Sebenarnya Ibu Ayah Cuma Perlukan 15 Minit Bantu Anak Kenali Allah Walaupun Masa Raya

Share

Walaupun masa raya, anda tetap boleh merangsang minda anak secara positif antaranya bantu anak mengenali Allah secara dekat.  Sememangnya musim raya ini anak-anak akan ‘bebas’  bermain tanpa kawalan ibu bapa. Mana taknya, waktu ini ibu bapa sibuk berbual dan  menjamah hidangan bersama adik beradik ketika berkumpul di kampung.

Namun, apa salahnya ambil masa 15 minit, untuk  jangan sekali lupa untuk mendidik anak-anak mengenali Allah. Ini lah masa yang sesuai!

Cantiknya adik pada hari raya ni. Hebatkan Allah, ciptakan kita ni cantik-cantik.

Gunakan sumber yang sahih

Kita boleh menggunakan 99 nama Allah untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada Pencipta mereka. Dengan adanya garis panduan ini, anak-anak akan didedahkan dengan persepsi yang betul tentang Tuhan mereka. Contohnya, “Cantiknya  adik pada hari raya ni. Hebatkan Allah, ciptakan kita ni cantik-cantik. Allah itu Al-Khaliq, Dialah yang cipta tangan, mata, hidung dan mulut kita.”

Ingatkan ganjaran Allah

Setiap kali anak-anak melakukan kebaikan, ingatkan tentang ganjaran yang bakal mereka terima di akhirat kelak. Contohnya, “MasyaAllah, hari ni Fahim solat sunat raya dengan mama, lepas tu tolong mama susun kuih raya. Mesti Allah suka tengok Fahim buat baik dengan mama dan sediakan Fahim pahala banyak-banyak di akhirat nanti!”

Imbangi kisah teladan

Seimbangkan kisah-kisah azab dan siksa yang menjadi pembalasan pada orang yang fasik dengan kisah-kisah ganjaran yang Allah berikan pada orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak mempunyai tanggapan negatif terhadap penghukum. Jadi, kita mestilah berhati-hati dalam membentuk persepsi yang betul terhadap Allah.

Kaitkan sikap menabung dengan rahmat Allah

Kanak-kanak harus didik menghargai rahmat Allah.  Contohnya apabila anak kita mendapat duit raya,  kita boleh katakan pada mereka, “Alhamdulillah, Aiman dapat duit raya banyak hari ini. Allah suka orang yang tidak membazir. Nanti Aiman boleh simpan duit raya ni ye di bank nanti. ”

Beritahu kanak-kanak yang Allah sentiasa sayangkan mereka

Setelah anak bersalam dengan anak memohon maaf di pagi raya. Katakan kepada mereka bahawa Allah juga sayangkan mereka. Sebagaimana anak-anak perlu tahu yang mereka disayangi oleh ibubapa, pasti mereka merasa lebih selamat dan terhibur apabila mereka mengetahui yang mereka turut disayangi oleh Allah, setiap masa dan ketika.

 

 

 

 

 

Published by
Nor Yusoff