Biasanya tugasan menyediakan makanan di rumah adalah menjadi tanggungjawab wanita, iaitu kaum isteri. Tetapi sebenarnya, pada pandangan mata seorang wanita melihat lelaki rajin memasak adalah lebih hot.

Sebenarnya Lelaki Lagi “Power” Bab Masak Berbanding Wanita, Yang Penting Hot!

Lelaki rajin memasak vs bertukang

Berdasarkan satu kajian, dikatakan lelaki rajin memasak adalah lebih menarik pada pandangan individu wanita berbanding lelaki yang melakukan tugasan pertukangan atau yang bersifat kelakian.

Ini adalah berdasarkan kajian dilakukan oleh saintis daripada London ke atas 20 pasangan Australia untuk menentukan jenis tugasan apa yang boleh meningkatkan keghairahan individu wanita terhadap individu lelaki.

Responden lelaki yang terlibat dikehendaki melakukan tugasan seperti pertukangan sendiri sehinggalah kepada tugasan membuat kek, membancuh kopi serta mengisar bahan masakan. Manakala responden wanita pula dinilai dari aspek tindak balas fisiologikal, emosi dan mental.

Hasil kajian

IKLAN

Daripada kajian yang dilakukan, didapati sebanyak 57.5 peratus responden wanita lebih terangsang apabila pasangan mereka membancuh kopi atau membuat kek berbanding melakukan tugasan pertukangan menggunakan gerudi atau gergaji, iaitu sebanyak 55 peratus.

Individu wanita terlibat juga dikatakan lebih gembira apabila pasangan mereka memasak berbanding melakukan tugasan rumah yang lain, termasuk menggosok baju atau memasang perabot.

Kajian juga menunjukkan tujuh daripada 10 wanita lebih menyukai apabila menerima kopi yang dibancuh sendiri oleh pasangan berbanding pemberian hadiah atau pelukan kasih sayang daripada pasangan.

Sebenarnya Lelaki Lagi “Power” Bab Masak Berbanding Wanita, Yang Penting Hot!

IKLAN

Apa kata pakar

Menurut pakar perhubungan dan sexologist, Dr Nikki Goldstein, beliau tidak terkejut dengan hasil penemuan yang diperolehi daripada kajian. “Sebagai wanita, saya bersetuju dengan hasil kajian.”

Walau bagaimanapun, beliau mengakui perkara ini mungkin memberikan kejutan kepada lelaki. Ini kerana kebanyakan lelaki berasa bahawa seseorang individu wanita akan terangsang dan ghairah apabila melihat lelaki melakukan tugasan berbentuk kelakian.

Bagi Dr Nikki, melihat lelaki berada di dapur dan menunjukkan tahap kreativiti mereka merupakan satu perkara yang menarik. Ia memerlukan lelaki berfikir diluar kotak dan ini sudah tentu amat menarik bagi wanita.

IKLAN

Lelaki boleh melafazkan ‘Saya sayangkan awak, saya peduli tentang”, tetapi apabila mereka melakukan sesuatu seperti membancuh kopi, ia menunjukkan bahawa mereka mengambil berat.

Dr Nikki menyarankan agar setiap pasangan untuk meluangkan masa bersama di dapur untuk menguatkan hubungan. Dalam masa yang sama ia membantu untuk setiap pasangan berkongsi cerita mengenai aktiviti harian bersama.

Kesimpulan

Sebenarnya, individu lelaki memang merupakan antara mereka yang sangat hebat ketika di dapur. Lihat sahaja kebanyakan tukang masak sama ada di kedai makan biasa, restoran mahupun hotel, adalah lelaki.

Jadi, kaum lelaki sekalian, why not untuk anda sekali sekala menunjukkan skil memasak kepada pasangan anda? Manalah tahu ia mungkin boleh membantu mengeratkan lagi hubungan dan si dia bertambah sayang kepada anda. Tiada salahnya mencuba, bukan?

Sumber: Hello Doktor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI