“Sebelum Ni Seronok Dia Makan, Bila Demam Mommy Susah Hati”. Cepat Sihat Fatima!

Share

Si comel Nur Fatima Aisya sentiasa menjadi perhatian ramai tiap kali mommy dan daddynya berkongsi gambar atau video gelagat puteri kesayangan mereka.

Fatima yang kini menginjak usia 7 bulan, dah mula makan dan setiap reaksinya benar-benar nampak menyelerakan.

Menerusi perkongsian Fazura, tiap kali disuap, tak pernah lagi Fatima mengelak sebaliknya sentiasa buka mulut. Bukan itu je, lambat sikit bagi, terus tak sabar. Responnya sangat mencuit hati.

Mengikut kata Fazura, Fatima alah dengan ikan salmon. Jadi terpaksa tukar menu baru iaitu sayur bayam, nasi dan ikan kod. Tak sangka dengan menu tu, betul-betul membuatkan Fatima berselera.

Bukan itu je, semakin besar, rambut Fatima juga dah boleh diikat tocang. Sama ada diikat kiri dan kanan ataupun tocang pokok kelapa.

Cepat sihat Fatima..

Terkini, Fazura telah berkongsi perkembangan Fatima yang demam sehingga muka pun kemerahan.

Tambah Fazura, kemungkinan Fatima demam ni sebab nak beralih bulan atau pun nak tambah gigi lagi. Syafakillah Fatima sayang.. Sayang manja mommy daddy.

Dalam satu video yang dikongsikan, nampaknya Fattah Amin tetap cuba melayan puterinya biarpun mood masih tak ok.

Daddy tetap cuba nak bagi Fatima senyum dengan membacakan buku tapi raut wajah Fatima nampak dia masih tak bermaya.

Rata-rata warga maya mengharapkan agar Fatima cepat sembuh dan kembali senyum seperti sediakala. Ramai yang rindukan celotehnya yang aktif.

Kredit: IG fattzuralovelife

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy