Sejak akhir-akhir ini banyak kisah isteri yang diuji apabila mendapat tahu suami mendirikan rumahtangga dengan wanita yang baru dikenali secara senyap-senyap. Malah perkahwinan kedua suami tidak diketahui oleh isteri pertama.
Tidak salah untuk membina masjid lebih daripada satu tetapi haruslah mengikut cara dan saluran yang betul dan sekurang-kurangnya sampaikanlah niat kepada isteri dan ahli keluarga. Jangan sampai melukakan hati isteri yang banyak berkorban dan bersusah payah bersama-sama. Jika isteri tidak bersetuju mungkin dia lebih mengenali siapa suaminya.
Kekuatan Isteri, Kesabaran Dengan Sikap Suami
Isteri Dah Terlalu Banyak Tolong Suami
Isteri Tak Minta Banyak
Dia Tak Mengungkit, Merungut, Mengeluh
Sumber: Firdaus Shakirin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Suami Kena Bantu Isteri Dalam Pantang” Dr. Say Akui Menjadi Ibu Bapa Bukan Mudah
Doktor Say yang terkenal di instagram sebagai doktor selebriti mengakui menjadi ibu bapa bukanya mudah walaupun dia bergelar sebagai seorang doktor.
Baginya, dunia kedoktoran dan dunia keibubapaan sesuatu yang berbeza. Untuk menjadi ibu bapa yang hebat memerlukan ilmu keibubapaan yang mana tidak diajar dalam bidang kedoktoran. Ikuti perkongsianya.
Topik : Parenting Dan Perubatan Berbeza Gila
Mungkin rmi yg berfikiran “alaa korg sure senang jaga baby sb korg berdua kan doktor”. Well peeps, kami xdiajar langsung on how to handle a baby masa kami belajar medic dlu. Yg kami diajar, perkembangan, imunisasi, ape yg perlu dilakukan kalau baby kuning/ demam/ sawan & benda2 perubatan berkaitan baby.
Xde dlm text book kami mengenai cmne nk bagi baby snang tidur/ cmne nk atasi baby perut kembung/ cmne nk kekal tenang bile baby meragam. Maka semua perkara berkaitan baby ni agak asing bagi kami.
Kadang2 sy lihat bini sy breakdown bile baby meragam, yelah dh la bini sakit kena operate pastu ni baby pertama kami so agak clueless on what to do.
Tak hairan wujud disorder bernama Postpartum Depression. Kami xdak maid & xduduk skali ngn mak/ mak mertua, maka time ni lah suami memainkan peranan penting. Bukan nk angkat bakul, tp sy cuba ringankan beban bini kt mane yg patut.
Bile bini tgh menyusu, sy sediakan segelas air/ susu tuk dia. Bila bini nk pam susu, sy sediakan alat2 pam & cuci afterwards. Bila baby meragam sy tapau kendong bwk dia jnjln supaya bini bley rest. Tp sy xlah perfect mana sb lately tido mlm sy cukup 7jam, sy ingat baby skng bagus xbangun mlm dh, rupa2ny bini saja xmau kejutkn sy yg tidoq mati.
Kesimpulan cerpen ni, parenting takes two to tango & noone in the world is perfect in handling babies walaupun parents tu dh ade 10 anak cz each baby behave differently. Maka sekiranya parents kt luar sane yg anxious & overwhelmed dgn kehadiran baby baru, it’s OKAY. Yg penting keep ur calm & work together with ur partner cz tanpa disedari si kecil akan membesar dgn pesat sehinggakan kite rindu waktu dia masih bergelar si kecil.
P.S : Bakal tido luaq sy mlm ni kalau bini tau sy up gmba dia tidoq, tp gmba depa berdua tidoq kt sy ni bg sy kepuasan yg tidak ternilai harganya.
Doktor Say suatu ketika dahulu pernah membuat posting di instagram mengenai kesihatan dirinya yang tidak baik akibat mengamalkan gaya hidup tidak sihat sehingga menyukarkan mereka mendapat zuriat akhirnya viral.
Baca Selanjutnya:
Sumber: Dr. Say
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Memang Suka Meneroka Benda Baru, Beri Permainan Sesuai Boleh Bantu Perkembangan Fizikal & Mental Anak
Bermain adalah aktiviti penting untuk kanak-kanak. Bermain bukan sahaja untuk mengisi waktu si kecil anda, ia juga turut membantu perkembangan fizikal dan mental anak. Sebagai ibu bapa anda pasti dapat memilih permainan yang sesuai dengan umur anak kerana pada setiap tahap umur, si kecil biasanya mempelajari sesuatu yang baru. Berikut adalah panduan usia bijak bagaimana anak-anak bermain, dan permainan yang bukan sahaja untuk keseronokan tetapi juga membantu kanak-kanak memahami dunia, belajar kemahiran sosial dan emosi serta merangsang otak mereka.
Tahun pertama dalam kehidupan seorang bayi adalah tentang penerokaan. Bayi menggunakan lima deria mereka untuk belajar tentang dunia baru yang menarik di sekeliling mereka: Adakah objek rasa keras atau lembut? Melekit atau kasar? Apa yang berlaku jika saya jatuhkan ia? Atau memasukkannya ke dalam mulut saya? Kebanyakan permainan akan dimasukkan ke dalam mulut mereka untuk dirasa atau objek dibaling, digoncang dan menjatuhkan.
Apabila kemahiran motor baru bayi anda telah berkembang, permainan menjadi lebih tersusun dan kompleks. Sebagai contoh, pada kira-kira 4 bulan, bayi mula mencapai dan memahami objek, seperti permainan kerincing. Pada usia enam atau tujuh bulan, permainan itu boleh dipindahkan antara tangan. Dan sekitar sembilan bulan, kekuatan genggaman bayi baru berkembang dan memudahkan bayi untuk mengambil objek yang lebih kecil, seperti blok dan lain-lain permainan yang sesuai dengan umur mereka. Pada usia ini, aktiviti bermaian biasanya secara bersendirian, tetapi bermain sebelah-menyebelah dengan bayi yang lain dan aktiviti meniru adalah perkara biasa menjelang akhir usia ini.
Semasa bayi anda membesar, interaksi bersama bayi seusia mereka akan menjadi lebih penting. Tetapi sebenarnya anda adalah rakan sepermainan kegemaran bayi anda. Adakah anda pernah menari di hadapan bayi anda, hanya untuk si kecil anda menarik muka ke arah mereka? Atau adakah bayi menunjukkan respon kegembiraan apabila anda membuat mimik muka dan merapatkan muka anda sambil berkata “ geletek dia”? Interaksi sebegini membantu bayi anda belajar tentang bahasa, hubungan sosial, dan sebab-dan-akibat. Apabila bayi mula memahami bagaimana perkara-perkara dalam persekitaran yang berkaitan dengan satu sama lain dan bagaimana mereka rasa, bau, dan dengar, bayi bersedia untuk peringkat perkembangan seterusnya.
Permainan untuk bayi
Objek yang mengeluarkan bunyi dan tergantung
Objek menari di atas kepala bayi sambil berbaring di katil-katil bayi merangsang penglihatan dan membangunkan tahap tumpuan. Ditemani pula dengan alunan muzik yang lembut untuk tingkatkan perhatian mereka.
Cermin
Pada mulanya, bayi anda akan terpesona dengan muka yang berubah-ubah dengan melihat ke dalam cermin. Dari masa ke masa, bayi anda akan menyedari bahawa itu semua adalah pantulan imej mereka sendiri. Apabila ini berlaku, bayi mula belajar tentang penemuan baru seperti belajar tentang bahagian-bahagian badan mereka.
Gelung dan kon.
Satu permainan klasik dengan kon dan gelung besar berwarna-warni dengan saiz berbeza. Permulaannya bayi anda pasti memasukkan gelung ke dalam mulut mereka untuk merasa yang kemudian mereka membangunkan kemahiran motor halus dengan meletakkan gelung ke dalam kon. Dengan permainan ini juga bayi anda boleh belajar tentang warna dan nombor sambil bermain.
Permainan tolak tarik.
Permainan ini dapat membantu anak anda dengan keseimbangan dan perkembangan otot si kecil. Semakin bayi menolak dan menarik, semakin baik untuk membina otot untuk berjalan dan berlari.
Buku bacaan
Anda dapat memperkenalkan beberapa buku bacaan dengan gambar yang berwarna warni. Meskipun anak tidak begitu memahaminya tapi dapat melihat dan mendengar apa yang sedang anda buat. Ini juga memberikan pendedahan tentang warna yang menarik pada anak anda. Memahami bentuk yang berbeza selain memupuk sikap suka membaca sejak dari kecil.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kasih Sayang Anak Lelaki Pada Ibu Sangat Special, Dia Tiru Cara Ayahnya!
Tidak boleh dinafikan, peranan seorang bapa juga sama pentingnya ketika membentuk sahsiah diri seorang anak. Anak lelaki misalnya, sangat memerlukan sokongan serta bimbingan dari ayah mereka untuk membesar sebagai seorang berani, penuh semangat dan berkeyakinan.
Artikel Menarik: {Doa Ringkas, Amal Setiap Kali Basuh Beras. Rezeki Keluarga Tak Putus}
Sangat penting untuk seorang ayah berada di sisi anak lelaki mereka sepanjang proses tumbesarannya, kerana masa yang diluangkan bersama dapat menerapkan nilai murni dalam diri si anak.
Anak lelaki belajar semua perkara tentang perempuan dari ayah mereka. Bagaimana ayah melayan ibu mereka, itulah panduan untuk mereka ketika dewasa kelak. Sebab itu, kita selalu dengar ungkapan kalau nak tengok seorang lelaki itu baik atau tidak, lihat cara dia melayan ibunya. Layanan terhadap ibunya menunjukkan betapa seorang lelaki itu menghormati dan menyayangi perempuan.
