Ciptaan paling menarik pada tubuh manusia ialah otak. Seiring dengan proses tumbesaran si manja, sel-sel otak berkembang membentuk hubungan rangkaian. Semakin banyak sel-sel otak bersambung, semakin bijak dan pintar bayi anda. Di bawah ini fakta tentang otak yang ramai ibu bapa tidak tahu.
Bayi baru lahir mempunyai otak yang mengandungi lebih daripada 100 bilion sel neuron. Ketika lahir, semua sel adalah bersambung antara satu dengan yang lain, dan ia dikenali sebagai penyambungan otak.
Asas otak sudah boleh berfungsi dengan baik semasa bayi lagi. Otak dilengkapi dengan fungsi-fungsi asas seperti bernafas dan makan.
IKLAN
Sebelum usia 3 tahun, otak bayi akan membuat sambungan lebih daripada yang diperlukan. Sel-sel otak akan bersambung apabila pembelajaran berlaku. Sel-sel otak yang tidak bersambung pula akan mati. Oleh itu, lebih banyak sel-sel yang bersambung, lebih banyak pembelajaran boleh berlaku.
IKLAN
IKLAN
Jenis dan cara penjagaan yang diterima oleh bayi semasa awal kehidupan mereka boleh membantu pembentukan sambungan neuron. Jika anda sentiasa berborak dan berbual dengan si manja, minda bayi akan berfungsi membentuk rangkaian yang berkait dengan bahasa dan linguistik. Sementara itu, sambungan emosi pula boleh terbentuk semasa anda menenteramkan bayi ketika dia menangis. Disebabkan itulah mengapa peringkat awal kehidupan bayi memainkan peranan yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan mereka.
Pada 1,365 hari pertama dalam kehidupan kanak-kanak, otak bayi boleh berkembang sehingga 80 peratus.
Pengambilan DHA dapat memberikan sokongan tambahan untuk perkembangan otak bayi.
Otak yang berkedut-kedut menunjukkan banyak informasi dan pembelajaran yang berlaku pada otak berbandiung permukaan otak yang kurang berkedut.
Bila anak mula makanan pejal, pola penyusuan pun berubah. Paling tak selesa bila payudara bengkak.
Bila bayi berusia enam bulan, makanan pelengkap akan dimulakan. Ada bayi yang mempunyai selera makan yang baik & sangat berselera memakan puri buah dan bubur. Ini menyebabkan mereka jadi kurang kerap menyusu sehingga menyebabkan payudara ibu membengkak dan susu perahan (EBM) yang dibekalkan kepada taska/ pengasuh juga tidak dihabiskan seperti sebelum ini.
APABILA MAKANAN PELENGKAP DIBERIKAN
Menurut pakar laktasi, Rita Rahayu Omar, BSc, CISA, IBCLC & Pengarah Nurturing Concepts Sdn Bhd Apabila bayi membesar dan mula diperkenalkan makanan tambahan apabila mencecah umur 6 bulan, penghasilan susu akan berpadanan dengan permintaan/ pengambilan bayi ketika itu.
Keperluan bayi untuk nutrisi pada peringkat umur enam bulan perlu dilengkapkan dengan pemakanan keluarga.Ini merupakan proses semulajadi. Apabila bayi mengambil lebih makanan maka tidak hairanlah sekiranya permintaan untuk susu juga mungkin berkurangan. Ini secara langsung akan mempengaruhi penghasilan susu ibu.
Kajian terkini menunjukkan pengambilan susu ibu tidak berubah mengikut umur atau berat badan bayi antara usia satu hingga enam bulan. Selepas enam bulan, pengambilan susu ibu akan berterusan pada amaun yang sama. Bergantung kepada pengambilan makanan pejal, bayi akan secara beransur-ansur kurang menyusu susu ibu.
KUANTITI SUSU BERBEZA
Kadang kala, di antara enam bulan dan satu tahun (memandangkan makanan pejal diperkenalkan dan perlahan-lahan meningkat) pengambilan susu bayi akan mula menurun tetapi susu ibu seharusnya terus diberikan kepada bayi kerana ia membekalkan majoriti zat pemakanan bayi sepanjang tahun pertamanya. Oleh sebab terdapat perubahan besar dalam amaun makanan pejal yang diambil bayi sepanjang enam bulan kedua, amaun susu ibu yang diambil juga akan berbeza-beza.
Satu kajian mendapati purata pengambilan susu ibu seseorang bayi adalah 30oz sehari (875 ml/hari; 93% pengambilan keseluruhan) pada usia tujuh bulan dan 19oz (550ml/sehari; 50% jumlah pengambilan tenaga) di usia 11 hingga 16 bulan.
Beberapa kajian yang mengukur pengambilan susu ibu di kalangan bayi antara 12 bulan dan 24 bulan pula mendapati amaun tipikal ialah14oz hingga 19oz sehari (400ml hingga 550ml sehari). Kajian tersebut melihat pengambilan susu ibu antara 24 bulan dan 36 bulan pula mendapati amaun tipikal ialah 10oz hingga 12oz sehari (300ml hingga 360ml sehari).
PERHATIKAN PETUNJUK BAYI INGIN MENYUSU, ELAK OVER FEEDING
Perlu diingat bahawa amaun susu ibu yang bayi ambil pada waktu tertentu akan berbeza sama seperti amaun makanan dan minuman yang diambil oleh orang dewasa sepanjang hari. Ketahuilah, bayi mungkin tidak minum amaun yang sama di setiap sesi penyusuan. Jadi, perhatikan petunjuk bayi (cues)berbanding hanya menggalakkan dia menghabiskan susu ibu perahan.
Jika bayi ketara mengambil lebih daripada purata amaun, pertimbangkan kemungkinan bayi diberi terlalu banyak susu ibu perahan (over feeding) sepanjang dia tidak berada bersama puan. Sebagai contoh, cara pemberian susu perahan dengan menggunakan botol yang salah atau puting yang alirannya terlalu laju boleh menyebabkan masalah over feeding.
Jika susu ibu perahan berlebihan, bolehlah mencampurkannya ke dalam bubur nasi atau makanan yang diberikan kepadanya. Bagi mengatasi masalah bengkak payudara pula, anda boleh memerah susu sekadar untuk melegakan bengkak payudara sahaja. Ini kerana apabila payudara tidak dikosongkan sepenuhnya, ia akan berupaya untuk meregulasikan penghasilan susu secara semulajadi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak semua bayi dilahirkan dengan keadaan rambut hitam dan lebat kerana kadar pertumbuhan rambut terutama ketika bayi berada dalam kandungan berbeza.
Bagi masyarakat Melayu, kebiasaannya rambut bayi dicukur selepas dilahirkan bagi memastikan rambut baru yang tumbuh itu lebih lebat dan sihat.
Namun, terdapat juga bayi yang masih tidak tumbuh rambut walaupun selepas dicukur berbulan-bulan dan ia mungkin mendatangkan kebimbangan kepada ibu bapa. Setiap ibu bapa akan melakukan pelbagai usaha supaya rambut si kecil tersayang tumbuh dengan lebat dan sihat selepas dicukur.
MADU DAN MINYAK ZAITUN – Madu bukan saja baik diamalkan dalam diet seharian malah dapat membantu menyihatkan kulit, begitu juga dengan minyak zaitun yang membuat kulit lebih sihat kerana mengandung vitamin E. Kedua bahan semula jadi ini boleh dicampurkan dan dioleskan di bahagian kepala dan biarkan beberapa saat sebelum membilasnya. Disebabkan sifatnya yang semula jadi, selamat untuk mengoleskannya pada rambut atau kulit kepala bayi sekali sehari atau dua hari sekali.
LIDAH BUAYA – Lidah buaya memang bukan lagi rahsia untuk membantu melebatkan rambut, bukan hanya bayi malah ramai orang dewasa yang menggunakan tanaman ini untuk menghitamkan dan melebatkan rambut. Untuk bayi anda, boleh gunakan lidah buaya dengan mengambil isi dan lendirnya saja. Hancurkan isi sehingga berbentuk gel dan oleskan secara merata pada rambut dan kulit kepala bayi. Lakukan berulang setiap minggu, kerana lidah buaya bukan hanya melebatkan malah membantu menghitamkan rambut bayi.
AVOKADO DAN MADU – Avakado dan madu antara bahan semula jadi lain yang memiliki kandungan yang baik untuk membantu melebatkan rambut bayi. Ambil isi buah yang sudah masak, kemudian hancurkan hingga halus seperti pupur. Kemudian, campurkan satu sudu madu asli sebelum dioleskan pada rambut serta kulit kepala bayi. Jangan lupa gunakan penutup kepala agar tidak disentuh atau diusik oleh tangan mereka. Biarkan seketika dan bilas hingga bersih.
MINYAK KELAPA – Sebaik-baiknya, hentikan penggunaan bahan tidak jelas dan berbahaya yang sering kali digunakan dalam minyak rambut. Sebenarnya, pada usia seawal itu, ibu bapa tidak digalakkan menggunakan produk rambut untuk melebatkan rambut bayi kerana dikhuatiri bahan yang terkandung di dalamnya membawa mudarat kepada mereka. Sebaliknya, gunakan saja bahan semula jadi seperti minyak kelapa yang sudah jelas tidak akan membawa bahaya atau merosakkan rambut dan kulit kepala mereka.
PISANG DAN MINYAK ZAITUN – Selain menggunakan madu dan minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan pisang dan minyak zaitun. Pisang mengandung bahan mineral seperti kalium yang boleh membuat rambut tumbuh lebih cepat. Sementara campuran dengan minyak zaitun akan membuat folikel rambut lebih kuat dan tumbuh dengan baik. Pisang juga termasuk makanan yang mengandung asid folik dan penting untuk ibu hamil dan bayi.
BUAH KERAS – Buah keras adalah tumbuhan yang bijinya boleh dimanfaatkan sebagai sumber minyak dan rempah. Minyak buah keras memiliki banyak khasiat untuk rambut, menyihatkan, menyuburkan, menguatkan, mencegah rambut rosak serta menghitamkannya secara semula jadi. Sapukan secara rutin minyak buah keras ke kepala anak anda hingga ke hujung rambut.
AIR KELAPA MUDA – Rutin melakukan urutan lembut kepala bayi dengan menggunakan air kelapa muda juga boleh melebatkan rambut mereka. Anda hanya perlu menyediakan air kelapa muda secukupnya, siramkan ke kulit kepala bayi sambil diurut lembut. Untuk hasil yang maksimum lakukan petua ini secara rutin setiap pagi dan petang selepas mandi.
Sumber: kelabmama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas lahir, penglihatan bayi masih kabur kerana retina tidak dikembangkan sepenuhnya dan sel-sel saraf di dalam otak bayi tidak disambungkan sepenuhnya. Bayi tidak dapat melihat warna yang berbeza, hanya warna hitam dan putih.
Dalam tempoh ini penglihatan bayi hanya terhad sahaja. Sebab itu anda lihat bayi seolah tenung apabila kita bercakap dengannya kerana dalam proses nak lihat dan kenal orang yang dekat dengannya. Ada sesetengah pendapat menyatakan bayi dapat melihat muka ibu mereka dengan jelas dalam masa seminggu selepas lahir.
Semasa beberapa hari pertama selepas kelahiran, bayi belajar memusatkan mata mereka dengan melihat muka. Hanya selepas beberapa minggu mereka mula memfokuskan pada objek secara visual.
Berikut perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Aslizadilah Abdullah mengenai pentingnya rangsangan mata untuk bayi.
RANGSANGAN VISUAL UNTUK MATA BAYI
? Kajian menunjukkan bayi baru lahir prefer untuk melihat pada warna putih & hitam ⚽ pada bentuk geometrik berbanding warna cerah @ pastels.
? Kajian membuktikan contrast warna putih & hitam lebih mudah dikesan oleh retina mata bayi & signals yang lebih kuat dihantar ke otak bayi.
? Signals yang lebih kuat bermakna lebih cepat kebolehan visual & otaknya berkembang.
?Rangsangan yang betul dapat meningkatkan perkembangan seperti curiosity, attention, memory & nervous system
CONTOH AKTIVITI RANGSANGAN??
? Gunakan barangan yang mempunyai contrast warna putih & hitam seperti selimut, bantal & cadar bayi
?Gunakan mainan dengan contrast putih & hitam seperti rattle, baby mobiles, flash cards
JARAK??
-Bayi baru lahir dapat melihat objek dalam jarak 13 inches dari matanya
-Bayi berumur 2 bulan dapat melihat dalam jarak 20 inches objek dari matanya
-Bayi berumur 3 bulan dapat melihat dalam jarak 10 kaki
BAYI DAPAT MELIHAT FULL SPECTRUM OF COLORS?? ? pada umur 5 bulan..