Sebelum Tahu Anaknya Rabun, Ibu Ini Pelik Kenapa Si Kecil Suka Bercakap Dekat Dengan Muka Orang

Share

Selama ini dia pelik kenapa anaknya suka bercakap dekat dengan muka orang. Bahkan perlakuannya juga pelik berbanding kanak-kanak lain.

Rupanya si kecil selama ini menanggung masalah kurang jelas penglihatan atau rabun. Entah sejak bila dia mengalami masalah tersebut.

Puan Masnira Ramli yang berkongsi bagaimana dia mengesan anak kecilnya rabun tak akan dapat melupakan keterujaan dan kegembiraan si anak yang pertama kali dapat melihat sesuatu dengan jelas.

Rasyad, my handsome specky boy.

Baca ini jika anda ibu bapa yang prihatin!

Minggu lepas saya baru dapat tahu yang Rasyad rabun. Nak cerita macam mana boleh dapat tahu nanti jadi terlalu panjang pula status ni. Dah boleh jadi 1 novel bersiri. Jadi, saya cerita bahagian yang penting-penting sahaja ya.

Ya, Rasyad baru sahaja 4 tahun. Ada yang kata, baguslah dapat tahu dia rabun sekarang. Masih belum terlambat.

Ya, alhamdulillah ianya tidak terlambat walaupun dalam masa 4 tahun ini, apabila saya fikirkan semula banyak benda yang saya regret sebab dia sudah menujukkan ciri-ciri rabun itu sudah lama. Cuma kami (saya & suami) TIDAK MENGAMBIL BERAT, TIDAK TAHU DAN MENAFIKAN.

Kenapa saya katakan masih belum terlambat kerana mengikut pembacaan saya, rabun yang dikenalpasti dan DIRAWAT sebelum umur 9 TAHUN mempunyai peluang untuk kembali pulih.

Punca kerabunan di kalangan kanak-kanak ada banyak sebab. Di antaranya:

1) Genetic.
Ini yang biasa kita dengar. Jadi jika anda suami isteri rabun, kebarangkalian untuk anak-anak anda juga rabun adalah menjadi lebih tinggi. Ianya menjadi lebih rendah jika salah seorang dari anda sahaja yang rabun. Dan kita boleh membawa anak SEAWAL UMUR 3 TAHUN untuk melakukan pemeriksaan mata!

2) Kurang terdedah kepada cahaya matahari. 
Ya, kerana faktor tempat dan cuaca kami jarang sekali bawa Rasyad keluar waktu siang sejak dari lahir lagi. Kebanyakkan aktiviti pada waktu malam.

3) Gadget .
Ini masalah besar untuk anak-anak hari ini. Kita boleh kurangkan dan banyakkan aktiviti luar.

Ciri-ciri anak-anak yang rabun:

1) Mata berair.
Perkara ini saya perasan sudah agak lama terutama apabila Rasyad terlalu fokus membaca atau membuat apa-apa aktiviti.

Seeloknya bawalah anak berjumpa dengan ophthalmologist di hospital untuk mengetahui lebih detail akan jenis rabun anak.

2) Cepat penat, tidur yang lama.
Apabila rabun, Rasyad perlu memberikan fokus yang lebih tinggi. Oleh itu dia mudah penat, dan memerlukan waktu tidur yang lebih panjang. Tak cukup tidur mood nya juga kurang.

3) Tengok tv dekat-dekat
Tengok tv pada jarak yang dekat kadangkala normal pada kanak-kanak. Itu yang membuatkan kita selalu ambil ringan.

Selalu kita ingatkan pada anak, jangan tengok tv dekat sangat nanti mata rosak. Sebenarnya apabila anak gemar menonton tv pada jarak yang dekat ianya menunjukkan ciri-ciri rabun! Bermakna dia sudah rabun.

Bacaan sebelum drop. Bermakna selepas dikenal pasti mata anak rabun doktor akan bagi ubat drop untuk rehatkan saraf2 mata bagi mendapatkan bacaan yang lebih tepat.

4) Suka tengok sesuatu benda lama-lama.
Ini memang selalu Rasyad buat. Dia sangat observer. Suka tengok atau perhatikan sesuatu dalam tempoh yang agak lama. Contohnya kalau saya tunjukkan beliau sesuatu barang dia akan ambil masa untuk fokus dengan teliti.

5) Suka gosok mata
Jangan ambil ringan lagi jika anak-anak anda suka menggosok mata. Tanda-tanda jelas kerabunan.

6) Low self esteem, tidak confident untuk melakukan sesuatu benda tanpa org lain. Terlalu bergantung dgn org lain. 
Rasyad dari kecil sejak dia mula berjalan kebergantungan kepada orang lain adalah sangat tinggi. Dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membuat sesuatu tanpa bantuan orang lain.

Contohnya kalau di taman permainan, dia tidak berani mencuba permainan yang melibatkan jarak contohnya menaiki slide. Saya fikirkan kerana dia manja, gayat.

Rupanya dia tidak dapat menganggarkan jarak dengan tepat sebab tidak nampak dengan jelas. Jadi dia tidak yakin untuk bermain tanpa bantuan orang lain.

Ubat drop ini perlu diletakkan di dalam mata selama 3 hari, 3 kali sehari.

7) Tidak suka kepada sesuatu yang memerlukan fokus yang lama.
Contohnya seperti membaca, atau melukis, menulis. Mungkin kerana dia merasa penat kerana perlu fokus lebih. Kadangkala anak-anak yang rabun ini suka melihat sesuatu secara teleng ke kiri atau ke kanan.

8. Mudah terjatuh, terlanggar sesuatu.
Ini paling kasihan. Dalam rumah pun kadangkala dia boleh terlanggar dinding, tersadung lebih lagi apabila sedang bermain. Ya anak-anak lain juga begitu tetapi Rasyad ini kekerapannya jatuh sebab terlanggar sesuatu itu lebih tinggi dari kanak-kanak lain.

Hinggakn suatu hari dia mengatakan pada saya bahawa dia ‘clumsy’. Jawab saya, Rasyad bukan clumsy cuma kurang berhati-hati. Rupanya dia kurang nampak. 

Selepas 3 hari doktor akan check semula. Alhamdulillah power dari 3 hari sebelumnya agak berbeza. Kurang sedikit. Saya terlupa ambil gambar bacaan detail. Bacaan ini selepas final check up.

9) Tidak friendly. 
Sejak baby Rasyad bukan baby yang friendly atau banyak emosi. Dia agak dingin. Mungkin kerana dia tidak nampak secara tepat memek muka orang lain.

Kalau kita senyum dengan dia pada jarak yang agak dekat baru dia akan membalas senyuman itu.

10) Suka bercakap dekat-dekat dengan wajah orang lain. 
Ini sering berlaku pada saya dan suami serta keluarga atau rakan terdekat. Dia gemar melihat kita bercakap dengan jarak yang dekat. Lebih jelas.

Apabila mengetahui yang Rasyad rabun, baru lah terjawab akan perlakuan Rasyad selama ini yang meragukan.

Ada yang membuatkan kami sedih kerana tidak mengetahui dengan lebih awal. Saya tidak tahu bila Rasyad mula rabun. Mungkin sejak baby lagi.

Kerana pembentukkan saraf-saraf mata bermula sejak trimester pertama kandungan lagi. Oleh itu penting untuk untuk kita menjaga kandungan sebaiknya terutama dari segi pemakanan.

Kita perlu mengambil berat akan kesihatan mata anak-anak kerana ianya memberikan pengaruh yang sangat besar untuk perkembangan dan pembelajaran mereka.

Dah boleh buat cermin mata. Rasyad nampak happy sangat

LEBIH AWAL KITA TAHU ADALAH LEBIH BAIK. Kebiasaannya kita mengetahui pada umur 6-8tahun kerana pada umur itu anak-anak sudah pandai memberitahu dan faham akan kekurangan diri. Entah berapa lama mereka rabun sebenarnya sebelum memberitahu kita.

Pertama kali Rasyad pakai cermin mata, dia teruja sangat. Katanya dia tidak pernah melihat sesuatu sejelas itu! Terharu saya dan suami.

Doakan Rasyad semoga penglihatannya akan normal tanpa kaca mata sebab cita-cita Rasyad apabila dewasa nanti adalah untuk menjadi astronaut! Aminnn..

Enjoy your new look Rasyad! Bonda harap Rasyad akan bertambah happy selepas ini. Maafkan bonda & dada kerana kami kurang prihatin akan masalah Rasyad selama ini.


Kalau ada para ilmuan yang membaca status ini boleh betulkan kalau ada yang salah.

Published by
Hasnita Sawal