Secara luaran kita nampak anak lelaki lebih lasak, aktif dan berani berbanding anak perempuan. Oleh itu kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak jantina lelaki dan perempuan akan lebih memberikan tumpuan kepada anak perempuan
yang dianggap lebih manja dan sukar berdikari jadi lebih memerlukan sokongan emosi.
Bagaimanapun hakikatnya dikatakan ibu bapa perlu melebihkan anak lelaki seperti dikongsi dalam artikel di Hello Doktor berkenaan karektor anak lelaki yang sebenarnya lebih memerlukan sokongan emosi daripada ibu ayah.
Maka sebagai ibu bapa sudah tentu selepas ini kita perlu mengubah persepsi tipikal kita. Berikut adalah empat sebab mengapa anak lelaki sebenarnya lebih memerlukan sokongan emosi daripada ibu ayah berbanding anak perempuan
Emosi sensitif
Sebagai ibu bapa, hampir kebanyakan daripada kita merasakan kanak-kanak perempuan lebih memerlukan sokongan sama ada dari aspek fizikal atau mental yang melibatkan emosi.
Walau bagaimanapun, keadaan sebenarnya adalah kanak-kanak lelaki mempunyai jiwa yang lebih sensitif berbanding perempuan. Disebabkan ini, mereka lebih memerlukan sokongan berbanding kanak-kanak perempuan.
Kenyataan ini adalah berdasarkan satu kajian yang dipanggil sebagai ‘The Fragile Male’ atau turut dikenali sebagai ‘Lelaki yang rapuh’. Ia adalah mengenai bagaimana minda bayi lelaki adalah lebih sensitif dan dipengaruhi oleh emosi dan perasaan si ibu.
Tahap perkembangan
Umumnya, selepas dilahirkan otak bayi lelaki tidak berkembang sepenuhnya. Keadaan ini adalah berbeza dengan bayi perempuan, di mana perkembangannya adalah lebih pantas enam minggu.
Perkembangan ini pastinya memberikan kelebihan buat bayi perempuan untuk berkembang dan mendapatkan momentum yang lebih baik berbanding bayi lelaki. Manakala bagi bayi lelaki, mereka akan sedikit terkebelakang.
Keadaan ini bukan sahaja mempengaruhi daripada aspek tumbesaran fizikal, tetapi ia juga melibatkan soal tahap kematangan sosio-emosi mereka.
Ads
Jadi sebab itulah, kadang-kadang sebagai ibu bapa, kita akan nampak anak perempuan adakalanya lebih dewasa berbanding anak lelaki.
Cara didikan
Mungkin sebagai ibu bapa, kita tidak sedar sebenarnya cara didikan yang diberikan dalam membesarkan anak lelaki juga mempengaruhi aspek perkembangan mentalnya.
Ini kerana, seringkali kita akan membesarkan mereka dengan cara yang lebih tough berbanding anak perempuan. Setuju tak ibu bapa sekalian?
Biasanya anak perempuan akan lebih dilimpahi dengan kasih sayang, lebih dimanjakan serta diberikan permainan yang menjurus kepada memupuk rasa sayang.
Sedangkan anak lelaki, diberikan permainan yang berunsur lasak seperti kereta dan patung adiwira. Begitu jugalah dalam aspek didikan, yang lebih berunsurkan kelakian.
Penulis tidak mengatakan semua ibu bapa mendidik anak lelaki mereka begitu, tetapi penulis percaya kebanyakan ibu bapa melakukannya.
Ads
Ini kerana ibu bapa merasakan anak lelaki adalah sebagai individu yang boleh diharapkan apabila dewasa kelak.
Sebaliknya, kesan didikan yang diberikan ini hanyalah akan melahirkan seorang individu lelaki yang kasar jiwa dan sifatnya. Malah tidak dinafikan mereka juga mungkin kurang sensitif terhadap perasaan individu lain.
Berikan lebih kepada anak lelaki
Jadi bagaimana cara untuk mengatasi isu ini? Mudah sahaja. Ibu bapa harus memberikan sokongan fizikal dan mental yang mencukupi kepada anak lelaki sama seperti anak perempuan.
Ini sekali gus dapat membantu anak mengendalikan emosi mereka dan menjadi individu yang lebih prihatin pada masa hadapan.
Berikut adalah beberapa cara yang ibu bapa boleh lakukan di rumah kepada anak lelaki:
Dorong anak lelaki anda untuk meluahkan perasaan secara verbal. Jika mereka perlu menangis, biarkan. Jangan sekali memperkecilkan perasaan mereka dengan mengatakan mereka tidak patut menangis kerana mereka lelaki
Berikan perhatian sewaktu anak berkongsi apa yang dirasakan. Usah menyampuk atau memotong kata-katanya. Penulis pasti tiada siapa yang suka apabila ada yang mencelah ketika berbicara, bukan?
Ads
Peluk dan ciumlah pipi dah dahi anak lelaki anda seperti mana anda lakukan kepada anak perempuan. Walaupun mereka mungkin segan, tetapi percayalah setiap manusia punyai keinginan untuk disayangi
Bercakap dengan lembut dan hindari daripada berkomunikasi secara kasar dengan mereka
Sama rata
Kesimpulannya, ibu bapa perlu memberikan kasih sayang secara fizikal atau mental secara sama rata kepada anak-anak tidak kira anak lelaki mahupun perempuan. Usah membeza-bezakan antara anak-anak anda.
Dalam masa yang sama, pastikan keadaan mental anda sebagai ibu bapa juga stabil. Ini kerana jika anda mengalami tekanan sudah tentu ia akan memberi kesan secara langsung kepada anak-anak.
Ibu bapa dengan emosi yang seimbang, pastinya akan melahirkan anak-anak yang gembira dan bahagia.
Didik anak cinta Allah adalah keinginan terbesar buat Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir untuk permata hatinya iaitu Muhammad Luth Ali.
Perkongsian melalui instagram Saharul dan Deena, memang jelas mereka berdua begitu menitikberatkan soal agama dalam diri Ali walaupun bukan secara formal.
Paling mengagumkan, Saharul yang kini sedang mengikuti kelas mengaji al-Quran turut membawa Ali bersama-samanya dengan tujuan membiasakan Ali mendengar bacaan ayat suci al-Quran dari awal.
Cara didikan Saharul ini wajar dipuji dan tak mustahil impiannya dan isteri untuk melihat Ali menjadi seorang pejuang agama tercapai.
Saharul juga berpendapat, tiada apa yang lagi penting untuknya melainkan mencari ilmu akhirat terlebih dahulu kerana selepas itu dunia akan datang dengan sendirinya.
Perkataan Pertama Anak Sebut ALLAH
Menariknya juga baru-baru ini, Saharul telah menunjukkan perkembangan Ali yang sudah mula pandai menyebut Allah dan bersyukur Allah memakbulkan doanya sejak Deena mengandungkan Ali.
Saya pernah doa waktu wife saya pregnant, mintak-mintak perkataan pertama yang sebut adalah ALLAH. Alhamdulillah.
Selain itu, menariknya tentang didikan Saharul pada Ali adalah bahan bacaan awal anaknya adalah buku-buku yang berkisarkan keagamaan dan pembelajaran awal huruf Jawi. Hebatkan!
Hero drama popular Kau Aku Kita ini sebolehnya nak Ali seimbang akademik dan agama. Semoga apa yang diusahakan Saharul dan isteri sejak dari awal akan dipermudahkan.
Sementara itu, keletah Ali juga selalu mendapat reaksi positif dari peminat baba dan ibunya.
Walaupun belum mencecah umur setahun, sudah nampak kecerdikan Ali meniru pelbagai aksi yang orang dewasa dan dia juga pandai bermain emosi setiap kali diusik oleh babanya.
Sumber: instagram saharulridzwan & deenasaharul
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebenarnya dalam rumahtangga kita perlu banyak bertolak ansur dengan pasangan kita dan juga anak-anak. Sebagai isteri, jika anda rasa tak mampu jangan paksa diri lakukan semua kerja. Itu hanya akan mencederakan emosi anda sendiri. Kita manusia biasa yang tahu penat dan sedih.
Bagi suami pula, tak salah jika sama-sama melakukan kerja rumah. Ringankan beban isteri dan ajak anak-anak lakukan bersama-sama. Apa yang anak tengok, anak akan belajar dari kita. Jika baik layanan kita pada isteri insyALLAH anak akan berbuat baik dengan orang sekeliling.
Setiap 2 hari aku akan cuci kain
Sejak sebelum kahwin aku dah buat semuanya
Beban suri rumah pun berat tau, jangan memain
Sebab apa aku buat semua kerja rumah? Sebab aku ada anak lelaki
Kalau wife marah, tanya pun dia tak jawab. Masuk bilik solat hajat
Aku tak perfect, aku ada je buat silap
Sikap toleransi tu penting
Sebelum kahwin, belajar dulu ilmu parenting ya kawan-kawan
Sumber: iffatsalleh
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susah hati mak ayah jika setiap kali bangun tidur anak mula meragam. Ada sahaja tak kena dan menangis tanpa sebab.
Bagi ibu bapa yang anak bangun pagi selalu menangis atau meragam, boleh cuba amalan yang dikongsikan oleh Ustazah Nazirah Abdul Rahim. Malah beliau juga turut amalkan pada anak-anaknya dan memang nampak kesan positif pada mood dan tingkah laku anak setiap kali bangun tidur, keesokan harinya. Jom amalkan.
Anak bangun pagi tenang tiada ragam tantrum dan menangis insha Allah
pastikan anak,
1. Tidur awal selepas isyak tak ada HP ditangan 2. Tidur dengan didikan 3 adab tidur dimulai sejak baby didikannya dan pembentukan akhlak 3. Tidurkan anak dengan kasih sayang AL FATIHAH tepuk dodoikan anak. Insha Allah tidak ada tolak bandingannya kemuliaan dengan didikan akhlak Nabi saw
Apa sahaja yang ada samada yang buruk atau yang jahat dalam diri kita atau anak akan keluar apabila dimasukkan didikan kemuliaan al Quran dan akhlak nabi SAW.
Lebih mulia dari itu yang Allah akan beri pada kita dan anak-anak yang berjuang didik anak-anak akhlak nabi.
Bahkan akan terbentuk lah sikap dan akhlak anak-anak yang bukan sahaja membahagiakan kita bahkan kepada semua yang melihat mereka dan bersama mereka. MasyaAllah ❤️
Jangan biarkan anak-anak tidur sendiri tanpa didikan adab ibu ayah Jangan biarkan anak-anak dengan HP hingga tertidur dengan lalai dan dosa. Jangan biar anak tidur dengan mood kena marah atau pukulan.
Bagaimana cara kita ibu bapa tidur begitulah cara kita didik anak-anak tidur insha Allah
allahumma ameen.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.