Selepas berlangsungnya perkahwinan antara Engku Emran Engku Zainal Abidin bersama Noor Nabila baru-baru ini, akhirnya bekas isteri pertama, Erra Fazira memberi reaksi.
Engku Aleesya beritahu hubungan bapanya
Ketika menjawab soalan yang diajukan pihak media, pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mendedahkan dia hanya mengetahui mengenai hubungan di antara bekas suami, Engku Emran bersama Noor Nabila daripada anaknya, Engku Aleesya.
Jelas Erra pada waktu itu, dia sendiri tidak tahu sejauh mana perhubungan mereka tetapi Erra menjelaskan dia sebenarnya tidak kisah jika Engku Emran mahu berkawan dengan sesiapa pun.
“Bila Aleesya beritahu mengenai hubungan bapanya itu, saya okay sahaja. Lagipun hak dia nak berkawan dengan siapa.
ARTIKEL BERKAITAN [Copy Paste Erra! Tampil Sopan Berselendang, Ramai Puji Kecantikan Engku Aleesya]
“Cuma sebagai ibu, saya hanya mahu anak saya berbuat baik dengan semua orang terutamanya kepada pasangan bapanya. Bila dah jadi ibu lagilah kena buat baik,” katanya.
Aleesya seronok dapat adik
Ditanya mengenai reaksi Engku Aleesya ketika menerima kehadiran orang baru dalam hidupnya, pelakon drama, Gerak Khas The Finale itu berkata, Aleesya sangat gembira lebih-lebih lagi dia menjadi kakak kepada anak Noor Nabila, Jebat Jayden.
“Setakat ini dia sangat happy. Saya rasa dia happy, lebih kepada sebab dia dapat adik. Sebab dia memang nak adik. Dia sayang sangat dengan Jebat Jayden tu.
“Saya juga selalu nasihatkan dia untuk jadi kakak yang baik kerana selama ini, untuk 11 tahun dia seorang. Saya faham sebab saya pun sorang juga. Mula-mula mungkin kekok sikit tapi sebab dia memang nak jadi kakak, kena belajar.
“Aleesya juga selalu bercerita mengenai kebijaksanaan Jebat Jayden. Dia kata (Jebat) seorang yang sangat bijak. Lagi bijak berbanding umurnya. Memang nampaklah dia memang sayang sangat dengan adiknya,” kongsi Erra pada majlis pelancaran dan pengenalan duta baru jenama pelitup muka premium, Himaya di Shangri La Hotel, Kuala Lumpur.
Kredit: MH
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)