudah memiliki 66k follower di Instagram.
Anak kepada pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie dan Datin Nina Ismail Sabri ini sudah pandai melihat ke arah kamera, aww comel sangat. Malah ada yang mengatakan Nika mirip kepada bapa saudaranya, penyanyi Dafi.
Mateen Hasnor Rozaini
Follower: 40.4k
Pemilik kulit putih gebu, Mateen ini ialah buah hati selebriti dan hos televisyen, Ameera Zaini. Pemilik akaun Instagram @littlemateen ini comel sungguh, hingga ramai follower yang menggelarnya ‘handsome boy’.
Selalu tampil stylo, laman IG nya juga turut memuatkan perkembangan diri Mateen, aksi-aksi comel dan momen-momen bermakna si cilik ini. Terbaru, dikongsikan video Mateen membaca. Mateen memang clever boy!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.