Melepasi usia 40 tahun sememangnya cukup membahagiakan kerana sudah pun berada di landasan dan hampir mencapai matlamat dan cita-cita yang diimpikan.
Namun dikala usia sebegini kesihatan adalah perkara dan kunci utama untuk kita kekal sihat dan bertenaga.
Bagi mencapai emosi yang baik dan sihat, Dr Malar menyarankan lima vitamin ini dapat dicapai sebelum menginjak usia 40 tahun. Jom sama-sama kita lakukan!
Sebelum kita mencapai usia 40 tahun, semua orang perlu dapatkan lima vitamin ini dalam hidup.
Vitamin 1- Senaman Vitamin yang pertama bernama senaman, saya bukan suruh bersenam untuk nak kurus tapi sebenarnya senaman ini sangat penting apabila kita makin berumur supaya tulang dan otot mendapat rangsangan bahawa sumbangannya masih diperlukan dalam tubuh.
Ads
Bila makin berumur ni pergerakkan kita makin terhad kan. Kadang nak ambilkan air pun kita suruh anak. Sama juga, nak buka kipas pun pakai remote saja, jadi memang kurang bergerak.
Bila makin kurang bergerak tulang akan dapat satu mesej, tulang akan rasa tak penting lagi bagi tubuh kita. Kita kena bersenam dan bergerak dengan lebih banyak apabila kita makin berumur supaya tulang kita teruskan meminta kalsium dan vitamin daripada darah dan perut.
Kita boleh elakkan dan lambatkan proses kerapuha tulang atau osteoporosis.
Vitamin 2 -Vitamin D Vitamin kedua ialah Vitamin D. Tanpa vitamin ini tulang tidak boleh membina sel-sel tulang dan tak boleh jadi lebih kuat. Yang bestnya tak perlu beli pun, cukup hanya dapatkan dedahan cahaya matahari selama 15 minit sehari. Sudah memadai!
Ads
Vitamin 3 – Karbohidrat Kurangkan makan karbohidrat. Kurangkan makan nasi, roti, capati, roti canai atau apa jua jenis roti. Makin kita berumur kita akan kurang keperluan tenaga sebab kita dah tak membesar, dah tak buat kerja-kerja lasak dan sebagainya jadi sangat penting untuk kita kurangkan jumlah makanan dan tenaga yang kita ambil supaya tidak terlebih dalam tubuh kita dan tidak ditukarkan menjadi lemak.
Tip mudah, kurangkan nasi dalam pinggan dan kurangkan karbohidrat.
Vitamin 4 -Air Kosong Ajarlah lidah untuk suka air kosong. Air kosong yang mencukupi sangat penting untuk dehidrasi. Tolaklah tepi minuman-minuman sedap dan cari air kosong.
Ads
Vitamin 5 -Bersyukur Bila dah cecah usia 40, bersyukur adalah vitamin yang penting untuk sentiasa kekalkan kesihatan mental kita.
Bila usia 40, tenaga dah makin kurang, kecantikkan dah tak semacam dulu jadi bersyukurlah dengan hidup anda. Bersyukur dengan rezeki yang halal dan bersyukur dengan suami yang ada walaupun dia tak seromantik yang diinginkan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada supaya dengan adanya kesyukuran kita gembira dalam hidup ini dan sekaligus kekalkan kesihatan mental.
Jadi, inilah masa yang paling sesuai untuk anda berubah sekarang!
Rokok berbahaya pada anda, sama juga lah, berbahaya pada bayi dalam kandungan. Tak kira perokok tegar atau perokok pasif, kesannya sama. Kenapa bahaya tu?
Rokok akan merencat oksigen dan nutrisi penting sampai ke bayi melalui gangguan pada fungsi placenta.
Merokok dapat meningkatkan risiko untuk
Kalau dah lahir pula, baby yang dilahirkan oleh ibu yg merokok berisiko;
Misi nak turun berat badan akan berjaya kalau anda elak 6 jenis makanan terutama kalau anda nak langsing balik lepas bersalin. Walaupun menyusukan bayi tak bermakna ibu tak boleh jaga pemakanan. Bahkan masa menyusukan bayilah paling bagus untuk berdiet sebab kena makan makanan yang berkhasiat sahaja.
Jadi pastikan ibu-ibu ikut nasihat pemakanan oleh Pakar Dietetik, Ruqayyah Muhd ini. Ada beberapa makanan yang mesti dielakkan terus kalau nak turun berat badan dan ia juga tak bagus untuk kualitit susu ibu yang dihasilkan.
MAKANAN YANG DINASIHATKAN UNTUK DIELAKKAN JIKA MAHU TURUN BERAT BADAN.
Kita sering ber’diet’ dengan matlamat ingin menurunkan berat badan kita. Namun kadangkala kita tidak sedari makanan/minuman di bawah ini meningkatkan pengambilan kalori melebihi keperluan tubuh.
1. MINUMAN MANIS
Minuman manis biasanya tinggi dengan gula. Samada air soda atau minuman kordial atau minuman berkotak pasti mengandungi gula. Gula apabila diambil dalam jumlah yang sedikit tidak memberi kesan kepada kenaikan berat badan. Namun, apabila diambil berlebihan akan memberikan kesan yang besar kepada pengawalan berat badan.
1 sudu besar gula memberikan 15g karbohidrat dan 60 kcal.
Bayangkan jika sekiranya setiap hari sebanyak 8sudu besar gula diambil sehari sudah memberikan hampir 500kalori sehari. 500kalori yang berlebihan setiap hari secara konsisten mampu menaikkan berat badan sehingga 2kg sebulan.
Air manis dikategorikan sebagai makanan yang mempunyai nutrien yang rendah. Ia hanya mempunyai kalori daripada gula, namun kandungan mineral dan vitaminnya tersangat rendah dan tidak memenuhi keperluan tubuh.
Saranan WHO untuk menghadkan pengambilan gula sebanyak 10% daripada jumlah pengambilan kalori sehari. Sekiranya keperluan tubuh hanyalah 1800kcal sehari, hanya sebanyak tiga sudu besar gula daripada minuman dan makanan sahaja dibenarkan.
2. JUS BUAH
Buah mengandungi gula ringkas glukosa dan fruktosa. Apabila buah diambil secara asli, serat yang terkandung di dalam buah memperlahankan kenaikan gula darah. Glukosa daripada buah digunakan sebagai sumber tenaga. Fruktosa pula dibawa ke hati dan ditukarkan menjadi asid lemak yang akan disimpan di bahagian perut, punggung, dada dan pinggang.
Namun begitu, apabila buah-buahan dijadikan jus, seratnya dibuang. Menyebabkan kandungan glukosa fruktosa tadi menjadi lebih pekat. Jus mengandungi kandungan gula yang tinggi. Namun kandungan serat yang rendah. Apabila diambil dengan kerap dan dalam jumlah yang banyak, ia akan menyebabkan lebih banyak asid lemak disimpan di dalam tisu tubuh. Secara tak langsung, kenaikan berat badan akan terjadi.
Hadkan pengambilan jus buah segar sebanyak 120ml sehari sahaja. Atau ambil buah 2-3 hidangan sehari.
Elakkan jus buah terproses kerana kandungan seratnya yang rendah dan telah ditambahkan gula menyebabkan ia mempunyai kalori yang tinggi.
3. MINUMAN ISOTONIK
Minuman isotonik adalah antara minuman yang kaya dengan elektrolit dan gula. Ia diformulasikan untuk menggantikan garam mineral yang hilang semasa bersukan atau berlaku perpeluhan yang banyak seperti membuat kerja berat.
Minuman isotonik ini tinggi kandungan gula dengan tujuan membekalkan tenaga dan mengekalkan hidrasi dan elektrolit kepada atlit semasa sesi latihan atau sukan yang mengambil masa yang lama seperti maraton.
Pengambilan minuman ini tanpa menjalani latihan sukan yang panjang menyebabkan tenaga yang diambil tidak digunakan dengan baik dan dikaitkan dengan masalah obesiti dan penyakit kronik.
Untuk satu hidangan 240ml minuman ini membekalkan 3-4sudu teh gula. Manakala minuman tenaga membekalkan sebanyak 11sudu teh gula.
Hadkan pengambilan minuman ini mengikut keperluan. Ambil air kosong atau mineral sekiranya bersenam.
4. YOGURT BERPERISA dan MINUMAN YOGURT
Yogurt adalah antara hasil tenusu yang bagus untuk tubuh. Selain ia kaya dengan protein, ia juga merupakan sumber kalsium yang baik untuk tubuh. Probiotik yang terkandung di dalamnya juga membantu proses penghadaman makanan.
Namun begitu, kebanyakan yogurt yang terdapat di pasaran mempunyai kandungan lemak yang rendah atau 0 lemak. Apabila dilihat kembali pada label makanan, kandungan gulanya adalah tinggi. Tambahan buah-buahan juga turut menaikkan kandungan gulanya.
Ambil yogurt asli atau Greek Yogurt tanpa tambahan gula di dalam diet. Tambah potongan buah asli ke dalam yogurt bagi meningkatkan rasanya. Hadkan pengambilan minuman berkultur 1-2 botol kecil, seminggu.
5.KRIMER PEKAT MANIS
Krimer pekat manis atau dikenali dengan susu pekat manis atau susu tin sering ditukar ganti dengan susu tepung atau susu segar. Hakikatnya, krimer pekat manis dihasilkan daripada campuran gula, pepejal susu dan minyak kelapa sawit. Ia tinggi kandungan kalori, gula dan lemaknya namun rendah protein.
Untuk satu hidangan 20g krimer pekat manis (1 sudu besar) ini boleh menyumbangkan sebanyak 60-70kalori, 2-3g lemak dan 12-15g gula. Namun begitu protein yang disumbangkan hanyala lebih kurang 1-2g sahaja. Untuk satu hidangan protein yang baik ia perlulah menyumbang 7-8g protein untuk satu hidangan iaitu 4kali ganda hidangan krimer pekat manis.
1 gelas susu penuh krim memberikan 150kalori, 15g gula, 8gram protein dan 5gram lemak. Namun 4 hidangan krimer pekat manis memberikan 240kalori, 48g gula, 8 gram protein dan 8gram lemak.
Bandingkan perbezaan nutriennya. Mengambil krimer pekat manis umpama menambah minyak dan gula sahaja ke dalam minuman.
6. SNEK TERPROSES
Kerepek dan keropok segera biasanya tinggi kandungan garam dan lemaknya. Ini adalah kerana ia telah diproses dan ditambahkan pengawet bagi memastikan ia tahan lama dan sedap dimakan. Namun begitu, kandungan vitamin dan mineralnya rendah dan tidak berkualiti untuk keperluan tubuh badan. Sesetengah snek yang disira gula atau madu pula akan meningkatkan kalori dan kandungan gulanya.
Mengambil dalam jumlah yang sedikit tidak mengapa, satu ke dua minggu. Namun, menjadikan ia sebagai snek harian mnggalakkan budaya ‘mindless eating’ di mana kita makan sambil menontkn TV, memandu atau membaca tanpa mengambilkira jumlah yang diambil. Sedar tidak sedar satu pek sudah habis dimakan dan hampir 400kalori sudah diambil. Secara tak langsung pengambilan kalori sehari telah melebihi keperluan tubuh.
Amalkan makanan yang sihat dan seimbang. Bersenam secara konsisten.
Beruntung sungguh Elisya Sandha dapat mentua yang sayang sangat padanya. Dilayan seperti anak sendiri, tak semua menantu dapat layanan istimewa ini.
Biasanya kebanyakan wanita bila bersalin lebih selesa berpantang di rumah ibu sendiri. Namun lain pula bagi Elisya apabila Sheila Rusly yang tawarkan diri untuk menjaganya sepanjang tempoh berpantang. Memang bertuah jadi menantu Sheila Rusly ni!
Menerusi perkongsian Elisya di instagramnya, dia ada memuat naik beberapa keping gambar menu berpantang hasil air tangan Sheila Rusly.
Setiap hidangan itu nampak sangat menyelerakan ditambah pula dengan cara hidangan itu yang memang tip top seperti pakej berpantang.
Dalam banyak-banyak rezekiku, rezeki yang ini tidak pernah ku duga untuk dapat ibu mentua yang penyayang, terima kasih Ya Allah atas kurniaan mu kepada ku..
Thank you mama @sheilarusly_jspictures for cooking makanan pantang yang sedap sangat.
Dapat mentua yang baik satu rezeki, untung Elisya..
Di ruangan komen, ramai yang tumpang gembira melihat keakraban menantu dan mentua ini. Ibarat layanan Sheila Rusly pada Elisya first class.
“Bertuah Elisha dapat mentua yang baik hatinya❤️ MasyaAllahh tabarakAllah alhamdulilah.”
“Melahirkan zuriat anak kita, cucu kita bukan satu benda yang mudah. Layanan sebegini yang patut dicontohi. Sebagai anak menantu bila dah dapat mertua baik jadi la yang baik juga. In sha Allah.”
“Rezeki seronok dapat mertua yang baik sama dengan kita..Alhamdullillah 💚💚💚💚💚 benda paling nikmat sekali.”
“Mertua yang baik juga salah 1 rezeki…untung Elisya..selamat berpantang.”
“Dapat mertua yang baik adalah rezeki yang kita kena jaga hati dan perasaan dia dan sentiasa hargai kekurangan dan kelebihan dia ❤️.”
Sementara itu, di instagram Sheila Rusly, dia berpuas hati dapat menyediakan lauk berpantang untuk Elisya hasil air tangannya sendiri.
Biarpun menantunya itu mengambil khidmat confinement lady untuk mengurut dan menguruskan bayi sepanjang tempoh pantang, tapi makanan berpantang tetap disediakan setiap hari oleh Sheila.