Sebelum ini ada pertikaian mengenai Datin Almy Nadia yang pergi ke luar negara walaupun tengah sarat mengandung. Apa yang jadi tanda tanya bagaimana Almy boleh lepas menaiki kapal terbang.
Almy menemani suaminya, Datuk Fizz Fairuz untuk menjalani penggambaran selama sembilan hari di sana.
Menjawab persoalan orang ramai Almy menerangkan situasi sebenar bagaimana dia boleh menaiki kapal terbang ke Jerman walaupun sedang sarat mengandung.
Ads
Dalam kapsyen di instagram, Almy mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mengambil berat mengenai kandungannya.
Almy menjelaskan sebelum membuat keputusan untuk pergi ke luar negara, dia telah mendapat nasihat dan pendapat daripada doktor.
Ads
Doktor telah mengeluarkan surat memberi kebenaran untuk Almy menaiki kapal terbang.
Ads
Pada masa yang sama, Almy menegaskan kepada netizen penting sebenarnya mendapatkan nasihat doktor sebelum menaiki kapal terbang untuk mengelakkan sebarang risiko.
Bila dah sarat, kita tak boleh sesuka hati menaiki kapal terbang tanpa surat doktor kerana boleh mendatangkan risiko. Jika doktor dah bagi kebenaran, maknanya masih selamat.
Sebelum ini Fizz memberitahu Almy dijangka bersalin 22 Disember depan dan sehingga kini mereka masih merahsiakan jantina anak ketiga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kehamilan berbeza-beza. Bagi pelakon dan usahawan, Wawa Zainal, kehamilan keempatnya kali ini sedikit berbeza malah kali ini dia terpaksa berdepan minum air gula untuk memeriksa kandungan gula dalam darah seperti kebiasaan ibu mengandung.
Rupanya pengalaman minum air gula untuk memantau Diabetes Gestesi atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan pengalaman pertama kali bagi Wawa.
Wawa turut memuat naik satu video pendek ketika proses minum air gula disertakan dengan bacaannya sekali.
“My first time kena minum air gula untuk check gdm,” tulis Wawa di Instagramnya.
Namun menariknya kata Wawa, biarpun dia penggemar coklat, dia amat bersyukur bacaan yang diperolehinya rendah.
“Pregnant sebelum ni tak pernah.
“Mommies uall dapat bacaan berapa? Wawa punya ni sangat rendah kan😩padahal hantu coklat.. mmmm,” tulisnya.
Wawa turut meninggalkan pengalaman minum air gula yang seakan air fanta oren itu di ruangan komen.
“Ya rasa macam air fanta oren. Lepas minum je terus berpusing kepala rasa,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu perkongsian video pendek Wawa itu sudah semestinya mendapat pelbagai respon dari seluruh peminatnya.
“Sedapnya air gula oren”
Tertarik dengan air gula berwarna oren yang diminum Wawa, rata-rata peminat turut meninggalkan pelbagai komen tidak terkecuali berkongsi pengalaman mereka minum air gula.
“Tapi air gula bos ni macam sedap jaa, macam air oren”
“Kira okay la air gula mcmtu kalau kita air gula yang suam ii werk nak muntah”
“Kat klinik kami tak jumpa air gula camni”
“Untung la ayaq gula kaler oren. Kami punya ayaq gula tak dak kaler”
Semoga Wawa terus sihat tanpa sebarang masalah sehingga proses kelahiran bayi keempatnya sedikit masa lagi.
Terdahulu, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada tahun 2012. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata dan kini sedang menanti kelahiran cahaya mata keempat mereka.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah berkahwin, pastinya setiap wanita menginginkan untuk hamil bagi melengkapkan kehidupan berkeluarga. Oleh sebab demikian wanita yang sudah merancang untuk hamil perlu mempunyai pengetahuan asas mengenai proses kehamilan. Misalnya perlu tahu apakah symptom-simptom hamil dan pengambilan suplemen yang boleh membantu diri hamil.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Doktor Faruq Zulkafli di laman Twitternya, beliau berkongsi pengalaman pesakitnya yang keguguran kerana tidak sedar bahawa diri hamil. Menurutnya keadaan ini disebabkan haid wanita tersebut tidak teratur dan mengabaikan kesihatan diri.
Menurut perkongsian tersebut, pesakit yang berumur 21 tahun dan sudah berkahwin itu datang ke hospital kerana berlaku pendarahan pada bahagian alat sulit selamat tiga hari. Pada awalnya ia hanya pendarahan biasa tapi semakin teruk apabila keluar ketulan darah pekat.
Katanya lagi pesakit ini sangat berharap untuk mendapat zuriat memandangkan sudah dua tahun berkahwin. Pesakitnya itu mengadu sakit senggugut yang teruk dan kejang di bahagian perut. Namun wanita tersebut menafikan pernah terjatuh, tapi turut nyatakan ada mengambil ubat-ubat tradisional seperti jamu untuk kesihatan.
Wanita tersebut juga memaklumkan bahawa haidnya tidak teratur dan dia sendiri tak sedah sudah dua bulan tidak datang bulan.
Walaubagaimanapun, dia tidak mendapatkan rawatan sehinggalah keadaan menjadi semakin teruk dan berlaku pendarahan di bahagian kemaluan. Setelah diperiksa, doktor mendapati Urine Pregnancy Test (UPT) positif dan berlaku pendarahan dari perspeculum. Difahamkan pesakit mengalami keguguran.
Ibu tidak sedar akan perubahan diri mengakibatkan janin di dalam kandungan tidak dapat diselamatkan. Sebagai seorang doktor, Faruq Zulkafli menasihatkan ibu-ibu supaya mempersiapkan diri dengan ilmu mengenai kehamilan.
Pertama, ibu-ibu hendaklah mengambil suplemen seperti asid folik sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum kehamilan. Kalau boleh, jadikannya sebagai amalan. Malah, gadis yang masih belum berkahwin juga boleh mengambil asid folik.
Selain itu, ibu hendaklah sedar akan risiko apabila mengambil sebarang ubat-ubatan tradisional.
Doktor Faruq juga menasihatkan wanita-wanita yang ingin hamil untuk alert dengan keadaan diri supaya keadaan seperti ini tidak berlaku. Jika lambat datang period untuk tempoh masa seminggu atau lebih, silalah buat ujian kehamilan (UPT). Ibu juga harus sedar akan perubahan fizikal seperti kawasan areola (puting) yang semakin gelap, mood swing, alahan dan sebagainya.
Pertambahan berat badan ketika hamil adalah perkara biasa yang akan dilalui oleh setiap individu wanita hamil. Tetapi kalau berat anda menjadi berlebihan, bagaimana untuk mengurangkan berat?
Mengurangkan berat
Kenaikan berat sepanjang tempoh kehamilan adalah normal tetapi bagi individu wanita yang sudah mempunyai masalah berat badan berlebihan, sudah tentu situasi ini mendatangkan dilema yang merungsingkan hati.
Namun, berita baiknya, terdapat kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan mencadangkan bahawa mengurangkan berat ketika hamil adalah perkara yang dibolehkan dan ia mungkin akan memberikan manfaat khususnya bagi individu wanita dengan berat yang berlebihan atau mempunyai nilai BMI melebihi 23.
Walau bagaimanapun, wanita hamil yang mempunyai berat badan normal sebelum mengandung mungkin tidak sesuai untuk mengurangkan berat. Tetapi jika anda berasa perlu untuk menurunkan berat dan akan memperolehi manfaat daripadanya, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor atau pakar perubatan terlebih dahulu, okay?
Berat yang disarankan
Sebelum kita fahami cara untuk mengurangkan berat badan, anda harus tahu mengenai kenaikan berat yang disarankan bagi setiap individu wanita hamil mengikut BMI.
-Wanita yang kekurangan berat badan dengan nilai BMI <18.5, perlu mendapatkan lebih banyak berat, dari 12.5 hingga 18 kilogram (kg)
-Wanita dengan purata berat badan nilai BMI dari 18.5 – 22.9, perlu mendapat kira-kira 11.5 hingga 16 kg
-Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dengan nilai BMI 23 hingga 26.9, sepatutnya menambah berat dari 7 hingga 11.5 kg
-Manakala wanita dengan nilai BMI 27 dan ke atas disarankan untuk menambah berat antara 5 hingga 9 kg sahaja
Secara mudahnya, jika BMI anda adalah antara 18.5 hingga 22.9 sebelum mengandung, pastikan kenaikan berat badan anda sepanjang tempoh kehamilan adalah tidak melebihi 16 kg. Sebaliknya, jika BMI anda adalah tinggi sebelum hamil, kenaikan berat yang lebih rendah adalah amat digalakkan.
Berikut merupakan penambahan berat badan mengikut minggu yang dicadangkan untuk wanita hamil dengan purata BMI dari 18.5-22.9:
-Minggu 1 hingga minggu 12 (trimester pertama): 0.9 hingga 2 kilogram
-Minggu 13-26 (trimester kedua): 4 hingga 5 kilogram
-Minggu 27-40 (trimester ketiga): 5 hingga 6 kilogram
Pelan mengurangkan berat semasa hamil
Menggunakan alasan “makan untuk dua orang” adalah antara punca mengapa berat badan anda boleh naik secara mendadak ketika mengandung. Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi menurunkan berat anda:
Pengambilan kalori
Anda memerlukan kalori untuk memastikan bayi anda membesar tetapi ia perlu diambil dalam kuantiti yang betul. Apa yang penting adalah untuk mengawal kenaikan berat badan anda agar tidak terlalu cepat naik.
Anda boleh memilih untuk mengisi perut anda dengan sesuatu makanan yang lebih sihat seperti minum susu skim, kentang bakar berbanding kentang goreng atau isi ayam bakar tanpa lemak menggantikan ayam goreng.
Ketika menyediakan makanan, pilihlah makanan yang dapat mengenyangkan anda untuk tempoh jangka panjang tetapi masih mempunyai kandungan kalori yang rendah. Antara contoh pilihan makanannya adalah:
-Sayuran segar, terutama daun hijau
-Buah-buahan dengan kandungan air tinggi, seperti tembikai
-Isi ayam
-Ikan
-Bijirin gandum seperti oat
Jumlah makanan dan lemak
Pastikan saiz dan kuantiti hidangan makanan yang diambil adalah bersesuaian dan mempunyai kandungan nutrisi yang diperlukan. Walau bagaimanapun, anda tetap perlu memastikan ada pengambilan lemak dalam hidangan makanan anda.
Ini kerana sesetengah jenis lemak adalah penting dalam membantu perkembangan bayi dalam kandungan anda. Sebaiknya pengambilan makanan bergoreng, (jika anda terlalu teringin untuk makan makanan sebegitu), ambillah dalam kuantiti yang terkawal.
Bersenam
Siapa kata wanita hamil tidak boleh bersenam atau melakukan aktiviti fizikal? Anda masih boleh melakukan senaman tetapi pastikan ia adalah bersesuaian dengan keadaan fizikal anda. Anda boleh memilih untuk mengikuti kelas yoga pranatal atau hanya berjalan kaki mengelilingi taman. Paling penting luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti fizikal.
Berat badan naik secara tidak terkawal boleh mendatangkan beberapa risiko masalah kesihatan kepada anda dan bayi dalam kandungan seperti kelahiran pramatang, diabetes, tekanan darah tinggi dan kecacatan kelahiran. Jadi pastikan anda mengawal pemakanan serta melakukan senaman yang bersesuaian untuk memastikan anda kekal aktif dan sihat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!