Sebelum Usia 6 Tahun, Mak Ayah Jangan Terlampau Obses Suruh Anak Pandai Baca

Share

Hari ini impian mak ayah sangat tinggi pada anak-anak. Disebabkan hal ini juga anak-anak seawal usia 4 dan 5 tahun dah mula rasa tekanan. Mereka seolah-olah dah tak ada kebebasan kerana di paksa untuk belajar dan menjadi pandai.

Mungkin zaman dulu anak-anak kecil di usia begini seronok main kejar-kejar dan berada dalam dunia imaginasi mereka. Tapi sekarang apa yang anak kita dapat? Nak salahkan siapa?

Bagaimanapun jika anak kita mampu menghadapi cabaran ini, ia di kira satu bonus. Tapi jika kanak-kanak yang perkembangannya agak lambat mesti akan sentiasa ketinggalan di belakang.

Tidak setakat itu sahaja, kebimbangan ibu bapa sekarang ini juga apabila ada tadika yang telah menetapkan standard untuk anak-anak. Tekanan demi tekanan inilah punca ibu bapa jadi ‘terpaksa’.

Ada tu yang mengharapkan anak boleh baca lancar dan pandai dalam semua aspek. Jika anak tak dapat menguasai, inilah punca ibu bapa jadi nak marah dan lama-kelamaan anak pun boleh stres.

Persoalannya, berapakah umur yang sesuai untuk mengajar anak membaca?

Berdasarkan perkongsian Afzan Maria Faizul Iqmal dalam facebooknya, dia tidak bersetuju jika kanak-kanak dah dipaksa belajar membaca sebelum usia yang sepatutnya. Kenapa? Baca selanjutnya fakta yang dikongsikannya.

Antara research yang mengatakan reading should start later. Not before 6 1/2 years old. Kajian ini pada tahun 1931. Kita hari ini, tahun 2017. Tang mana yang kita ketinggalan tu?

Makin melampau pula bila anak 4 tahun dah expect boleh baca! Dan makin melampau bila baru hantar 3 bulan, dah expect boleh membaca. No such thing as short cut in reading! Dan jika sekadar boleh baca buku sekolah sahaja, saya cadangkan anda semak jika anak anda sekadar menghafal. Ambil buku secara rawak, bolehkah mereka membaca?

Jika mereka mula menghasilkan bunyi-bunyi huruf sambil menunjuk kepada huruf atau perkataan yang betul, mereka mungkin dalam proses fonik. Tetapi jika mereka meneka-neka sambil menunjuk kepada huruf atau perkataan yang salah, mungkin kesan hafalan tadi.

Research mana ya yang kata bawah 4 tahun dah boleh membaca? (Multiple Intelligence Word Smart adalah satu kebolehan extra dan tidak sama dengan orang lain. Rata-rata memulakan proses StoryTelling supaya minat dapat dipupuk.) Cuba share sikit research tu.

(Jangan konfius dengan teknik fonik yang mengajar bunyi. Fonik tidak ada expectation pada anak untuk terus boleh membaca. Fonik mengajar anak teknik mendengar, dan mengamati setiap perkataan yang keluar dari mulut, ada bunyinya. Setiap perkataan ada beberapa gabungan bunyi. Penyediaan foundation kepada bacaan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun, sebelum kelancaran boleh di perolehi. Dan semua proses ini bergantung kepada kesediaan untuk menimba ilmu.)

#sayNOtoearlyreading

#katakanTIDAKpadabacaanawal

Published by
Wan Amy