Salah satu kajian yang dilakukan oleh Father Involvement mendapati ikatan yang erat antara anak dan ayah akan melahirkan anak yang cerdik dibandingkan dengan anak yang langsung tidak rapat dengan ayah atau hanya rapat dengan salah seorang daripada orang tuanya.
Walaupun sibuk dengan kerja, ayah janganlah balik ke rumah tanpa mampu melemparkan senyuman atau bertanya khabar pada si kecil. Mereka sangat menantikan kepulangan ayah dari kerja untuk bercerita banyak perkara yang berlaku pada hari tersebut.
Macam Mana Nak Jadi Ayah Terbaik Untuk Anak?
Kualiti masa lebih penting berbanding kuantiti. Itu jika anda seorang ayah yang sangat sibuk. Pastikan anda menyediakan waktu khusus untuk anak antara 20 hingga 30 minit sehari untuk bonding time. Masa ini anda buatlah apa aktiviti yang anak suka. Kegembiraan yang mereka alami dalam jangka masa yang singkat tapi berkualiti ini mampu memberikan kesan positif dalam diri mereka.
Artikel Menarik: {Anak Suka Melawan Cakap, Suami Isteri Asyik Bergaduh. Cuba Check Bilik Air Confirm Kotor}
2. Tak penting mahal, janji menggembirakan
Untuk menghabiskan masa berkualiti bersama anak tak semestinya anda perlu merancang percutian ke tempat yang jauh dan pastinya memerlukan kos yang mahal dan perjalanan yang panjang. Kadang-kala aktiviti membasuh kereta di depan rumah pun dah boleh menjadikan anak gembira kerana dapat bersama ayah. Paling penting masa bersama si kecil.
3. ‘Lepak’ dengan ayah satu nikmat untuk anak
Jadikan masa hujung minggu sebagai waktu untuk bermain dan bersiar-siar dengan anak. Mungkin anda boleh pilih waktu awal pagi untuk keluar beriadah di taman. Bermain bola sepak, main kejar-kejar, layan si kecil bermain di taman permainan sambil melihat keindahan alam semula jadi adalah waktu berharga yang sangat disukai oleh anak. Selain mengeratkan hubungan ayah dan anak, mereka juga boleh belajar mengenali pelbagai jenis haiwan dan tumbuh-tumbahan.
4. Peluk anak selalu
Anak yang sentiasa dipeluk lebih tenang, kurang degil, dengar cakap dan ceria, jadi ayah pastikan anda sentiasa peluk anak setiap hari. Pelukan dari seorang ayah akan merembeskan sejenis hormon oksitoksin di mana sel saraf pada badan akan memberi isyarat kepada otak untuk berada dalam keadaan tenang. Pelukan kepada anak lelaki akan membantu ia mengurangkan perlakuan agresif selain bagus untuk perkembangan IQ mereka.
5. Bersembang dan nasihat
Pernah tak ayah berbual dengan anak? Walaupun ayah sibuk tapi carilah masa untuk berbual-bual dengan anak. Ayah boleh bercerita hal-hal berkaitan pembentukan karektor diri anak. Daripada ayah, anak belajar tentang disiplin, keyakinan diri, skil kemahiran hidup dan bagaimana menjadi individu yang berani dengan cabaran hidup.
6. Jadi pendengar
Anak-anak memang suka bercerita. Walaupun kadang-kala kita tak berapa faham dengan cerita si kecil tapi cubalah layan dan memberikan respon pada ceritanya. Ayah, tolong letak seketika handphone dan beri tumpuan pada cerita anak. Ia penting untuk membina keyakinan diri anak meluahkan perasaannya.
7. Keluar berdua
Mungkin ramai ayah yang tak yakin untuk keluar berduaan dengan anak sahaja. Tapi tak salah cuba cara ini sebagai salah satu kaedah merapatkan hubungan. Sesekali cuba bawa anak anda keluar tanpa ibu mereka bersama.
Selain anda dapat meluangkan masa bersama, cara ini juga membantu ayah menjadi lebih cekap menguruskan keperluan anak. Kalau tak confident, cuba keluar dengan anak dalam masa sekejap dan tempat yang tak jauh. Bila dah okay mungkin boleh keluar lebih lama dan ke lokasi yang jauh sedikit dari rumah.
8. Sediakan apa yang perlu
Sebaiknya mulakan sejak anak masih bayi. Walaupun kekok sebab pertama kali bergelar ayah tapi berusahalah untuk belajar menguruskan keperluan si manja. Percayalah, seorang ayah punya cara dan kehebatan tersendiri menguruskan keperluan si manja walaupun mungkin kali pertama boleh jadi kelam-kabut.
Artikel Menarik: {Time Baik, Berpeluk Sakan. Waktu Gaduh, Harimau Pun Cabut Lari. Pening Ibu!}
Membina ikatan erat bukanlah satu perkara yang mudah dan cepat. Ia mengambil masa yang lama dan memerlukan kesabaran. Paling penting anda tidak mudah berputus asa untuk terus rapatkan diri dengan anak. Ingatlah, peranan ayah sangat penting dalam perkembangan karektor seorang anak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI