Ibu bapa perlu menyemai kepentingan penjagaan kebersihan dan amalan jarak sosial kepada anak sebelum prasekolah dan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dibuka semula dalam tempoh lebih kurang dua minggu lagi.

Apatah lagi, anak pastinya teruja bertemu kembali rakan yang ‘terpisah’ sejak kira-kira tiga bulan lalu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac, kemudian diteruskan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun lepas.

Sebelum Tadika Dibuka, Ajar Dulu Pentingnya Kebersihan Mulai Sekarang. Anak Mesti Faham

Meskipun, prosedur operasi standard (SOP) terperinci akan dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengelak jangkitan COVID-19, ibu bapa seharusnya berperanan membantu memudahkan tugas guru untuk membiasakan anak mengamalkan normal baharu di institusi pendidikan awal itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, mengumumkan pembukaan semula semua prasekolah dan TABIKA bermula 1 Julai ini dengan SOP terperinci dijangka diumumkan KPM dalam masa terdekat.

Ads

Sebelum Tadika Dibuka, Ajar Dulu Pentingnya Kebersihan Mulai Sekarang. Anak Mesti Faham

Ia membabitkan 6,216 prasekolah di bawah KPM; 7,887 prasekolah swasta; 1,781 TABIKA di bawah Kementerian Perpaduan Negara serta 8,530 TABIKA kelolaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Ads

Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Anisa Ahmad, berkata kanak-kanak yang diterap dengan penjagaan kebersihan akan mempraktikkan amalan itu.

Sebelum Tadika Dibuka, Ajar Dulu Pentingnya Kebersihan Mulai Sekarang. Anak Mesti Faham

Ads

“Di tadika memang sudah diajar aspek kebersihan dan anak memang amalkan basuh tangan ikut langkah 20 saat.

“Jika ibu bapa turut bantu terapkan nilai yang sama di rumah, normal baharu akan jadi biasa dan risiko di tadika boleh diatasi kerana anak dah biasa diterapkan dengan amalan kebersihan seperti cara basuh tangan untuk elak jangkitan virus.

“Jadi, mereka lebih mudah faham jika kita (guru) minta lakukan,” katanya kepada Bernama.

Sumber: BERNAMA

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI